2010-02-08

Nostalgia Atuk dan Opah

Sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat kepada arwah atuk dan opah yang dah lama pergi. Masih terasa belaian tangan opah menidurkan aku, memeluk aku dan kemanisan senyumannya. Begitu juga dengan ketegasan atok yang ditakuti oleh cucu-cucunya yang maha banyak itu. Sungguhpon atok garang, tapi atok sangat penyayang.

Memori Atok.


Kalau dulu tiba masa cuti sekolah, aku dan abang serta beberapa orang sepupu yang lain akan berkampung di rumah atok. Seronok giler bila ramai-ramai berkumpul dan segala macam permainan kami cuba. Bila berlari-lari, habis berdentum-dentam bunyi lantai (Rumah atok aku 2 tingkat dan berlantai kayu), time tulah kami akan mendengan jeritan atok! "Jangan Bising la!" dan masing-masing akan senyap sambil menyorok di bawah katil! Aduh sungguh indah saat itu.

Dan setiap pagi juga, aku dan sepupu-sepupu aku akan mengikut atok ke pasar besar Ipoh, untuk mengagih-agihkan surat khabar yang telah siap dipotong untuk peniaga-peniaga ikan di pasar. Atok memang rajin mengumpul surat khabar dan memotongnya kepada 4 bahagian untuk dijual kepada peniaga ikan dan sayur di pasar. Ramai juga pelanggan tetap atok. Lepas habis kerja, atok akan belanja kami makan roti canai di Pasar Besar Ipoh.

Walaupun atok garang, tapi semua cucu sayangkan dia. Lepas arwah opah meninggal, atok pon dah mula sakit-sakit. Tiga hari lepas pulang dari menunaikan haji di Mekah, atok menghembuskan nafasnya yang terkahir. Ibuku ada cakap, arwah atok tak mahu meninggal di Mekah, dia nak dikebumikan di sebelah kubur arwah opah...alhamdulillah permintaannya ditunaikan.

Memori Opah.


Arwah opah merupakan seorang wanita yang sangat lemah-lembut dan penyayang. Tidak hairanlah semua anak, menantu dan cucu-cucunya sangat menyayangi Opah. Kalau ada yang menangis tengah malam, opah akan pujuk sambil dipeluknya hingga terlena. Opah juga seorang tukang masak yang hebat! Kari ikan masakan opah sangat sedap sehingga aku takkan makan kari yang dimasak oleh orang lain selain kari arwah opah. Sampai sekarang, aku dah jarang makan kari, sebab arwah opah dah tak masak untuk aku. Bakat memasak opah diwariskan kepada ibu. Alhamdulillah, aku hanya makan kari sekiranya ibu yang masak.

Aku masih ingat lagi, opah naik kereta aku, kereta cucu dia yang pertama dan terakhir pernah dinaiki oleh opah! Terharu sungguh aku bila aku sedar akan hal itu. Dan aku sangat bangga sebab pernah bawak opah pergi jalan-jalan, pergi pasar, pergi rumah kawan-kawan dia... Kenangan tu sangat indah.

Dan bila opah sakit tenat kat hospital, aku sempat menjenguknya hanya sekali sahaja sebab masa tu aku bekerja di Kuala Lumpur. First time aku masuk ziarah opah di hospital, dia terus menangis dan mengalirkan air mata. Masa tu opah tak boleh cakap, dia kena stroke. Bila ayah aku telefon kata opah sedang tenat, aku tak tahu nak balik Ipoh macamana, aku tak sempat nak tengok opah buat kali terakhir, sepanjang perjalan dalam bas aku menagis (naseb baik dalam bas tu tak ramai orang). Arwah opah pergi dengan tenang...

Kini, dah hampir 6 tahun opah dan atok pergi. Keadaan dah tak sama macam dulu. Bila Hari Raya, dah tak ramai saudara-mara yang berkumpul, rumah arwah atok dan opah tak semeriah dulu. Masing-masing dah tak seakrab dulu. Sedih...tapi itulah penangan peredaran masa. Kita tak boleh halang dan perlu redha atas urusan Allah. Aku akan tetap mengingati arwah atok dan opah sampai bila-bila. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat.

AL-FATIHAH~

Amin~

PEACE!

Oitt- So many reason to be alone right now, when something that u have done always being criticized and complained.

Oitt - Don't know if preggy women do experienced certain symptoms that make them angry, or moody? Are those a fact? please tell me the real situation so I can be prepared next time or in the future.

Tribute to Hj. Abdul Kharis Bin Ghaffar & Hajah Sidah binti Saud




14 comments:

  1. al-fatihah... hope you'll be okey..dont be like me..always in a dark cloud...& im tired of it.

    ReplyDelete
  2. Saya =

    Tahnks for the doa.. i hope u'll be ok too. Dark clouds are everywhere but we can protect ourself by using umbrella...;)

    ReplyDelete
  3. Alfatihah...
    Me - grown up with Opah n Atuk too... i know how it feel.

    ReplyDelete
  4. CikMas =

    Hmmm thats why la...'Thanks

    ReplyDelete
  5. Kenangan dengan insan2 tersayang memang sukar dilupakan dan memang tak akan padam dalam ingatan. Al-fatihah.Doa adalah yang terbaik buat mereka...

    ReplyDelete
  6. Aie-

    Thanks Aie...semoga kita berada di kalangan org2 yg disayangi~

    ReplyDelete
  7. hai cous..it's touching bila baca n3 ko ni. memang x dinafikan yg keadaan dh tak macam dulu lagi..everyone ada je alasan tersendiri including me rite..hehehehhehe..tapi Allah lebih menyayangi mereka.if not mistaken, arwah atok meninggal beberapa bulan sebelum aku nak bertunang..agak terkilan & sedih gak. and aku rasa diaorg mesti happy tengok kebanyakan cucunya ramai yg dh berkahwin & cicit makin bertambah. ko kata arwah atok garang? garang x kot tapi tegas tu ada..and surely, aku pun rindu ngan kari ikan arwah opah..nobody can challenge..kita berdoa aje buat mereka. moga mereka ditempatkan dikalangan mukmin.al-fatihah..

    ReplyDelete
  8. Diana=

    Tu la. rindu sangat nak rasa keadaan macam dulu2 kan... Atok selalu ejek ko 'Nana Goreng Pisang!' wakakak memang aku takleh lupa.
    Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  9. rindu arwah my grand ma n grand pa gak :(

    ReplyDelete
  10. best kan kasih syg atuk n opah...
    :)

    rindu pulak kat dorg.

    ReplyDelete
  11. Nuke =

    Yup, selalunya atuk ngan opah ler yang melebih2 sayangkan cucu-ccunya... sementara mereka masih ada, rajin2 ola menziarah...

    ReplyDelete
  12. salam tuan rumah.
    sayu pulak baca entri ni.
    al-fatihah.moga dibawah lembayung rahmat-NYA..

    ReplyDelete
  13. IKTIRAF =

    Terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ni. Tapi ia adalah luahan hati seorang cucu kepada insan-insan yang disayangi.

    Thanks for the visit.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!