2011-08-01

Karnival Jom Makan Buah di Putrajaya

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan! Selamat Berpuasa! Alhamdulillah merasa juga aku berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Terasa cepat pulak masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan lagi. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

OK bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal keinginan aku yang membuak-buak untuk makan durian tahun ni. Durian mania! Sebenarnya dah lama mengidam nak makan durian, tiap-tiap hari waktu balik dari kerja mesti akan melalui kawasan orang menjual durian di tepi jalan dan aku akan hanya mampu menghidu bau haruman durian itu...huhuhu tak sanggup nak berhenti makan durian sorang-sorang kat tepi jalan tu.

Jadi memandangkan puasa pon dah dekat, aku nekad ajak kawan-kawan makan durian sebelum 1 Ramadhan. Alhamdulillah kebetulan pulak di Putrajaya hari Sabtu lepas ada Pesta Jom Makan Buah di Taman Warisan Putrajaya! Apa lagi memang sedang elok la tu. Aku, KJ dan HD berjanji untuk berkumpul di Taman Warisan pada jam 5.30 petang. Waktu tu memang waktu kemuncak la, ramai orang kerumun tapak pesta. Macam-macam jenis buah-buahan dijual. Tapi itu semua tak menarik minat aku sebab aku hanya fokus kepada durian sahaja!

Tibalah kat satu kawasan ni, tempat orang makan durian. Bayar RM 18 dan boleh makan sampai pengsan!!! Betul aku tak tipu, hanya bayar RM 18 sahaja, dan kita boleh makan 3 jenis buah buahan iaitu Durian, Rambutan dan Manggis. Aku dan kengkawan pon apa lagi, duduk berkampung la kat dalam area tu. Sebijik demi sebijik durian kami makan. Fuh nikmanya tak terkata. Memang mula-mula nafsu tu macam nak telan sebakul durian je, tapi hakikatnya aku hanya mampu makan 6 bijik jer, terbaik! Durian pulak memang jenis terbaik, macam-macam jenis ada. Yang isi kuning, isi putih, tebal, nipis semua ada! (Sorry aku tak tau nama durian-durian yang aku makan tu, sebab aku tau makan je).

Orang tua-tua pesan, kalau makan durian jangan lupa makan manggis dan rambutan sekali sebab panas lawannya sejuk. Kasi neutral, so durian tu memang dah panas, jadi kami pon makan pulak manggis dan rambutan sebagai penyejuk. Memang mantop. Dalam hati pasrah saja lah kalau demam di awal Ramadhan...tapi alhmadulillah aku masih sihat sehingga ke hari ini. Syukur.

Pesta makan buah-buahan berlangsung selama dua hari iaitu hari sabtu dan ahad. Di samping itu jugak, Perbadanan Putrajaya ada buat Sambutan Hari Terbuka Perbadanan Putrajaya, jadi memang agak meriah la.

Harap-harap pesta makan-makan macam ni diadakan selalu. Lepas makan, masing-masing dah macam pakai parfum durian. Fuh terangkat habis.

Oklah jom layan gambar-gambar buah deroyan sebagai pencuci mata di bulan Ramadhan ni. Jangan tenung lama-lama, nanti makruh hehehe.

PEACE!

Aku tak sure part mana yang timbang dan bayar tu, yang aku tau pilih terus makan jer. Hehehe

Lepas dah bayar, bagi kupon tu kat mamat-mamat pengkopek durian ni..nanti diorang akan kopekkan durian mengikut citarasa masing-masing.

Tuuu dia! Tak ke pitam tengok!

Pusingan pertama settled!

Pusingan seterusnya.

Yang ni ada yang tak kenal ker?






13 comments:

  1. sakan ye pakcik kenduri deroyan! hahaha

    selamat berpuasa pakcik!

    ReplyDelete
  2. Hanie:

    Hahaha begitulah nampak gayernyer..sebelom kempunan bulan puasa :)

    ReplyDelete
  3. uish sdap nye...pi post plak time pose nih....

    ReplyDelete
  4. kemang:

    Hahahha dah lapo tu yang bubuh gambo makan tu :) tatau apa jadi pada durian2 berlebihan skg ni....sebab bulan pose mesti tak laku kan.

    ReplyDelete
  5. smlm baru ak mkn.. ptg tu pegi cari durian kt pj..ade offer D24 rm20 7 bijik..melantak gila aku :D hihihih

    ReplyDelete
  6. Kemang

    Oishhh best tu murah .. RM 20 dapat 7 bijik D24! Kalau dulu mana nak dapat macam tu. jeles...

    ReplyDelete
  7. Pencacai Alim:

    Selamat Berpuasa juga! :)

    ReplyDelete
  8. *pitam bau durian~ hahaha
    (nak tapau wak kuah leh????? hehe)

    ReplyDelete
  9. nape la aku tgk entry ko ni time bln posa..kan dah terliur!

    kalau aku pegi ni...aku tanak pulut dgn santan siap2...kenduri pesen gitu..baru meletop!! hahaha :D

    ReplyDelete
  10. Fatt:

    Tu la, aku ada terpikir gak nak buat camtu, tapi taun depan la hahahha. Sebab masa aku dtg ni tak terbayang pulak roper ini pestanyer. hehehe. rugu tak bawak taperware, kalo tak leh bwak deroyan tu balik buat bubur.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS