2009-06-14

Hutan Lipur Sungai Tua VS Jerebu

Orang kata kalau dah Jerebu ni, duduk je la kat rumah, sebab macam-macam penyakit boleh dapat, maklumla persekitaran tengah sakit. Tapi, surprisingly, time-time jerebu macam ni aku boleh pergi ber'picnic' pulak!!! Hahahaha memang buang tebiat. Dan hasilnya aku sekarang ni tengah tersiksa kena flu.. Nasib baik bukan H1N1..huhuhu nauzubillah.

Kisahnya begini, aku ada la beberapa plan unttk hujng minggu lepas, samada indoor activitiy [which is lebih sehat] ataupun outdoor activity. Hmmm pada yang dah memang kenal sangat dengan aku, mestilah korang dah boleh agak apa yang aku pilih kan? Yup semestinya outdoor activity. Jadi aku dan beberapa orang sepupu aku yang memang duduk dekat area KL ni, pun pergilah berpicnic di Hutan Lipur Sungai Tua. Bukan jauh mana pon, dalam selangor jugak. Dalam Daerah Selayang rasanya. Pepagi buta lagi aku dah bergegas ke rumah sepupu aku di Shah Alam. Janji nank naik sekali satu kereta, so memandangkan aku belum pernah naik kereta 'baru' dia, aku pon teringin la nak menumpang. Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak dari Shah Alam ke Selayang, 4 orang lagi sepupu kami juga bertolak pada masa yang sama rasanya, diorang masing-masing dari Sungai Buloh dan Seri Kembangan. Jadi kami semua merancang untuk berkumpul terus di Hutan Lipur Sungai Tua.

Tiba di tempat yang dituju, orang tak ramai lagi, mungkin masih pagi dan keadaan jerebu juga menjadi faktor. Kami pon melepak la di satu port yang agak startegik la. Apa lagi acara mandi manda pon bermula. Lama-kelamaan orang/pengunjung pun makin ramai. Aku ingatkan musim-musim jerebu ni takde la ramai orang yang nak berkelah tapi, ramai jugak yang gile macam kami! Hahaha.

Sempat juga aku menjelajah ke sekitar kawasan Hutan Lipur Sungai Tua tu. Menarik jugak sebab macam-macam benda aku jumpa. Ok, tak tau nak cerita apa lagi, still lemah-lemah badan. Hari ni satu hari aku tak keluar rumah, duduk berkurung dalam bilik dan tido. Hopefully esok dah sehat. Ok bye.

PEACE!

















14 comments:

  1. fulamak, bestnya

    gmbr main air x de ke

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kalau dapat ke tempat sebegini saat cuti macam ni..

    ReplyDelete
  3. @KhairiL

    Gambar main air takleh tangkap, takut kemera jatuh dalam air hahahha..maklumla, kemere baru sehat..kang rosak balik

    ReplyDelete
  4. @AiE bAhRi

    Betol tu Aie..kalau dah cuti gunakalah sepenuhnya.. heheh walaupon Jerebu.

    ReplyDelete
  5. Alamaak... suka nyer aku gambor-gambor ituuuuuuu..............

    ReplyDelete
  6. Alamaaaak... cantekkk nye... suka nye akuuu gambor-gambor ituuuuuuu..

    ReplyDelete
  7. @carnation62

    hahahahah klako la kooooo

    ReplyDelete
  8. @carnation62
    Hehehe thanks yer.... banyak lagi gambo tak publish..

    ReplyDelete
  9. gambar-gambar tu mcm dalam mimpi la pulak..hehe..
    da ilang jerebu die..hehe

    ReplyDelete
  10. @hIrOsHiNaRi

    Pasal nak bagi hilang jerebu la nampak macm dalam mimpi kekeke

    ReplyDelete
  11. agak menarik hutan lipur sg. tua...
    belum pernah sampai lg..
    selalu nye g batu dam.. training rowing kat situ..
    tengok mcm menarik.. erm one day i must go there lah..

    ReplyDelete
  12. @:: Alif :: Dal :: Mim ::

    Tq..Tq..ala biasa-biasa je gambar tu...hehehhe

    ReplyDelete
  13. @ROSALEA ADAM

    ohh kalau slalu g empangan batu tu...jalan depan skit je dah sampai hutan lipur sungai tua..hehehhe

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!