Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Kembara Selatan Australia (Part 5): Lima Tarikan di Sydney (Part 1)

Assalammualaikum!!! Gigil-gigil ha nak update entry ni, atas permintaan ramai tepaksalah gigihkan diri jugak. Hiks. Ok jom sambung episode 5 di Australia. [ Sambungan dari Part 4 ] Hari kedua di Sydney ,    plan hari ni kami akan ke Darling Harbour (naik bas sama macam semalam dengan harga AUD 3.70 sehala ) dan pergi ke beberapa tempat tarikan utama termasuklah Madame Tussaud's , Sealife dan Wildlife. Sebenarnya kami dah beli tiket secara online sejak awal sebelum datang kat Australia lagi sebab dapat harga package murah. Pagi di Malaysia Hall Sydney. Sempat lagi ha kat tepi jalan je pun. Dah sampai Darling Harbour! Masa ni baru lepas hujan rintik-rintik. Alhamdulillah langit pun lawa, biru!!! Untuk beli tiket ke lima tarikan utama di Sydney : Madame Tussaud's Sydney, Sydney Aquarium (SeaLife), Wildlife Sydney, Sydney Tower Eye dan Manly SEALIFE Sanctuary boleh beli secara online di website  https://www.madametussauds.com/Sydney/BuyTickets

Kembara Selatan Australia (Part 4): Sydney! Here We Go - Day 1

Assalammualaikum! Semangat ni tahun baru nak sambung entry Australia! So setelah melalui minggu-minggu yang malas akibat sambutan New Year maka marilah kita cuba merajinkan diri untuk meneruskan apa yang tertangguh. Eh dengar citer ramai yang pi travel hujung dan awal tahun ni kan? So lepas ni berdoyon-doyon la yang update blog kan! Ok aku sambung lagi entry di bumi kangaroo ni. Ayuh! [ Sambungan daripada Part 3 ] Hari ke tiga, kami akan bertolak ke Sydney ! Yeay sebenarnya aku memang eksaited masa mula-mula plan trip ni dulu, sebab aku tak sangka kami akan berkelana jauh sampai ke Sydney . memula tu ingat Abu dengan Is main-main je nak jalan sampai Sydney bagai, rupa-rupanya memang betul kami akan ke Sydney! Neves! Akhirnya hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu. Ayuh! Kita teruskan perjalanan. Selepas  breakfast  ala kadar, kami pun  check out  dari  YHA Hostel  seawal pagi sebab nak memulakan perjalanan ke  Sydney  agak jauh.  So  bermulalah sekali la