2010-02-17

Nostalgia Anak Gomen

Tadi masa tengah serabut-serabut otak baca report untuk meeting esok, tetiber aku teringat pada suatu masa dahulu. Masa zaman budak-budak, lepas habis sekolah terus pergi ke opis Puan Datin, lepak-lepak kat opis Puan Datin sambil conteng-conteng kertas atau main kalkulator. Rasa seronok bila member-member Puan Datin tegur, usik-usik pipi, dan masa tu mulalah aku malu-malu. Terus satu persoalan bermain di fikiran aku, best ke jadi anak orang Gomen? (Gomen= Penjawat Awam).

Best ke jadi anak Gomen? Bagi aku, best! Walaupun kehidupan yang aku lalui adalah sederhana namun Puan Datin dan Encik Dato' punya masa yang cukup untuk bersama aku dan abang. Walaupun kadangkala rasa dengki dengan kengkawan yang punya ibu bapa yang kaya raya (yer la, orang kejer gomen gaji tak la setinggi orang kerja swasta kan...), boleh memiliki apa saja. Bawak mainan mahal-mahal ke sekolah, tunjuk barang-barang mewah, tapi bagi aku itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak boleh mendapat kebahagiaan.

Sekarang, bila aku tengok member-member opis bawak anak-anak ke opis, kenangan lampau terus bermain di fikiran aku. Seronok! Rasa macam nak join je main dengan anak-anak kawan aku tuh. Aku tak kesah pon benda-benda tu semua, selagi kerja kita buat dan siapkan.

Ya, aku bangga jadi anak gomen. Keluarga aku semua kerja gomen. Dari Encik Dato' (pesara gomen), Puan Datin (pon pesara gomen) dan abang aku pon kerja gomen sampailah aku ni pon kerja gomen. Arwah atok aku dulu pon orang gomen, so ianya memang dah sebati dalam hidup aku. Kata orang, insan-insan terpilih saja yang dapat kerja gomen ni, betol kah? Kadang-kadang aku rasa betol, sebab ramai giler member-member aku kat luar sana yang apply nak masuk gomen tapi tak dapat. Ada yang pergi interview sampai 7 kali still kandas. Alhamdulillah, rezeki aku di sini, dan ini juga merupakan peluang untuk aku berbakti kepada masyarakat. Besar pahalanya tuh!

Ada jugak orang yang tak mau langsung keje gomen, kata keje gomen ni tak adventure, manja, malas, dan siap cakap "No way" to kerja gomen. Well itu pilihan masing-masing, but apa yang aku nak betolkan di sini, bukan semua keje gomen itu tidak adventure! Bukan semua pekerja gomen itu malas, manja dan lain-lain. Dan yang paling penting, bukan semua orang gomen boleh duduk goyang kaki! Paling sakit bila kena pikir pasal masalah negara. Kalau nak tahu, meh la join keje gomen kat tempat aku ni~... (Boleh masuk hutan, panjat bukit, redah laut..semata-mata untuk rakyat...tak cukup adventure kah itu???)

Oitt 1- Bersyukur atas apa yang ada, jangan merungut dan cuba perbaiki kelamahan diri.
Oitt 2- Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Yang penting usaha.

PEACE~!


Sekali-sekala, Si Pelayar perlukan pelabuhan untuk memuhasabah apa yang dilalui di sepanjang perjalanannya.


4 comments:

  1. Atuk dulu susah hati sebab tak de cucu yang keje gomen, aku percaya Atuk bangga pada aku.

    ReplyDelete
  2. Masmz -

    Atok aku pon beria2 suh cucu2 dia keje gomen.. tak tau la sebab apa, mungkin sebab dia tau kepayahan dan kesenangannya.

    ReplyDelete
  3. stuju!


    bkn smua pkeja gomen tu pmls, goyang kaki... cthnya ktorg ni (ckgu), dr skolah mula-abis, asyik keluar masuk klas je, dlm klas xleh duduk, kena observe students bwat keje da whole period. ksimpulannya dari pagi- tghari tu xde msa nak duduk pun. PLUS ptg lak ada meeting, clas ptg, ramai org assume keje ckgu ni sng, keje half day. itu dulu! skg keje ckgu pon sma cm ofis hour jgk.. huhuu..tetiba emo plak.

    ReplyDelete
  4. Pink -

    Yup, masa dah berubah, zaman pon dah berubah kan. Masing-masing ada tugas yang perlu diselelsaikan. Cuma nak atau tidak je. Hehehe . Thanks .

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!