2011-08-04

Bukit Broga Lagi

Assalamualaikum!!!

Hari ni dah masuk Ramadhan ke dua, bermakna lagi 28 hari nak Raya! *gigih aku menghitung hari kan demi merancang masa depan yang gemilang. Haish apa yang aku merepek ni, penangan berpuasa...lapo.

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum berpuasa yakni hari Ahad, aku dan beberapa orang kawan terjebak mendaki puncak Broga! Aik? Bukan haritu kata dah tak mau naik lagi ker? Itulah hakikatnya, sebab aku ni senang dipengaruhi. Akhirnya merana diri sendiri, sakit kaki, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi la!

Bermula kisahnya, ada di kalangan kengkawan yang nak repeat naik Broga sebab kali pertama naik dulu, diorang punya hasil tak memberangsankan, jadi 'meronta-ronta' mintak diadakan semula sesi di atas puncak Broga. Kalau ikutkan, aku memang dah malas dah nak panjat bukit tu. Bukan apa, aku kesian tengok bukit tu yang semakin ternoda, dah tak serupa dulu lagi, indah dan damai. Sekarang ni, kalau naik atas tu, pasti yang nampak muka-muka orang (beratus-ratus panjat dalam sehari) dan keadaan permukaan tanah yang teruk terhakis. Sangat kesian.

Alhamdulillah, ada jugak beberapa pendaki yang aku tengok membawa beg plastik hitam (sampah) dan mengumpulkan sampah-sarap yang terdapat di atas bukit tu untuk di bawa turun. Aku memang tabik spring dengan diorang sebab gigih buat kerja tu. Bukan senang nak mendaki dan menurun bukit bawak sampah!Tak kisahla samada diorang di bayar atau tak untuk buat kerja tu, tapi yang penting kerja diorang tu satu kerja yang murni.

Kat atas tu, kami lepak tak lama pun. Selepas habis menembak, kami memulakan perjalanan turun dengan pantas sekali... tak macam masa naik, semput. Jumlah masa pendakian adalah lebih kurang 45 minit dan masa turun kami mengambil masa 20-30 minit. Alhamdulillah tak ada apa-apa perkara buruk berlaku.

Bila dah sampai kereta, masing-masing pikir sibuk nak menambah semula lemak-lemak yang terhakis. Dan seperti biasa, lokasi sarapan pagi kami adalah di Pekan Semenyih, berhampiran Pasar Pagi. Memang pulun habis la makan pelbagai juadah sarapan pagi. Apa-apa pon, lepas ni aku dah takkan naik atas Puncak Broga lagi. Aku dah tak sanggup jadi salah satu punca perosak Bukit Broga lagi. (Bagus tak alasan aku? hehehe).

SAMBIL-SAMBIL TU JOM LIKE SINI. :) DAN REVISED TRAVELOG PHUKET DI SINI

PEACE!

Ada pulak orang jual baju bundle kat sini?

Tiket tempat letak kereta adalah RM2. Tiket dah berwajah baru ye.

Di awal pendakian, masing-masing excited...tapi bila dah separuh jalan..jeng jeng jeng...

Ramai betul pencinta alam (kononnya) mendaki bukit. Haish tengok la laluan ni, dah tak natural! Sedih.

Ni je la sunrise yang sempat aku tembak, maklumla hari dah meninggi. (8.20 pagi)

Memang betol-betol dah ternoda....

Projek S.E.M.B.U.N.Y.I




14 comments:

  1. gondol abis ye broga. tp aku tak penah naik sbb mcm dah overcrowded tmpt ni. tgk dah licin camni lagi la aku tak berani nak naik sbb takut jatuh (ada cerita org jatuh koma ek?).

    ada lagi ke bukit2 yg tak ternoda mcm broga kat kl ni?

    ReplyDelete
  2. Fatt:

    Yup mmg dah gondol habis dah tu. Rasanya org yang jatuh tu ninggal dah? hmmm kene cek balik .

    Kalau kat kl ni ada lagi bukit2 yg best macam Bukit Tabur and Gunung Nuang ...bukanla exactly kat KL tapi dekat la dengan lembah klang.

    ReplyDelete
  3. huish pegi broga lg? thrill, aku x sggup dah pegi kot, nak try bukit lain pulak :D

    ReplyDelete
  4. kemang:

    Yup..hahah buang tebiat naik lagi Broga. Kawan2 ajak, kenalah ikot, kan ke kawan mithali namanye hahaha.

    ReplyDelete
  5. the last 2 pixs macam jeepers creepers.

    satu yg saye x suka ngan broga adalah, traffic jam kat atas tue..fuhhh

    ReplyDelete
  6. maszuber

    tu projek terbaru kawan saya tu ...seram katanyer hahaha

    yup lepas ni saya dah tamau naik broga lagi...

    ReplyDelete
  7. saya pun tamao dahhhhh... haduiii bukankah sudah bertekad dahulu... kasihan broga, sudah tidak secantik dahulu.... hurmmmmm

    ReplyDelete
  8. Masmz

    Huhh len kali sila usulkan cadangan lain . Hahahahahah

    ReplyDelete
  9. bgus alasan tu..haha

    jom nek tabur la plk,yg tu ok sket trek bbatu ssh nk gondol kan..hehe

    ReplyDelete
  10. Al

    Ya kan memang bagus.. Bukit tabur pun aku dah try tapi pancet la hahaha tinggi sangat. Wakaka.

    ReplyDelete
  11. tabur kat mane? aku takut badan aku terlipat dua je nanti , hihi, pancit tgh jalan

    ReplyDelete
  12. Kemang:

    Tabur kat ulu kelanng je. Dekat bebeno. Kalau prasam bukit permatang yg nampak dr zoo negara tu, tu la dia bukit tabur

    ReplyDelete
  13. kemang

    you should try bukit tabur tu..mencabar!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS