2011-08-08

Semakau Landfill - Amazing Experience

Assalamualaikum!!!
PERINGATAN: INI MERUPAKAN ENTRY YANG SANGAT MEMBOSANKAN. SILA GIGIH MEMBACA DENGAN PENUH KEINSAFAN.

Hari ni mood aku nak buat kerja memang malas giler. Tapi terpaksa la buat jugak kalau tak nanti tak boleh nak cuti raya! *Petirrrrrr (tiru efek blogger torsohor Fatt)

OK nak story sikit pasal lawatan aku ke sebuah tapak pelupusan sampah yang paling unik di dunia. Kenapa paling unik yer? Meh aku cerita:

Bagi sesiapa yang tak familiar dengan tapak pelupusan sampah atau landfill (dalam bahasa omputehnya) kat sini aku nak cerita serba sedikit la. Bukan apa, ni ala-ala segmen alam sekitar ler (tetiba rasa bertanggungjawab pulak sebab dah memang kerja aku).

Satu ketika dulu, aku pernah diberi peluang untuk melawat ke salah sebuah landfill yang unik di Kota Singa. Nama landfill tu adalah Semakau landfill (dulu dikenali sebagai Pulau Semakau). Sejarahnya, Pulau Semakau ni terdiri daripada 3 buah pulau kecil di Selatan Singapura. Bila kerajaan Singapura dah decide nak jadikan pulau tersebut sebagai landfill, maka ada beberapa perkara yang perlu diorang settlekan dahulu antaranya adalah re-settlement penduduk kampung yang sediada menetap kat pulau tu. Dan perkara paling besar yang diorang buat adalah menyambung ketiga-tiga pulau tersebut menjadi sebuah pulau dengan kaedah penambakan.

Sebenarnya Semakau landfill ni merupakan satu-satunya pulau sampah yang ditambak di dunia (aku rasa betol dah sebab ni berdasarkan kepada penerangan pemilik projek sampah tu). Kiranya satu-satunya tapak pelupusan offshore la. Nak ke Semakau Landfill ni kena naik bot daripada pelabuhan di Tuas South yang mengambil masa lebih kurang 25 minit. Aku tak sure samada kite boleh suka-suka pergi melawat pulau ni atau kena ada permit tertentu. Korang boleh cek la dekat website.

Semakau Landfill ni jugak merupakan satu satunya landfill yang ada di Singapura! Kenapa ada satu je? Sebab utama adalah, Singapura tak ada tanah untuk dijadikan landfill, maka semua tanah (yang merupakan hak milik Kerajaan) akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan. Kaedah pelupusan sampah pula merupakan kaedah paling efisyen iaitu menggunakan insinerator (loji pembakaran sampah). Untuk makluman juga, di Singapura terdapat lima buah insinerator dan 99 peratus sampah di Singapura akan dibakar di dalam insinerator-insinerator tersebut.

Jadi apa gunanya landfill kalau semua sampah dah di bakar? OK biar aku citer, bila sampah-sampah itu dah di bakar di dalam insinerator, maka ia akan menghasilkan abu (ash) di mana abu tersebutlah yang akan dilupuskan di Semakau Landfill. So sebenarnya, Semakau Landfill ni fungsinya tak la seperti landfill-landfill yang terdapat kat Malaysia ni.

OK berbalik kepada cerita lawatan ke Semakau Landfill ni, aku dibawa mengelilingi Semakau landfill, dan apa yang paling mengujakan bagi aku adalah, keadaan di Semakau Landfill itu sendiri. Kalau korang berpeluang tengok, sebenarnya tak macam tapak pelupusan sampah langsung! Bersih, kemas, cantik dan tertarik! Seriously, persekitarannya sangat cantik. Part kejuruteraan pembinaannya aku malas nak cerita sebab terlalu complicated. Tapi apa yang aku nak share di sini, walaupun namanya adalah tapak pelupusan sampah, tapi ia menjadi pusat pembelajaran kepada anak-anak Singapura. Di Semakau Landfill terdapat program-program kesedaran alam sekitar antaranya projek penanaman pokok bakau, pusat pemerhatian burung-burung migrate, dan juga pusat camping! Giler kau camping kat landfill! Tapi itulah hakikatnya. Memang tak pernah aku terfikir kalau bebudak sekolah kita kat Malaysia ni pergi camping kat tapak pelupusan sampah...mau tak sampai sejam dah pengsan!

Aku diberitahu juga, setiap hujung minggu akan ada orang datang memancing di Semakau Landfill ni, dan terdapat beberapa pondok untuk istirehat yang dibina. Memang menarik.

Sebenarnya, aku nak menarik perhatian terhadap mentaliti masyarakat kita. Tak salah sebenarnya nak bina insinerator, sebab dah terbukti yang kesannya terhadap alam sekitar tidak seperti yang digembar-gemburkan. Bayangkan berapa banyak sampah yang kita hasilkan dan berapa banyak masalah yang dihadapi oleh kerajaan untuk melupuskannya. Tapi disebabkan sikap dan juga masalah (politik) maka benda ni asyik tertangguh. Sedih ...padahal nak jadi negara maju kan? Harap-harap satu hari nanti kita boleh mencontohi benda-benda baik yang dibuat oleh negara-negara lain, untuk kebaikan negara sendiri.

Apa yang aku nak kongsi di sini juga adalah, peluang yang aku perolehi daripada mengunjungi negara-negara lain memberi beberapa perspektif bagi aku, antaranya:-
  1. Aku bersyukur lahir kat Malaysia yang aman, makmur, murah rezeki dan bebas tak macam sesetengah negara yang kucar kacir, diktator dan rakyat hidup melarat.
  2. Aku dapat bezakan di antara negara maju dan negara membangun dari segi pengangkutan (MRT, Jalan raya dan sebaginya), dari segi mentaliti masyarakat dan dari segi persekitaran...Sorry to say, Malaysia masih jauh ketinggalan.We need to improve.
  3. Dari segi teknologi, ya memang Malaysia sekarang menuju ke arah negara maju, tapi teknologi masih nak guna teknologi lama, kalau nak beli sesuatu tu pon bukan sebab kualiti tetapi sebab harga yang murah (aku tau ni sebab benda ni sering berlaku kat tempat kerja) *no offense but its reality.
Tiga kesimpulan tu bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi supaya kita boleh improve. Ambil contoh yang terbaik tetapi masih boleh kekalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat, tak salah kan? Ini hanyalah suara dari seorang insan yang tak ada nama pon dalam sejarah Malaysia. Tapi sebagai masyarakat yang tinggal di dalamnya, ini merupakan salah satu sumbangan kecil yang boleh aku buat bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.

Betullah kata pepatah orang dulu-dulu, jauh perjalanan luas pemandangan. Memang aku setuju seratus peratus!

Hehehe dah abis dah sesi taklimat alam sekitar aku. Ok nanti kalau ada cerita-cerita boring lagi, aku tepek la kat sini.

PEACE!
Ni deligasi Indonesia, Mas Rizqi yang suka nyanyi lagu Afgan.


Cewahhhh deligasi Malaysia tuuuuu!
Masa ni masing-masing excited nak begambo.
Pusat pengumpulan sampah di Semakau Landfill
Ni masa sesi taklimat. Kami banyak ni je la tak ramai dari Thailand, Cambodea, Vietnam, Laos dan Myanmar. Orang Filipina tak datang.
Pemandangan semakau Landfill dari udara.

Program tanaman bakau.
Laluan ke pusat camping.
Memandangkan kami tiga orang je boleh cakap Melayu, so jadi geng la!




16 comments:

  1. Di Semakau Landfill terdapat program-program kesedaran alam sekitar antaranya projek penanaman pokok bakau, pusat pemerhatian burung-burung migrate, dan juga pusat camping - the best part aku rase..kat mesia ade ke landfill mcm ni? ngak ade kan?


    btw aku pon nak **PETIRRRRRRRRRRRR

    hahaaa

    fatt fatt... where are you? aku ngan janggel tgh main petri2 nih, hihi

    ReplyDelete
  2. Kemang:

    Kat Malaysia, setahu aku memang tak ada program macam tu kat landfill. Tak sesuai pon nak buat sebb landfill kita dengan landfill diorang sangat berbeza. Macam langit dengan bumi.

    PETIRRRRRR~!

    Fatt tengah tido...bulan pose hahaha

    ReplyDelete
  3. such a great entry bro...
    aku sgt2 setuju dgn pendapat ko dlm entry ni. masyarakat msia ni mmg kurang skit kesedaran tentang alam sekitar. asyik duk riuh rendah psl pencemaran..tp langkah yg diambil ibarat hangat2 tahi ayam... renungkanlah..

    ciao...nk g bazar~

    ReplyDelete
  4. oit! oit! patutla aku rasa cam kena seru je ni...ada org mengata aku rupanya. hahaha

    ko main la petir2 nanti blog ko kena petir nanti...hahaha

    eh menarikla entri ni, siyes...educational. sbb aku pun tak penah tau psl landfill ni. agak memalukan sbnrnya sbb negara kita yg byk tanah ni pun tak mampu nak buat 1 tmpt landfill yg proper utk lupuskan sampah. some more negara kita aku rasa kaya la kot, tp menteri dia agak bodoh sbb kelulusan spm kan..so dorg takde minda yg boleh buat something yg setaraf negara membangun. it's sad...yup, realiti negara kita mmg sux sikit, aku rasa politician yg tahap spm ni patutnya tak layak sandang jwtn pape sbb pemikiran dorg ni low sgt, takleh create benda revolusi utk negara & rakyat. aku rasa smpai zmn cucu aku pun rasanya tak mampu nak tgk msia jadi cam jepun. kalau tak dpt jadi cam jepun pun jadi cam spore pun dah ok..mslh sampah le sng cth paling mudah...aku tak salahkan gov jgkla sbb kita yg takde kesedaran sivik..tp tulah..org mesia ni takde kesedaran. aku pnh tgk dpn mata tau pak arab kena suruh kutip balik sampah yg dia buang tepi hutan. masa tu kat nz...ko byg eh..mgkin pak arab tu pikir takde sape nampak tp sorila..pastu kutip la pak arab tu apa lagi...ko sendiri penah pegi arab kan? gila kotor kan buang smpah merata2...sedih aku tgk. walhal dlm ajaran islam sendiri ckp jagalah kebersihan tp tgkla sendiri.

    oklah sekian saja tazkirah ptg ni...wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

    ReplyDelete
  5. Bdk2 a.k.a John:


    Terharu aku bila ko suka ngan entry aku ni.aku ingatkan takda org baca..hahah
    Sekarang ni usaha kerajaan mmg ke arah pemuliharaan alam sekitar tapi promosi tak cukup kuat selagi mentaliti rakyat tak berubah. susah nak jaga hati semua pihak melainkan individu itu yang berusaha untuk berubah..

    PEACE!

    ReplyDelete
  6. Fatt:

    Hahahah boleh dengar jugak ko yer bila aku seru hahahaha. Ok siyes aku tamau main petir dah, kang rentung pulak blog aku yang putih suci ni.

    Thanks, aku tak sangka ko pon suka entry aku ni. Mula2 aku nak taip aku pikir gak, ada ke org nak baca, tapi demi tanggungjawab aku tulis la jugak, atleast aku dapat kongsi sesuatu kan?

    Yup aku setuju dengan ko Fatt pasal menteri tahap SPM tu, dah biasa dah handle, sebab keje diorang pas-pas kerje je kat org2 bawah pastu dah siap baru diorg amik aleh. Tu lah tugas2 kami sebagai pencacai. Redo je lah. Tapi aku mmg tak setuju kalau menteri2 yg takda pendidikan at least degree dilantik jadi menteri. sebab nampak sangat diorang takde ilmu dalam membuat keputusan. Sorry to say, it really happen in Malaysia kan? setuju tak?

    Dan yang ke dua ofkos mentaliti masyarakat, kekadang tu sesuka hati buang sampah dari tingkap kereta. Menyirap je aku tengok dr blakang! Kalau cam ni mmg sampai anak cucu ko (ehem ngan sape tu eh dapat cucu?? ) pon takan settle kan masalah ni.

    Tapi aku percaya, masyarakat kita makin bijak. Kita mungkin tak dapat ubah secara drastik tp sikit sikit.

    Pstt: yup arab mmg kotor...tak paham aku. Mungkin sebb diorng pikir diorg bangsa yang hebat so diorg boleh beli segala-galanya. Hash macam2 citer sebnarnya pasal arab ni tapi nanti kita ulas kat topik lain eh..

    PEACE!

    ReplyDelete
  7. alamak tumpang lalusss je larrr.... tiga tahun jaga tapak sampah doulu, sampai baju2 pun lekat bauuuu.... *pengsan nengok ulat sampah bergelimpangan....

    catatan :
    bila larrrr tpsp kat malaysia ni nak lawa cam tempat lain, diselenggara, diperindahkan.... hurmm

    ReplyDelete
  8. Masmz:

    Ala baru 3 taun...org dah 6 taun dah...dah lali hahahhaaha

    ReplyDelete
  9. aik mane komen aku menghilang? rse nye aku komen td..

    tp takpelah, dah ilang, nk buat mcm mane kan.,,

    janggel, need ur opinion lah..gua nak repeat pi sabah bln 10 ni..5 hari, pi kk.. gua mcm blur lah, x tahu nak pegi mane..bajet 300 je, ekeke..bro rase ape aktiviti tuk 5 hari tuh?

    ReplyDelete
  10. Kemang:

    Oh ko ada komen ke be4 this selain yang first kat atas tu? takde plak aku receive.

    Anyway, pasal Sabah ye, aku pon bukan la expert sangat pasal Sabah ni sebab aku pergi dulu pon sebab kerja.

    Ok apa yg boleh aku sajes, first ko boleh merayau2 kat KK dulu, banyak juga tempat2 menarik kat bandar KK, ko boleh pegi Pasar Filipina tengok culture org berniaga dan sebagainya (kalao nak shopping tak payah la kat situ sebb mahal), sebelah malam ko pegi pasar tamu betol-betol berhadapan dengan pasar Filipina tu, situ harga memang murah, berbeza dengan Pasar Filipina tapi sebenarnya peniaga dia org2 yg sama jugak. Then ko pusing2 la town.

    Seken, ko boleh g Kundasang. Ko try la cari bas atau kereta sewa. Aku tak sure brapa jauh, tapi takdelah jauh sangat. Dia akan melalui Tuaran dan Tamparuli (ada jambatan Tamaparuli yang fames tu. Dan ko juga akan sentiasa lalu kat Sebelah Gunung Kinabalu.

    Ko boleh melawat Taman Negara Melilau (area ni sejuk giler) siap ada Dairy Farm, Kundasang....fuh terbaik beb tepat tu..Rasa macam kat New Zealand! Itu je yg aku tau pasal Sabah. Kalau nak tau lebih lanju try search kat cari.com.

    ReplyDelete
  11. oh..okay..noted...tapi aku tak berperasaan langsung nak pi sabah ni.. x tahu ngape..

    ReplyDelete
  12. as u said before, landfill yang di singapore nie untuk dump ashes from incinerator. pasal tue bole buat aktiviti rekreasi yang lain.

    landfill di malaydia nie lebih kepada sanitary landfill, dumpsite etc.

    sebenarnye aku sangat setuju kalo malaysia tukor cara pelupusan sampah cara incinerator nie. Sangat cepat dan selamat. Then bole juga generate energy from metane produced by the solid waste etc.,

    cumanya cadangan kerajaan kerajaan utk wat incinerator in a very big scale like the one proposed in broga dulu kala, agak tidak menyakinkan. iyala..kalo dah besar sgt pon bahaye gak. Sebab, impactnya lebih besar, major.

    tapi kalo dia buat ada beberapa buah incinerator di beberapa lokasi dengan saiz yang sederhana, aku rasa memang lebih practical.

    kalo kat jepun, incinerator dia tengah2 bandar. dan ada banyak tempat/ selamat jea. siap ade tue sebelah tadika jea. tp orang tak perasan pon.

    nways, malaysia still have long way to go. i vote for incinerator!

    ReplyDelete
  13. Maszuber:

    yup..landfill kiter dengan landfill mereka memng berbeza sebb cara pengurusan sampah diorg pon berbeza. Saya sangat setuju dengan anda yang mentaliti dan sistem pengurusan sampah kat Malaysia ni mesti diubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah bila Akta Pengurusan Sisa Pepepejal berkuatkuasa, akan ada peningkatan.

    Macam kat Jepun, pengurusan sampah dibuat mengikut region...ko urus sampah ko, aku urus sampah aku, sebb tu ada banyak insinerator di bina. Hampir setiap region ada insinerator, berbeza dengan Malaysia, nak buat satu insinerator pn kena serang sana serang sini.

    I pon vote for Incinerator!!! :P

    ReplyDelete
  14. Kemang:

    Aku tau nape ko takde perasaan nak g Sabah ni kan...sebab

    1. ko dah pernah pergi kan? dan pemergian kali ni sebab ko nak repeat.

    2. Hati ko dah ada kat India, so ko akan pikir pasal tu jer dari skg..kan kan kan?

    Hehehe PEACE!

    ReplyDelete
  15. janggel :

    haha, kinda bro..tapi entoh ler, cuti x approve lg sebenor nye..

    ReplyDelete
  16. kemang:

    hahaha dah agak dah. ;p

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS