2011-08-24

Balik Kampung (Pra Raya)

Assalamualaikum!!!

Minggu lepas aku sempat balik kampung...gigih kan walaupun seminggu lagi nak raya, tetap sempat balik kampung!  Itulah nikmatnya kampung halaman dekat, tak payah naik bas berjam-jam atau tak perlu naik kapalterbang merentas benua! (Cewah bajet obersi).

Aku gerak balik ke kampung hari Sabtu, pagi. Sampai-sampai je, ayah aku ajak teman dia ke Ipoh. Haish kalau dah suruh ajak teman tu maksudnya aku la yang kene drive! Takpelah, aku kan mithali. Jadi dengan gigihnya aku dan ayah aku pun merempit la ke pekan Ipoh, dengan tujuan beli stok barang-barang buat kuih raya yang dah tak habis. Mak aku pulak terpaksa tunggu rumah sebab ramai orang datang buat kuih raya.

Sampai je pekan Ipoh, hujan turun selebat-lebatnya! Sampai tak nampak jalan, tapi aku gagahkan diri mengecikkan mata untuk melihat arah yang betul menuju ke kedai jual barangan kuih. OK bagi penduduk Ipoh, aku rasa kedai ni agak femes la (kecuali bagi orang Ipoh yang tak berapa nak Ipoh, ada paham?) Nama kedai ni Wah Seng (1986) Sdn. Bhd. Kalau nak diikutkan memang dah lama kedai ni beroperasi. Dari zaman kedai buruk (seperti di dalam gambar) sehinggalah ke zaman kedai baru (tak sempat amek gambar sebab hujan lebat) yang terletak berhampiran dengan Bangunan Sri Kinta.

Sejarahnya, macamana mak aku boleh terpikat dengan kedai ni? Sebenarnya owner kedai ni (owner sekarang) adalah kawan sekelas mak aku masa sekolah dulu. Aunty ni memang baik, dan kalau mak aku pergi kedai dia memang dapat special price!. Tu la untungnya berkawan kan! Kedai ni hak milik mak dan bapak aunty owner sekarang, dan kini dia mengambil alih sepenuhnya.

Masa aku sampai kedai tu, fuh bukan main ramai manusia! Macam nak pergi tengok bola kat stadium! Bezanya, masing-masing bawak bakul nak pegi amek stok kat rak-rak yang disediakan. Hahah sorry tak sempat nak tembak apa-apa kat dalam kedai sebab aku busy bawak bakul.

Ha tu kisah soping barang kuih. Sebenarnya aku balik kampung haritu pon ada sebab lain jugak, nak amik stok tempahan kuih raya. Setiap tahun, aku akan letak sampel kuih raya yang mak aku buat kat opis tempat aku kerja. Bukannya nak meniaga hard core sangat pon, tapi saja gatai nak menolong mak aku kembangkan bisnes dia di peringkat Wilayah. Alhamdulillah, walaupun aku tak gigih menjaja dari tingkat ke tingkat dan dari pintu ke pintu, tapi pelanggan tetap ada, yang penting aku dah ada regular customer. Syukurr.

Alhamdulillah rezeki tahun ni masih ada walaupun tak banyak. Bolehlah aku tolong mak aku jana pendapatan dia, lepasni boleh mak aku pergi umrah lagi! Amin!

Tapi part yang tak tahannya, masa nak mengangkut kuih muih tu balik ke pekan kolumpo la! Nak kena packing, lepas tu sumbat masuk dalam kereta, tu pun kalau muat! Pernah sekali tu, sampaikan ke sit driver pon aku kene letak kuih, aku duduk sipi-sipi je (BAYANGKAN). Lepas tu satu kerja pulak nak mengangkut dari basemen parking kat opis naik ke pejabat. Haish gigih tau turun naik lift 3-4 kali. Tapi demi membantu keluarga, aku pasrah dan aku suka buat kerja-kerja ni.

Tahun ni jugak, pasaran kuih raya mak aku dah meluas sampai ke Shah Alam dan Cyberjaya, alhamdulillah. Sebenarnya, mak aku dah tak larat dah nak buat benda-benda ni, tapi disebabkan niat nak membantu, maka mak aku teruskan jugak. Maksud aku, begini...kat kampung aku ramai golongan wanita yang susah, dah kematian suami, ibu tunggal dan sebaginya, jadi mereka-mereka ni kurang dari segi pendapatan dan ada setengah tu yang tak bekerja. Jadi mak aku upah mereka untuk tolong buat kuih raya, bukan masa bulan Ramadhan saja, tapi hari-hari biasa kalau ada kerja-kerja memasak, mak aku akan panggil mereka. Atleast ada jugak duit raya untuk diorang kan. Alhamdulillah, semoga jasa mak dan ayah aku tu diorang kenang, tak mintak dibalas pon cuma cukup sekadar dikenang, dan doakan mak dan ayah aku sihat dan sejahtera.

