2009-06-22

Projek teater: Mana Setangginya

Assalammualaikum!

Akhirnya, setelah sekian lama menyepikan diri dari terlibat dalam dunia seni pentas tanah air, akhirnya minggu lepas, setelah beberapa kali cuba mengatur tarikh-tarikh yang sesuai, akhirnya aku dan beberapa orang teman sekerja berjaya menghadiri ke sebuah pementasan teater yang digembar-gemburkan hebat. Penuh aksi dan menggunakan tekni-teknik yang diimport khas katanya. Ya itulah dia 'Teater Mana Setangginya' arahan seorang Sasterawan Negara ke -7 iaitu Datuk Nordin Hassan. [bukan Deennasour tu yer- yang tu memang dah pupus..ngan blog-blog dia skali...]

Aku sebenarnya agak teruja untuk menonton teater ini. Masuk sahaja ke dalam Panggung Sari Istana Budaya, kami disajikan dengan set pentas yang sangat cantik dan berwarna-warni. Itu sebenarnya yang menaikkan mood aku. Dan persembahan pada malam itu turt disaksikan oleh ex-Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Bilangan pengunjung juga ramai, sehingga penuh panggung sari. Kebanyakkannya terdiri daripada beberapa badan amal yang menaja beberapa buah sekolah [agaknya] bagi menonton persembahan tersebut.
SINOPSIS


Secara ringkas- Mana Setangginya mengisahkan penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda [Tony Eusoff], iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam [Sabrina Ali], iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.
Bold
Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.


Antara pelakon terkenal yang menjayakan persembahan teater Mana Setangginya ini ialah Azizah Mahzan [Kak Mira], Shaharuddin Thambi [Hawar], Tony Eusoff [Juda] dan Sabrina Ali [Iriam].

Ulasan aku:

  1. Persembahan pembukaan yang hebat, set pentas yang menarik dan tidak membosankan.
  2. Pencahayaan yang baik menjadikan jalan cerita teater ini sangat menarik.
  3. Lagu-lagu yang di persembahkan biasa-biasa saja...
  4. Para pelakon yang melakonkan watak-watak utama sangat sesuai mengikut watak masing-masing.
  5. Jalan cerita yang sangat mendalam, sehingga memaksa otak kanan aku bekerja keras untuk terus bersama di dalam perjalanan cerita tersebut.
  6. Kelainan yang ditonjolkan? tiada...biasa-biasa sahaja.
  7. Kemuncak kepada cerita adalah di akhir babak iaitu di Kota Gemilang. [Part nih paling aku suka dan tak mengantuk]- di sinilah tergambarnya segala kejahilan manusia. Semuanya sikap buruk manusia dilakonkan dari yang meminum arak, menipu, gay, khurafat, dan sebagainya.
  8. Setiap watak yang dilakonkan sebenarnya adalah simbolik kepada satu-satu perlakuan. Sememangnya itu adalah satu kelainan, tapi bagi kanak-kanak [yang ramai menonton malam itu] aku rasakan ianya tidak begitu sesuai. Mampukah mereka menafsir segala maksud tersurat dan tersirat yang dipentaskan????


Secara keseluruhannya, teater ini merupakan sebuah karya hebat yang mampu untuk memartabatkan industri seni persembahan negara. Namun sekiranya lebih banyak peluang dan skongan diberikan kepada teater ini, aku rasa persembahannya akan lebih menonjol dan outstanding, setanding dengan teater-teater bertaraf antarabangsa yang lain di Malaysia.

PEACE!.


Antara pelakon teater Mana Setangginya..

Set Pentas Panggung Sari
Babak akhir

Barisan pelakon utama Teater Mana Setangginya


11 comments:

  1. Lama betul abg janggel menghilang..hehehe

    Wow!tgk suasana teater tu pon dh bombastik!belum lagi tgk live

    ReplyDelete
  2. Wahhh teringin sgt2 nk pegi tengok teater tp slalu ja ta berkesempatan :/

    ReplyDelete
  3. @AiE bAhRi

    Alamak Aie..tak menghilang la..ada. Tapi skg ni kekeringan idea dan waktu untuk menulis ..tu yang silent jer...tapi thanks sembab perasan kehilanganku itu heheheh.

    Yup persembahan dia boleh tahan la.. Suka part set pentas dan penataan cahaya..Mabeles!

    ReplyDelete
  4. @Dhada

    Hmmm dhada..lepas ni banyak lagi teater2 menarik akan dipentaskan di Malaysia..Jangan lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete
  5. @Dhada

    Hmmm dhada..lepas ni banyak lagi teater2 menarik akan dipentaskan di Malaysia..Jangan lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete
  6. xnk la tgk teater ni..nt terpakse memerah otak kiri aku nk tgk ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. @hIrOsHiNaRi

    hahahha lawak la ko....
    teater tu dah abes pon dah...

    ReplyDelete
  8. teringat memori lama dgn anap..hehehe ;p

    ReplyDelete
  9. erkk...apakah memori itu???
    jeng..jeng..jeng!!!!!

    ReplyDelete
  10. makasih ya udah boleh numpang baca

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!