2010-02-22

Sengal

Haritu, aku dan bebudak Sengalz ni pergi la melepak kat Putrajaya, konon-kononnya nak menembak keindahan Putrajaya la. Dah lama jugak aku tak keluar dengan bebudak sengalz tu semua, maklumla masing-masing ada komitmen. Apa yang penting, program menembak petang tu membuka mata aku tentang banyak tempat menarik kat Putrajaya yang belum habis aku explore lagi.

Tempat pertama yang kami tuju adalah di hadapan PICC (Putrajaya International Convention Centre). Kat situ ada satu kawasan riadah yang telah dibina cantik, dan selalunya ada ramai juga orang main-layang-layang kat situ memandangkan angin kat kawasan tu agak kuat. Kami pon melepak-lepak la kat situ sambil memerhatikan pemandangan empangan Putrajaya yang sangat luas dan cantik. Aku ni walaupon dan bertahun ulang alik ke Putrajaya tapi still kagum dengan keindahan yang ada. Tak jemu pon, sebab sentiasa akan ada pemandangan atau pembaharuan di Putrajaya.

Adoi, bila budak-budak sengalz tu dah jumpa kemera apa lagi masing-masing menggeletis la bergambar. Aku pulak lagi suka menembak. Sorry la aku tak suka ditembak, sebab rasa macam janggal jer wakaka!

Lepas lepak kat depan PICC tu, kami pergi ke pantai pulak. Huhuh terasa seperti bermain pasir di kepulauan Caribbean pulak! Ramai jugak yang datang mepelak kat sana. Pemandangan hotel Pullman yang sangat unik mencantikkan lagi suasana tasik.

Dah lepak sampai lunyai barulah kami ke Alamanda. Kali ni dinner ditaja oleh Nando's! Hahaha siap ada penaja tu. Bukan senang nak dapat sponsor, kena buat kertas kerja bagai!!!Kekeke. Berbekalkan beberapa voucher yang disedekahkan oleh anggota budak Sengalz, maka dinner pada malam itu dirasakan seperti dinner yang paling best!!!(thanks to the sponser person ya).

Walaupun tak selalu dapat lepak-lepak dengan bebudak Sengalz ni, tapi kalau sekali sekala lepak, macam-macam benda kami buat. Kalau ada masa boleh la lepak lagi. Siapa mau join?

PEACE!









Ni namanya pose HANTU gediks...


Alalala sweet la kengkononnya tu wakaka!


EHHHHH ada roh lalu kat belakang????


7 comments:

  1. wah! ni ke permandangan kat putrajaya! wah! cantik... eh! gmbr ko yg mne 1 bro? yg dgn awek tu ker? hahaha last aku nk thu jgk la sbb aku minat mistik2 ni ko tgk je blog aku hantu jer byk.. yg foto last tu mmg gmbr roh ker????

    ReplyDelete
  2. Nick Irfan -

    Adoiii gelak gulin-gulin aku baca komen ko.. hahaha tu bukan roh la..teknik tangkap gambo sikit shaking sebab tu nampak macam roh hehehe... best gak kalo ada gambo2 mistik ni kan.

    Gambar aku takder dalam tu, tu semua gambar member2 aku. Gambo aku tu kat side bar banyak nick...

    ReplyDelete
  3. la..ko ni buat suspen jer bro.... hahahhaha ape2 pun ko ade x gmbr mistik ker? aiseh! nk juge aku ni.. biasalah aku minat mistik2 ni.... eh! aku ade tgk kat sidebar ni smua gmbr ko ker alamak! nmpk mcm 30an je ko dh kwin ker? aku kna pggl uncle la lps ni... hehe

    ReplyDelete
  4. Nick Irfan =

    Siot je nak panggil aku pakcik! Aku belm 30 lagi la hahahahhahaa.

    Gambau2 mistik ilekkkk susah wooo nak cari ..kalau terserempak ngan benda mistik tu slalu la.

    ReplyDelete
  5. jgn marah bro.. bkn aku kata ko tua tp muka ko mature la... eh! ko keje ape? dh kwin ker? sbb aku ade tgk gmbr ko ade gmbr pmpuan gak mcm secocok jer...

    ReplyDelete
  6. Nick -

    Hahaha tak marah pon. Aku lum kawen lagi la..belum ada rezeki. Aku keje kat Putrajaya, Keje gomen je,
    Gambo pompuan mana yg ko tengok tu bro?? Secocok hahahah macam best jer bunyinya!

    ReplyDelete
  7. oh...keje kt putrajaya? putrajaya best tu... aku teringin nk pegi... eh! ko umur brapa bro? aku 20thn...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!