Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Sengal

Haritu, aku dan bebudak Sengalz ni pergi la melepak kat Putrajaya, konon-kononnya nak menembak keindahan Putrajaya la. Dah lama jugak aku tak keluar dengan bebudak sengalz tu semua, maklumla masing-masing ada komitmen. Apa yang penting, program menembak petang tu membuka mata aku tentang banyak tempat menarik kat Putrajaya yang belum habis aku explore lagi.

Tempat pertama yang kami tuju adalah di hadapan PICC (Putrajaya International Convention Centre). Kat situ ada satu kawasan riadah yang telah dibina cantik, dan selalunya ada ramai juga orang main-layang-layang kat situ memandangkan angin kat kawasan tu agak kuat. Kami pon melepak-lepak la kat situ sambil memerhatikan pemandangan empangan Putrajaya yang sangat luas dan cantik. Aku ni walaupon dan bertahun ulang alik ke Putrajaya tapi still kagum dengan keindahan yang ada. Tak jemu pon, sebab sentiasa akan ada pemandangan atau pembaharuan di Putrajaya.

Adoi, bila budak-budak sengalz tu dah jumpa kemera apa lagi masing-masing menggelet…

Mengintai Bunga Sakura?

Semalam sebelum balik dari opis, aku sempat bersembang dengan member aku, CikHajah pasal Bunga Sakura. Sepanjang umor aku la, rasanya belum pernah lagi aku tengok bunga Sakura ni secara live. Atau mungkin aku dah pernah tertengok live tapi aku tak tau itu adalah bunga Sakura? hahaha macamana tuh?

Imbas balik pada kisah aku di Seoul dulu, satu musim bunga yang sangat indah, dengan cuaca yang sangat la sejuk sehingga menggigil time masuk bilik air. Aku berjalan sorang-sorang kat taman Magical Wold, Seoul. Aku nekad nak jugak berjalan-jalan pagi tu sebab kalau aku tak buat macam tu aku akan menyesal seumur hidup. Yer la itu saja masa yang aku ada sebelum ke Busan dan Ulsan. Jadi seawal jam 6.45 pagi (masa tu subuh pon dah lama habis) aku siap-siap turun ke taman Magical World. Wah memang sejuk dan keadaan sangat tenang, sebab ramai pakcik makcik Korean ni tak bangun tido lagi kot.

Sampai kat taman tu, aku terpegun! Cantik giler bunga-bunga yang sedang berkembang mekar kat situ. Sebijik mac…

Nostalgia Anak Gomen

Tadi masa tengah serabut-serabut otak baca report untuk meeting esok, tetiber aku teringat pada suatu masa dahulu. Masa zaman budak-budak, lepas habis sekolah terus pergi ke opis Puan Datin, lepak-lepak kat opis Puan Datin sambil conteng-conteng kertas atau main kalkulator. Rasa seronok bila member-memberPuan Datin tegur, usik-usik pipi, dan masa tu mulalah aku malu-malu. Terus satu persoalan bermain di fikiran aku, best ke jadi anak orang Gomen? (Gomen= Penjawat Awam).

Best ke jadi anak Gomen? Bagi aku, best! Walaupun kehidupan yang aku lalui adalah sederhana namun Puan Datin dan Encik Dato' punya masa yang cukup untuk bersama aku dan abang. Walaupun kadangkala rasa dengki dengan kengkawan yang punya ibu bapa yang kaya raya (yer la, orang kejer gomen gaji tak la setinggi orang kerja swasta kan...), boleh memiliki apa saja. Bawak mainan mahal-mahal ke sekolah, tunjuk barang-barang mewah, tapi bagi aku itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak boleh mendapat kebahagiaan.

Sekarang, bi…

Cadang Nak ke Umbai, Tapi Sebelum Tu...

Hari tu walau pon tak berapa sihat, aku telah diculik oleh seseorang ke Melaka. Jam 5 petang kami bergerak ke Melaka dan tiba pada pukul 7 malam. Kalau nak diikutkan, dah berkali-kali dah aku turun ke Melaka nih, tapi kebanyakannya waktu siang. Jarang dapat peluang menyaksikan keindahan bangunan-bangunan di sekitar Bandar Hilir pada waktu malam.
Jadi dikesempatan yang ada ni, aku gagahkan jugak diri meredah Bandar Hilir dari Mahkota Parade, menuju ke Jonker Walk, tempat yang aku nak sangat pergi sebelum ni. Aku Pernah ke Jonker Walk sebelum ni, tapi masa tu keadaan tak mengizinkan untuk berlama-lama di sana. Jadi malam tu aku merayau-rayau di Jonker Walk dengan amat senang hati.
Tengok keadaan peniaga yang kacau-bilau (walaupun masih dalam mood CNY, tapi ramai juga peniaga yang berniaga malam tu). Dan seperti biasa la, kalau time cuti sekolah sudah pasti penuh dengan pengunjung dalam dan luar negara. Kawan aku tu rasanya dah lama benar tak sampai ke Melaka. Jadi aku dilantik sebagai …

Nostalgia Atuk dan Opah

Sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat kepada arwah atuk dan opah yang dah lama pergi. Masih terasa belaian tangan opah menidurkan aku, memeluk aku dan kemanisan senyumannya. Begitu juga dengan ketegasan atok yang ditakuti oleh cucu-cucunya yang maha banyak itu. Sungguhpon atok garang, tapi atok sangat penyayang.

Memori Atok.

Kalau dulu tiba masa cuti sekolah, aku dan abang serta beberapa orang sepupu yang lain akan berkampung di rumah atok. Seronok giler bila ramai-ramai berkumpul dan segala macam permainan kami cuba. Bila berlari-lari, habis berdentum-dentam bunyi lantai (Rumah atok aku 2 tingkat dan berlantai kayu), time tulah kami akan mendengan jeritan atok! "Jangan Bising la!" dan masing-masing akan senyap sambil menyorok di bawah katil! Aduh sungguh indah saat itu.

Dan setiap pagi juga, aku dan sepupu-sepupu aku akan mengikut atok ke pasar besar Ipoh, untuk mengagih-agihkan surat khabar yang telah siap dipotong untuk peniaga-peniaga ikan di pasar. Atok memang rajin men…

Cancelled

This afternoon, I got an sms from my beloved friend, Fdean told me that Una's father (Una is another good friend of mine) are in the critical health condition. Astagafirullahahladzim..., I was so shock and honestly can understand Una's feeling at that time. Thanks to Fdean for updating me, and unfortunately our plan for vacation officially canceled.

The feelings are blended all together, sad and maybe a bit of disappointment, but as a friend, I do understand Una's situation and this is not his faults. Lets pray for his father, may Allah give him strength to survive!.

As for me, I'm totally in a big lost, searching for a backup plan for this coming CNY holiday after all the sudden. Thinking of going back to my Encik Dato' and Puan Datin house, but I can't because they will go to Penang for my cousin's engagement ceremony. Arghhh not another wedding-related things!!!! Hey give me some space please! I made up my mind for not going back there. So what should I…