Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Juara Asyik!

Ni satu lagi citer about last week. Sebelum menjengah ke Tanah Tinggi, aku sempat juga pulang ke pangkal jalan kampung halaman di Perak. Maklumlah, dah alang-alang on the way to Cameron Highlands, singgah la balik kampung. Sekangkang kera je kampung aku ngan Cameron Highlands tu.. Tak jauh mana pon. Bak kata Orang Bukit, sepelaung, Orang di Baruh boleh dengar suara Orang di Bukit! hahahahah..apa da..

Bercakap dengan Orang Bukit nih, atau lebih dikenali sebagai Orang Asli atau kaum peribumi nih, ada la satu cerita best aku nak share kat sini. Untuk pengetahuan semua, kampung tempat aku membesar ni, kaum-kaum utamanya adalah Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kalau kat sekolah dulu pon member-member sekelas aku pon ada la dua tiga orang dari kaum Asli. Alhamdulillah sepanjang yang aku kenal, ada yang dah berjaya jadi Doktor pulak tuh!

Ok, berbalik kepada cerita yang aku nak share tu. So masa aku sampai di kampung pada hari Sabtu, mak ngan ayah aku mintak tolong hantar barang-barang cat…

Cameron Highlands : Sejenak di Tanah Tinggi

tup...tup..dah seminggu berlalu. Habis sudah urusan di Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Erk? Cameron Highlands? bile masa lak aku pegi Cameron Highlands? Ha ni yang nak citer ni. Minggu lepas aku kena bertugas di Cameron Highlands...eh bukan bertugas tetapi menghadiri satu kursus yang sangat bermakna.
Sebenarnya dah lama aku tak naik ke tanah tinggi ni walaupun kampung halaman aku terletak betul-betul kat kaki bukit tuh. Hahaha bukan apa, mengenangkan jalan mendaki yang berliku-liku tu yang membuatkan aku memikirkan banyak kali untuk naik ke atas.

Di Cameron Highlands, sebenarnya banyak perkara baru yang aku belajar dan banyak juga tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ni, aku dapat pergi. Antaranya adalah Gunung Berincang, Kilang Teh Boh, Mossy Forest dan Big Red Strawbery Farm!!! Best giler kalau selalu dapat peluang macam ni, belajar sambil berlibur hahahhaa. [ramai ler yang jeles baca statement aku nih] hehhee.

Tempat penginapan aku dan kawan-kawan seluruh Malaysia ada…