2015-01-07

Pon Takes Kuala Lumpur : Pusing-Pusing KL Sambil Jadi Pemandu Pelancong Tak Bertauliah :)

Assalammualaikum!

Selamat Tahun Baharu 2015! Haha tak sangka pulak dah tujuh hari baru dapat update first entry tahun ni. Dasar malas kan hahaha, insyaAllah tahun ni nak try jadi rajin balik. Nak semarakkan balik blog aku yang sendu ni. (Dengar citer ramai jugak geng blogger yang nak start aktif bebelog balik tahun ni? Alhamdulillah dah kembali ke pangkal jalan depa tu hiks).

Sebenarnya saje je nak citer pasal cuti New Year haritu. Kisahnya ada la sorang mamat Jepun yang kami kenal (Baca: Aku, John, Masmz, Kak Coco dan Byya) masa trip ke Kansai tahun 2013 dulu datang ke Kuala Lumpur. Buat kunjungan balas katanya, nak melengkapkan negara ke 47, 48, 49 dan 50 yang telah dilawati. Iya memang dia adalah traveler tegar dah melawat hampir 50 buah negara dan Malaysia merupakan negara ke 47 sebelum dia ke Singapore, Brunei dan Indonesia. 

Kami panggil dia Pon sebab nama dia Tsuyoshi Pon Mori. Bukan main lama jugak la dah plan dengan dia sebelum dia sampai tu, so kami pun bahagi-bahagi la masa mana yang kami boleh slot in, sebab memasing pun ada yang kerja dan dah ada plan sendiri. Alhamdulillah, senang kalau kawan dengan kami ni hiks (angkat bakul sendiri la), sebab tak payah susah-susah pikir nak pegi mana, semua kami dah plan. 

So kisahnya, Pon ada kat KL dalam 4 hari je macam tu, dan dia ni suka makan (walaupun badan kecik) siap ada satu buku tu dia tanda check list nak makan apa kat KL ni. Alhamdulillah jugak lebih kurang 90 % makanan yang dia nak makan tu dah jumpa antaranya satey, mee udang, laksa, nasi ayam, nasik goreng, ABC dan macam-macam lagi la. 

Jom layan Video sat, hiks.




Aku sempat bawak dia pusing-pusing Putrajaya!

OK masa ni lepas kerje terus amik Pon kat Putrajaya Sentral dan bawa dia ronda-ronda Putrajaya. Kagum katanya dengan keindahan Putrajaya. 
Masa ni kak Coco Pon Join sekali, gigih datang dari Shah Alam.
Sempat Bawak Pusing-Pusing Kuala Lumpur!

Firstime makan langsat dengan rambutan, aku mintak kat brader jual buah tu sebijik je untuk dia rasa hahaha.
Esoknya pusing-pusing kat KL.
Ok kami pegi Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, KL City Gallery, Muzium Textile, Masjid Negara, KL Birds Park, KL Sentral dan KL CC, Taman Tasik Titiwangsa, National Monument dan Kampung Baru.
Paling eksaited dapat pi KLCC
OK sempat juga ke KL Tower! Open Deck dibuka untuk orang awam...nak naik ni kena bayar RM 69 hengget seorang (untuk foreigner RM 99)
Tengok sunset kat KL Tower.
Sebelum balik.
Sekarang ni Pon mungkin dah sampai Jogja, aku pun dah bagi tips sikit apa yang dia boleh lawat kat Jogja tu. Sebenarnya masa dia datang ni la aku merasa nak pegi tempat-tempat menarik kat KL ni, paduhal selama ni pejam mata je lalu lalang tamau singgah kan! Hahaha dasar! 

Ok lah, tu je nak cerita.

Psstt: Kak Coco bawak pon jenjalan kawasan jajahan dia kat Melaka dan Pavilion.
Psttt2: MasMZ pulak bawak Pon jenjalan kat FRIM (Canopy walk), Batu Caves, Makan Ikan bakar Jalan Bellamy, Muzium Istana Negara Lama, Zoo Negara, Pasar Malam Jalan TAR, Pavilion, Bukit Bintang....

WASSALAM.


25 comments:

  1. Comelnye Pon. hehe. Lampi kejap national monument tuh ape. Rupanya tugu negara. KL City Gallery n Muzium textile dkt bgnn sultan abdul samad tuh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajlaa:

      HaHaHa!!! Mmg comel banget. Ha la muzium textile kat dataran merdeka tu, tepi bangunan SAS

      Delete
  2. Hahaha... Pon beruntung dapat abg akak Malaysia yg baik hati bawa pusing2.. bagus la saling membalas jasa di negara masing2.. :D

    By the way ada beberapa tempat menarik yg aku sendiri pun tak tahu hahahaha :D untung ko Pon.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Tu la bertuah tau kawan dengan kami hikhik.
      Pi cepat tenpat2 yg tak penah pi tu.

      Delete
  3. byknyer tempat korang bawak... menjaga nama baik negara betul nih... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae;

      Opkos la, kata duta Malaysia hiks.

      Delete
  4. Wah, Pon pun dah ada gambar dekat dataran merdeka. opis ni sepelaung ja dengan dataran tu,tapi tidak pergi bergambar mesra dengan bangunan itu. Hiks!

    ReplyDelete
  5. a really funny guy with full of energy !!!
    ahhahaah
    semua makanan tempatan dia nak rasa

    ReplyDelete
  6. Untung le ....ada masa datang tanjong malim, boleh bawa hang jalan3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL

      HaHaHa!!! Tanjong malim tu tempat saya bermain dulu hiks

      Delete
  7. wow bestnya dapat kenalan dari sana..boleh cita tempat menarik di Malaysia ni...

    ReplyDelete
  8. Bestnya. He's Japanese right? Nanti boleh pula jadi your tour guide dekat Japan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poojie:

      Yup Japanese. Itu semestinya! Haha

      Delete
  9. Replies
    1. Jea;

      Hahaha sekadar duta kecil je.

      Delete
  10. hahahah dasar sangatkannn! let's go to japan la kita!

    ReplyDelete
  11. Amboi byk btol tmpt bwk pon jln...untung laa pon dah nak masuk 50 ngaraaa...hehe nasi campoq nre xbwk dia pi try test?kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dj

      Hahaha awak ada??? Kekekke. Nre tu kami lalu lalang je.

      Delete
  12. Best ada kawan Nihonjin... senanglah bila nak mengulang ke sana nanti...

    ReplyDelete
  13. next time kalau bawa sahabat jejln d sekitar kl dan ternampak ada org ber-vest merah dgn 'visitkl' di belakangya dan dgn beg 'visitkl' yg sarat brochure, sudi-sudilah tegur yer.. KL Tourism ambassador (KLTA) tu.. hehe.. (yer, CN berniat promote program KLTA sbnrnya ni. hehe..)..knp CN duk sibuk promote ni? hehe...nnt CN story sikit psl KLTA ni dlm belog CN. dlm instagram CN pn ada teaser2 KLTA ni. hehe :D

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!