Sambungan dari SINI
OK ini merupakan entry terakhir bagi kisah Jelajah Singapore ni. Hari ke 4 rasanya sangat cepat betul berlalu.Terasa baru je dua tiga hari lepas kami semua dok merapu, merayau-rayau keliling Singapore, menyorok dalam kereta bila ada pak polisi lalu dan macam-macam hal lagi yang kami buat tapi harini dah nak balik!
Hari keempat, cuaca tak berapa baik, hujan, mendung dan hujan semula. Macam tau-tau je kami dah nak balik. Seawal pagi kami dah plan macam-macam hari tu tapi taku sure boleh buat ke tak. Kami menuju ke Beduk (Kawasan Beduk ni banyak kedai Melayu/Halal) tapi kali ni kami ke restoran yang lain pulak. Tak dapek la nak makan kat restoran yang sama tetiap hari kan.Kami ambil "brunch" kat situ. Jamal pulak terpaksa pulang awal pagi itu kerana dia akan ke Bangkok pada keesokan harinya. Hai kalaula aku boleh ikut...Jadi tinggal kami berenam sahaja.
Restoran Enak-Enak nama diberi, terletak di tengah-tengah Beduk. Memang terdapat banyak pilihan makanan kat sini dan yang penting harganya berpatutan (sstandard harga di Singapore la). Banyak jugak la jenis makanan yang kami order dan yang pastinya setiap orang kene order lain-lain. Untuk aku Nasi Goreng Ayam Kunyit (ceh ...macam la takde kat Malaysia kan...dah itu je yang aku terliur nak mana sebab dalam menu nampak cantik). Yang lain-lain pulak ada yang order Nasi Goreng Kampung (adake kampung lagi kat Singapore ni?), Tomyam Seafood, Kupang masak tumis , Cendol, dan satu set Italian Food, aku lupa nama dia untuk Max sebab dah 3 hari makan makanan Malaysia, tekak dia dah merintih mintak makan makanan ruji dia hahaha. ada lagi, kami order Taufu, dan berbagai lagi ..tak reti nak tulis namanya sebab pelik. (Boleh tengok gambar-gambar kat bawah tu untuk penjelasan lanjut). Sesiapa yang ke Singapore bolehlah singgah di Beduk ni, recommended.
Selepas brunch, kami menuju ke Hort Park. Sebenarnya Hort Park ni merupaka sebuah taman botani, pelbagai jenis herba dan tumbuhan lain ada di tanam di sini. Lagi satu yang menarik minat aku, kat dalam taman ni memang cun habis, susunan bangunan, tanaman dan dekorasi tamannya. Masuk pon percuma, tinggal bayar duit parking kereta je dalam SGD1 je kot (kalau tak silap).Perjalanan dar Beduk ke Hot Park mengambil masa lebih kurang 20 minit. Macam sardin dah kami berhimpit dalam kereta tu. Maklumlah enam orang yang 'kecil-kecil' belaka.
Habis pusing-pusing di Hort Park, Tan bawak kami semua ke sebuah jambatan gantung yang sangat unik! Hot Spot jugak jambatan ni. Namanya adalah Henderson Bridge. Apa yang menarik mengenai Henderson Bridge ni adalah strukturnya yang berpintal-pintal seperti ombak. Ketinggiannya adalah melebihi 700 meter (aku tak ingat) dan keistimewaan lain adalah, jambatan ini menghubungkan di antara taman-taman di dalam bandar Singapura. So kita boleh pergi ke banyak taman dengan hanya berjalan kaki. Semua taman ini adalah connected ya. Kalaulah KL ada jambatan macam ni, best jugak.
Puas merayau-rayau di taman, kami terpaksa pulang semula ke Simei (rumah Adie). Kena la bersiap-siap sebab kapal terbang kami akan berlepas sebelah malam, 9.30. Tetapi flight Doli lebih awal pada jam 8.30 malam. Jadi untuk menjimatkan masa, kami semua bergerak serentak ke lapangan Terbang antarabangsa Changi. Lima minit saja dari rumah Adie. Sedih beb sebab tak tau bila lagi boleh jumpa dengan diorang ni semua. Masing-masing duduk jauh pulak tu.
Adie pulak akan migrate ke US keesokan harinya. Lagila tatau bila aku boleh jumpa dia. Tunggu dia balik Malaysia je lah jawabnya...nak tunggu aku ke US entah kapan pon belom pasti. Apa yang penting, janganla ada di antara kami yang lost comtact...bukan apa, seronok travel dengan diorang semua sebab masing-masing sekepala. Hhehee.
OK, sekian sahaja edisi Jelajah Singapura kali ni. (Oh rupanya dah lima kali aku travel pergi Singapore??? dan aku sangat suka kita itu sebab keadaanya sangat best!)
PEACE!!!
Oh ada pulak muka Auntie Yan keluar TV! |
Entah kapan akan bertemu kalian lagi.... |
selalunya kalau hambek gamba siaran TV musti ada belang-belang...nih elok je ...terre aa
ReplyDeletenext trip..USA??..bestnya..berjalan je kan..hehe
ReplyDeleteaDAM
ReplyDeletehahaah nak ke usa kene gadai tanah dulu
Anash:
ReplyDeletehahaha naseb jer tu heheh
I seriously think Malaysian food is the best in Asia. I'm just saying... lol Cheers!
ReplyDeletePinoy Boy Journals:
ReplyDeleteYup...I think so. Hahaha Not becz im a Malay, but becoz of experience and the flavor. I really love to explore foods especially Halal (muslim) food.
:P
hah? napekah???
ReplyDeleteMasmz
ReplyDeleteAlamak!!! Entry terkeliruuuu!
chop chop.. bro pi USS x?
ReplyDeletewah! sedap2 plak tgk makanan kat sana tu... perghh!!
ReplyDeleteKemang:
ReplyDeleteYup..pernah tahun lepas. try tengok kat entry tahun lepas dalam bulan 5 ada aku buat entry USS. kenapa? k nak g sana ke?
nick irfan:
ReplyDeletehaah nampak macam sedap kan...mmg sedap kot hehehe
ohh,,next time lah..bkn taun ni kot, india tgh menanti.. xde duit dah...
ReplyDeletewondering tiap2 bulan ade orang bank in kan rm5k, kan awesome tu.. haha
tapi khayalan tetap khayalan..haha
Kemang:
ReplyDeleteOh nak pergi India eh? niler tu? jangan lupe singgah Bollywood!
Takpe, bukit tabur tu bebile masa bleh pi, dekat je pon. Tapi make sure pg pagi la sebb boleh tengok sunrise.
kemang:
ReplyDeleteOh aku juga kepingin ada org masukkan 5k setiap bulan di dalam akaunku hahahaha.
Aah..bln 3..winter..nk main ski..hihi
ReplyDeletekelakar bila ko tulis BEDUK..hahha klasik seh..serius LAPARRRR tgk makanan!hamperh..dugaan puasa..
ReplyDeletefika79:
ReplyDeletehehehe dah nama tempat tu BEDUK..tapi mmg unik kan nama tu. macam nama dulu2.... jom layan gambo sambil tgu waktu berbuka! hahaha