2011-08-28

Penculik Pokok Di Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum!!!

Penat giler hari ni, awal-awal pagi (lepas subuh) dah gerak nak balik kampung, sebelum tu pulak dapat lelap mata sekejap je. Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampong berjalan lancar. Tak jem pon tapi kenderaan memang sangat banyak! Masing-masing dah bergerak pulang ke kampung macam aku.

Sampai je kampung aku terus pengsan! Tatau la kenapa penat sangat.Aku pengsan sampai pukul 3 petang pulak tuh! Hahahaha.

Hari ni jugak 2 orang kawan baik aku nak datang ke rumah (Acid dan Fdean) sebab nak ambil kuih raya yang diorang order dari mak aku. Bila dah jumpe apa lagi, macam-macam cerita la keluar! Yang aku jeles adalah diorang cuti raya lagi lama dari aku!!!! Haish! *Jeles!

Dalam sebok-sebok nak ambik kuih raya, sempat lagi kidnap pokok bunga mak aku! Diorang berdua ni memang suka tanam pokok. Penuh dah keliling rumah diorang dengan pelbagai jenis. Maklumla rumah kampung, jadi tanah memang luas dan siap boleh buat swimming pool lagi!

Seperti biasa setiapkali hari raya memang kami ada buat tour menjelajah satu Perak. Tapi tahun ni tak sure lagi sebab si Acid akan beraya di Johor. Takpelah raya pon 2-3 hari lagi, masih ada waktu untuk plan.semoga hari raya tahun ni pon kekal meriah macam tahun-tahun sebelum ini.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

PEACE!!!

Tu diaaa...gigih kan!

Ni sorang lagi hahaahaha spotted!

5 comments:

  1. aok, perak katne?

    umah kwn aok tu besar gedabak ke smpai muat swimming pool? hebat gile

    ReplyDelete
  2. mmg gigih.. celah2 tu pun die masuk :P

    ReplyDelete
  3. Fatt:

    Ambe perok kat tapoh jer. Sepelaung je dari ke el.

    Biasala fatt, umah2 kampong kan laman luas2. Nak buas shopping complex pon boleh depan umah tu.

    ReplyDelete
  4. ADfeez:

    Yup memang gigih kan! Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  5. aok tu ape?

    amboi nak kena sebat nih mencurik di bulan2 pose nih..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS