2009-06-29

Juara Asyik!

Ni satu lagi citer about last week. Sebelum menjengah ke Tanah Tinggi, aku sempat juga pulang ke pangkal jalan kampung halaman di Perak. Maklumlah, dah alang-alang on the way to Cameron Highlands, singgah la balik kampung. Sekangkang kera je kampung aku ngan Cameron Highlands tu.. Tak jauh mana pon. Bak kata Orang Bukit, sepelaung, Orang di Baruh boleh dengar suara Orang di Bukit! hahahahah..apa da..

Bercakap dengan Orang Bukit nih, atau lebih dikenali sebagai Orang Asli atau kaum peribumi nih, ada la satu cerita best aku nak share kat sini. Untuk pengetahuan semua, kampung tempat aku membesar ni, kaum-kaum utamanya adalah Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kalau kat sekolah dulu pon member-member sekelas aku pon ada la dua tiga orang dari kaum Asli. Alhamdulillah sepanjang yang aku kenal, ada yang dah berjaya jadi Doktor pulak tuh!

Ok, berbalik kepada cerita yang aku nak share tu. So masa aku sampai di kampung pada hari Sabtu, mak ngan ayah aku mintak tolong hantar barang-barang catering kat bandar. Ada job katanyer. Aku pon bukannya tak biasa nolong orang tua aku, so aku ngangkutla pinggan mangkuk ngan lauk pauk semua ke dewan Komuniti di bandar. Sebetolnya aku tak tau apa program yang ada kat situ. Memula aku ingatkan ada majlis kawin ker, jamuan sempena mesyuarat Agong PUSPANITA ker [mak aku orang kuat PUSPANITA ok!!!] atau yang sewaktu dengannya. Rupa-rupanya hari tu ada Ujibakat Juara Asyik.FM!!! Huh apakebendanya Asyik FM tu??? Aku masuk-masuk jer dalam dewan,.. tuuuuuudiaaa ramai betol Orang Asli tengah dok mendengar orang tengah berkaraoke.
(Pertandingan Ujibakat Juara Asyik FM bertujuan mencungkil bakat nyanyian di kalangan Masyarakat Orang Asli.)

Apa yang paling mengejutkan, suara diorang semua best GILER!!! Aku memang tak sangka la suara-suara diorang ni power-power. Malah ada yang lagi sedap dari suara-suara bebudak AF tuh. Huhu!Ada jugak peristiwa-peristiwa lucu yang berlaku, antaranya, ada la dua orang peserta yang tak puas hati nyanyi sekali, siap daftar lagi untuk kali ke dua dan ketiga. Ada jugak yang satu keluarga masuk! Cayalah! Macam-macam gaya dan fesyen jugak!

Pemenang ujibakat ini akan di bawa ke Kuala Lumpur untuk bertanding di peringkat Kebangsaan pulak..Mana tak diorang beriya-iya nak masuk..pegi KL beb! Siapa yang tak nak! hehehhe..

Apa-apa pon, pengalaman 2 hari bekerja ngan mak bapak aku hari tu memang best!! Lepas habis hari kedua tolong parents aku, aku terus gerak ke Cameron Highlands. Best-best, aku tak tau peserta mana yang terpilih sebab aku kena balik awal nak prepare barang ke Cameron Highlands. Tapi apapun, sora depa semua memang best!

PEACE!

Ni salah satu aksi yang sempat aku rakam. Dia masuk 3 kali kalau tak silap aku... hehhe


Rajin tol aka-akak ni nolong mak aku...

Sebahagian penonton dan peserta

Ready to serve

Dewan mula penuh.



11 comments:

  1. @Dhada

    Ada dong...sudah terbukti deh...

    *apasal aku cakap macam indon plak??? larik topik...

    ReplyDelete
  2. ler Asyik FM tuh radio org asli ler..aku pernah layan gak laa..kekadang diaorg ada la nyanyi lagu2 rakyat etc..DJ pun org asli gak..tp ok gak la not bad..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. @beautifulLIFE

    Tu la ..aku baru tau,....hahahaha

    ReplyDelete
  4. ade ye..sape yg bayar dieorg ni..laku ke?hehe

    ReplyDelete
  5. @hIrOsHiNaRi
    Ni pertandingan Ala-ala bintang RTM la.. sapa menang dapat hadiah la mungkin duit atau dapat jadi artis rakaman kot.
    Yang bayar mestilah RTM...biasa la kaum Orang Asli ni mana boleh dipinggirkan...kena la ada program2 yang patut..

    ReplyDelete
  6. Hi Mr Janggel,

    Thank you sbb tolong promote Juara Asyik 2009 ni. Tak ramai orang tau yg Orang Asli ni berbakat besar dlm bidang nyanyian.

    Anyway, jangan lupa tgk siaran langsung finale Juara Asyik 2009 TV2 malam Ahad ni (26 Julai).

    Ada 8 peserta dan diorang akan nyanyi satu lagu pilihan dan satu lagi lagu baru ciptaan komposer Org Asli.

    Lagu pilihan tu antara lain lagu2 dr Yuna, Bunkface, Elyana etc.

    Trust me, they are good!

    So, jangan lupa tgk malam Ahad ni!

    ReplyDelete
  7. @suziemclean

    Hi suzie... Memang ramai dikalangan Orang Asli yang berbakat, cuma tak dapat nak diserlahkan sahaja. Naseb baik Asyik FM buat pertandingan-pertandingan seumpama ini, so ada jugalah platform untuk diorang menunjukkan bakat. Dan saya percaya memang bakat diorang best sebb saya dah tengok depan mata sendiri.

    Saya akan tengok Ahad ni final Juara Asyik tuh! Wah tak sabar rasanya..Thanks for the info.!

    ReplyDelete
  8. orang asli sekarang dah jauh berubah dari masa dahulu..cuma kat taman negara tu jek yg mcm tu sbb kerajaan bayar untuk jadikan dorg tu tak maju dan tariakan pelancongan..orang asli skrg nie dah sama maju kat alam maya nie pun..tak caya tgk blog orangaslipunboleh.blogspot.com atau oyukigirl.blogspot.com...tq for mr janggel sebab tolong back up untuk orang asli tak macm org lain asyik kutuk orang asli nie..bila aku dgr rasa nak cili jer mulut dorang..

    ReplyDelete
  9. @MAS

    Mas, thanks sebab sudi singgah dan baca entry di blog saya ni. Terlebih dahulu saya berpendapat masih ramai dikalangan rakyat Malaysia ni yang tak mengenali budaya dan cara hidup bangsa Malaysia sendiri. Sebab itu tmbullah macam-macam prasangka dan tafsiran samada positif atau negatif. Bagi saya yang dari kecil pernah bergaul dan memahami kehidupan Masyarakat Orang Asli, sya akui masyarakat Orang Asli memang unik dan ada kelebihannya yang tersendiri.

    Untuk mengubah mentaliti dan persepsi seseorang memang susah..cara terbaik adalah melalui pendidikan..tak kira bagaimana cara pendidikan itu berlangsung..

    Hmmmm Satu MALAYSIA...

    ReplyDelete
  10. hmmm sapa yer juara Asyik FM haritu??? tak dapat tengok sampai habis pulak....huhuuhuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!