2009-06-01

Update!!!

Aduh, sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kemalasan aku nak update blog ni. Kepada yang selalu singgah [ada ker??] tapi tengok entry yang sama je setiap kali singgah tu, sorry la yer. Aku kekeringan bahan untuk dikongsikan di sini. Kalau dulu rajin jugak aku buat entry review on movies yang aku dah pergi tengok. Tapi sekarang ni aku rasa aku bukan la seorang yang layak untuk mengkritik filem., Biar hanya aku saja yang tahu.

Dalam kemalasan aku beberapa minggu ni, ada jugak la beberapa perkara yang berlaku. Antara yang best adalah pertandingan Boling di tempat kerja aku. Hahahah mula-mula daftar nama tu bukan main semangat! Aku dan beberapa orang budak opis sign as a team of 4 kali 2. Maksudnya bahagian aku hantar 2 team untuk pertandingan tu! Hahahah bukan calang-calang! . Konon-kononnya nak menang la. Paling tidak pon sangkut la salah sorang bagi kategori individu.

Semangat !!!

Dua tiga hari sebelum hari pertandingan which is on Saturday the 23rd, kami giat la melatihkan diri di salah sebuah pusat boling..lokasi dirahsiakan.Waakakakka takut nanti saingan-saingan terdekat tahu dah nak praktis kat mana. Praktis bukan main hebat sampai tiba hari pertandingan satu badan sakit. Lenguh-lenguh..hahah lawak tol. nampak sangat yang kiter ni tak reti main, tapi ada hati nak menang! Semangat!!!

Tiba hari pertandingan, masing-masing pon berkobar-kobar la nak menang. Huh markah pusingan pertama aku pon agak memberangsangkan jugak ler... aku berjaya mengumpul 138 mata pada pusingan pertama. Kira ok la kan.. Tapi nak dijadikan cerita, masuk second and third round masing-masing dah hilang kehebatan. Adoi terutamanya aku! Markah pusingan kedua hanya 94 mata dan pusingan ketiga 99 mata. Huhuhu seratus pon tak lepas???? mana nak menang nyer.

Secara purata, bagi kategori individu, aku berjaya menduduki tempat ke 14 daripada 50++ orang yang main kot. Aku pon tak tau berapa org yng main hari tu... semua sekali aku rasa lebih sepuluh team. Wakakakak jauh betol dari sang juara. Dan dalam 8 orang dalam group bahagian aku, aku yang paling tinggi markahnya! Hahahaha bangga la jugak tapi still no 14 keseluruhan. Takpe gang, Tahun depan kita pastikan Juara milik Kita!!!! SEMANGAT!!!

OK lah, cukuplah entry kemalasan aku kali ini. Sorry la takder gambar nak tampal kat sini. Kamera merangkap Handphone aku still dalam ward. Nazak sangat rasanya sebab tak keluar-keluar lagi dah sebulan nih. Aku pon tak pegi jengok-jengok dia, entah ada lagi ke idak dia kat situ. Saper-saper yang baca ni tolonglah doakan HP aku cepat sembuh ya...aku tak sanggup hidup tanpa kamera,......

PEACE!

4 comments:

  1. Salam bro janggel..
    Pasni boleh la buat bowling tournament ngan blogger2.
    ahaks(",)

    ReplyDelete
  2. @AiE bAhRi
    Aie, nak buat pertandingan boling antara bloger boleh...tapi takut sorang pon tak datang sebab Janggel yg buat hahahahaha.

    ReplyDelete
  3. wat la..ade je nk g..tp takut xterjatuh pin..malu je aku...hehe

    ReplyDelete
  4. @hIrOsHiNaRi
    Hiroshi..takut tak terjatuh pin satu hal..takut dengan orang-orangnya terlambung ke pin pon satu hal gak hahahha.")

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!