Posts

Showing posts with the label Bukit Broga

Bukit Broga Lagi

Image
Assalamualaikum!!! Hari ni dah masuk Ramadhan ke dua, bermakna lagi 28 hari nak Raya! *gigih aku menghitung hari kan demi merancang masa depan yang gemilang. Haish apa yang aku merepek ni, penangan berpuasa...lapo. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum berpuasa yakni hari Ahad, aku dan beberapa orang kawan terjebak mendaki puncak Broga! Aik? Bukan haritu kata dah tak mau naik lagi ker? Itulah hakikatnya, sebab aku ni senang dipengaruhi. Akhirnya merana diri sendiri, sakit kaki, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi la! Bermula kisahnya, ada di kalangan kengkawan yang nak repeat naik Broga sebab kali pertama naik dulu, diorang punya hasil tak memberangsankan, jadi 'meronta-ronta' mintak diadakan semula sesi di atas puncak Broga. Kalau ikutkan, aku memang dah malas dah nak panjat bukit tu. Bukan apa, aku kesian tengok bukit tu yang semakin ternoda, dah tak serupa dulu lagi, indah dan damai. Sekarang ni, kalau naik atas tu, pasti yang nampak muka-muka orang (beratus...

Broga Hill : Part Two Bersama Geng Ungu

Image
Assalamualaikum!!! Tak habis lagi sakit kaki aku ni sebab pergi mendaki Bukit Broga minggu lalu. Hahah macam ni la kalau tak biasa memanjat, tapi at least ada kemajuan dalam hidup! Ye tak? OK mai sini aku nak cerita (cer citer cer citer). Hujung minggu lepas aku, KJ, HD dan MN telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. Ini merupakan kali kedua aku memanjat Bukit Broga tu, Kali pertama dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Si KJ dan HD dah banyak kali naik dah manakala MN pulak merupakan pertama kali mendaki bukit ni. Jadi excited si MN ni terlebih sikit la. Seawal 4.30 pagi aku dan bangun dan bersiap-siap. Berjanji berkumpul di Putrajaya dengan kawan-kawan pada jam 5.30 pagi. Cadangnya nak menyaksikan keindahan alam, matahari terbit! Jadi gigihla kami bangun awal pagi. Sampai di kaki Bukit Broga lebih kurang jam enam pagi dan kami terus memulakan pendakian. Adoiaiii semput jugak, tapi kali ni tak la seteruk pendakian kali pertama dulu, kali ni lebih pantas dan steady kot hah...

Explorasi Bukit Lalang

Image
Salam Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam di Malaysia. Semua tahu yang Bulan Disember ni banyak cuti jatuh pada hari Jummat. Tahun baru Islam juga jatuh pada hari Jumaat 18 Disember 2009. Sempena cuti tahun baru yang lalu, aku dengan tidak semena-mena telah terbuat satu aktiviti mendaki yang sememangnya tidak dirancang dengan teliti. Pakai hentam sahaja. Seawal pagi iaitu pada jam 6.20 pagi, aku dan rakan sekerja telah bergerak ke Semenyih di mana terletaknya sebuah bukit yang dipanggil Bukit Lalang . Hah nak tahu kenapa bukit itu di panggil Bukit Lalang? Sudah tentu sebab di atas bukit tersebut penuh dengan lalang. Kami sebetulnya telah bercadang untuk ke Bukit lalang ni pada awal Jun tahun ini, tetapi disebabkan banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, maka program ni tertangguh sampailah ke akhir tahun! Alhamdulillah , at least sampai jugak hajat nak mendaki Bukit Lalang nih. Dengan berbekalkan info yang ciput, maka laluan highway Lingkaran Kajang kami rentasi dan kelu...