Ok lah, dah panjang aku membebel. Nanti aku post entry lain pulak.

Selamat Berpuasa! Mood Raya dah menebal sehingga aku malas nak buat kerja...adoi, syuh syuh pergi sifat malas, jangan hampiri aku!

PEACE!
Ni kedai asal, kedai yang baru lagi besar dari yang ini.
Pekan Ipoh dikala hujan....
Muatan kerepek dalam kereta untuk diedarkan kepada pelanggan
Kat sit pon ada jugak!
Ni yang aku nak bawak balik Kolumpo.
Kena packing dulu...semua ni.


20 comments:

  1. ini memang bebetul banyak ni janggel.

    aku ingat, tahun depan, ko amek stok2 kuih berserta kerepek nie dengan lori la pule. bisness berkembang baek punya.

    ReplyDelete
  2. MasZuber:

    Hahaha tu la kan. Hajat hati nak beli lori, tapi sebab guna pon mungkin staun sekali aku rasa baik beli bas, kalau tak guna buat angkut kuih, boleh buat bas rombongan kan kan kan? heheheh.

    ReplyDelete
  3. tu diaaaa.....rezeki bulan ramadhon...meleleh lak air liur aku nih! hahaha.

    btol ckp Mas, next year bwk lori lak...kuikuikui

    ReplyDelete
  4. bdk2@John:

    Alhamdulillah rezeki Ramadhan katanyer hehe.

    Ye la insyaAllah kalau ada rejeki nanti aku beli lori pulak, lori kecik la..lori beso tak muat nak paking kat rumah.

    ReplyDelete
  5. ya ampun..gamba kerepek tuh sejibik cam zaman dolo2 bejinak jual time raya gak aa kat opis..(mujur tak kena saman by JPJ..) frm mcca to kl...haha...(tetiba mengimbau zaman pra-purbakala..)
    but again, best niaga kuih time nak raya,kan???

    ReplyDelete
  6. Anash:

    Ha pernah terjebak jugak ke ??? Best kan! Walaupon penat tapi hasilnya memberangsangkan! Saya dah terjebak dari kecik lagi so tak dapat nak lari dah..hehehe.

    ReplyDelete
  7. Lalalala.... mao datang makan je tahun nih... hihihi

    ReplyDelete
  8. masmz:

    lalalaa~ konfidennnn.....

    ReplyDelete
  9. banyok gile

    btw ko anak mithali ah, beruntung mak ayah ko yek...

    ehh aku suka tart nenas, nak satu boleh?

    ReplyDelete
  10. Kemang:

    Hahah mestila aku anak mithali.
    Ko nak kuih tat eh? aku email nanti boleh? heheheh (saje melawok)

    Nanti kalo beraya umah aku bleh la makan kuih tat.

    ReplyDelete
  11. mulia sungguh hati anak beranak ni.byk pahala

    maaaak,
    acar buah aritu janggel tak bagi lagi kat kitorang.APA? kalo dia mkn yg mak kirim tu, kena busung?? okehhh

    ReplyDelete
  12. Isabelle:

    Hehe thanks> Tapi acar buah tu cek tak makan tau, cek bagi orang lain hahahaha....selamat...

    ReplyDelete
  13. janggel..x yah anto email lah..ko attach jek kat fb.. nanti tart tu kuor dari skrin komp aku, sekali ngan balang die skali.. wrap betol2 karang tumpah pulakk!!..

    okay?

    ReplyDelete
  14. Kemang;

    Haish ko perli aku ke????? Adoiiii ok la nanti aku attach kat wall fb.....

    ReplyDelete
  15. iishh janggell... aku tak perli laaaa....

    ish...

    pasni aku nak serius lah !

    *muka serius*

    ReplyDelete
  16. eh aku x leh nak login fb aku la...kena hack ke ape? siot jek.... nensen betoll

    ReplyDelete
  17. Kemang:

    Ala aku gurau je la hahahahha apa la.

    Ye nanti aku tepek kat wall ko la

    ReplyDelete
  18. Kemang;

    Eh bia betik??? Ko ✘ log in kot.

    ReplyDelete
  19. haha..

    eh buleh suda...

    siot jek byk kali dah mcm ni...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!