2015-01-22

Kembara Selatan Australia (Part 5): Lima Tarikan di Sydney (Part 1)

Assalammualaikum!!!

Gigil-gigil ha nak update entry ni, atas permintaan ramai tepaksalah gigihkan diri jugak. Hiks. Ok jom sambung episode 5 di Australia.


Hari kedua di Sydney plan hari ni kami akan ke Darling Harbour (naik bas sama macam semalam dengan harga AUD 3.70 sehala) dan pergi ke beberapa tempat tarikan utama termasuklah Madame Tussaud's , Sealife dan Wildlife. Sebenarnya kami dah beli tiket secara online sejak awal sebelum datang kat Australia lagi sebab dapat harga package murah.

Pagi di Malaysia Hall Sydney.
Sempat lagi ha kat tepi jalan je pun.
Dah sampai Darling Harbour!
Masa ni baru lepas hujan rintik-rintik.
Alhamdulillah langit pun lawa, biru!!!
Untuk beli tiket ke lima tarikan utama di Sydney : Madame Tussaud's Sydney, Sydney Aquarium (SeaLife), Wildlife Sydney, Sydney Tower Eye dan Manly SEALIFE Sanctuary boleh beli secara online di website https://www.madametussauds.com/Sydney/BuyTickets/Default.aspx.

Harga tiket dewasa bagi package ini adalah : AUD 69/ pax 
Harga tiket kanak-kanak adalah : AUD 39

Memang ada diskaun. Kalau beli asing-asing harga satu tiket adalah AUD 170 dewasa dan AUD 111 kanak-kanak. So kalau nak murah, belilah online.

Combo 5: AUD 69 seorang. 
Ok memandangkan hari tu merupakan Hari Malaysia (16 sept 2014) maka gigih la jugak bawak Jalur Gemilang dan posing-posing atas jambatan kat Darling Harbour tu.

Selamat Hari Malaysia dari kami di Sydney! Hahah sempat la post gambo ni kat sedara mara di Malaysia masa tu, hiks gedik tak? 
Memandangkan kami sampai awal dan semua tempat yang nak dituju tu masih belum bukak maka kami pun lepak la dulu atas jambatan ni. Tak lama pun, dah dekat-dekat masa nak bukak tu kami pun siap-siap la beratur depan pintu, kengkonon nak jadi orang pertama yang masuk dalam Madame Tussauds Sydney tu. Maklumla eksaited katanya, first time kot, mestila jakun habis.

Madame Tussauds's Sydney

Ok untuk sesiapa yang tak tahu tu, Madame Tussaud Sydney ni merupakan salah satu daripada beberapa muzium patung lilin yang ada di dunia ni. Dulu pernah la bercita-cita nak masuk muzium Madame Tussaud kat Bangkok, tapi sebab mahal dan pikir akan masuk yang di Sydney ni, maka abaikan untuk pergi yang kat Bangkok tu. Hihihi. Tercapai jugak la hasrat nak bergambo dengan selebriti dunia walaupun tak bernyawa hah!

Tiga tarikan utama Wildlife, Madame Tussaud dan SeaLife letak berseblahan antara satu sama lain di Darling Harbour.
Darling Harbour, Sydney.
Sementara tunggu pintu bukak.
Bergambar dulu dengan Ian Thorpe (Macam tu ke eja? hahah perenang australia)
Ok dah dapatkan tiket kat kaunter, jom kite masuk!
Ha posing le kome macamana gaya pun.
Ni katanya Napoleon. 
Layan je la.
Hantu selfie
Tatau siapa hahahhaa.
Sorang lagi hantu selfie hahahah
Eh, ada lagi sorang! hahaha
Ok ni ahli kumpulan apa pun tak boleh.
Sempat la tarik pakcik Einstein untuk selfie bersama (Wefie)
Ulalalalala.
Ni Johnny Depp sesat bersama anak-anaknya.
Hek eleh macam bagus je.
Inilah rupanya makcik Tussaud tu.
Souvenir Comel tapi tak beli pun.
Dah jenuh dua jam dalam muzium ni, kami lepak kejap kat luar sambil makan bekal yang di bawa yakni lebihan pie semalam bersama biskut dan roti. Lapar weh dah tengahari kan! Lepas habis makan, kami sambung pulak masuk ke SEALIFE Sydney.


Ha buatlah macam rumah sendiri ye kengkawan.

Sydney Aquarium (SeaLife)

Ok sebenarnya Sydney Aquarium ni lebih kurang macam Aquaria KLCC tu je, tapi sebab aku pun tak pernah masuk Aquaria KLCC tu, maka masukla kat sini jugak. Menarik dalam tu sebab macam-macam spesis hidupan laut ada. Yang paling aku nak tengok semestinya Platypus!!! Comel gila mahluk seekor ni, dan memang dah rare species kan, jadi kita tenung la dia lama-lama sikit.

Bergambo depan pintu masuk, wajib!
Guna tiket yang sama macam kat Madame Tussaud tadi.
OMG dah nampak dah!!
Its Platypus!
Yang lain tu macam biasa je, banyak kali tengok dah hiks.
Obor-Obor transparent.
Terowong bawah air, tengok sharks.
Macam-macam jenis ikan ada.
Nak sentuh-sentuh binatang laut pun boleh.
OK berlegar-legar dalam Sydney Aquarium ni pun lama jugak, lepas dah habis pusing, kami masuk pulak ke Wildlife Sydney.

Wildlife Sydney

Kalau tadi kita tengok hidupan laut, sekarang ni kita tengok haiwan-haiwan darat pulak. Kalau nak tahu, kat Australia sahaja ada lebih kurang 1000 atau lebih spesis yang tak terdapat di benua-benua lain di dunia! Hebat kan! Kalau dah datang kat Australia ni mestila aku nak tengok Kangaroo, Tasmania Devil, Koala Bear dan Wombat!

Masuklah.
Hi! Tasmania Devil.
Kemain santainya la si kangaroo ni.
Ok fokus kat buaya kat belakang tu je.
OK sebenarnya banyak gila binatang dalam ni tapi dah malas nak amik gambo. Penat yakmat. Hahaha. Dah berjalan dalam ni dekat sejam, kami pun keluar. Ada lagi dua tempat yang kami belum pergi yakni Sydney Tower Eye dan Manly SEALIFE Sanctuary. 

Sebelum tu, kami pegi cari makan dulu. sebab lapar sangat. Hasilnya, dapat la makan kebab kat foodcourt mana ntah, dekat-dekat dengan Darling Harbour tu jugak. Bedal la labu....

Kebab. Rotinya lupa nak amik gambar.
Masa tu jugak hari mendung macam nak hujan, tapi awan dia bukanmain lawa. Serius aku tak pernah tengok awan macam tu kat tempat lain, macam dipintal-pintal pulak.

Wuhuuuuuuu.
Cantik kan.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan kaki menuju ke Sydney Tower, Tak jauh sangat pun dari Darling Harbour tu. Ok nanti lah aku sambung part 2 pulak. Macam dah banyak sangat pulak gambar tepek kat sini. Hahaha.

Bye.

WASSALAM.

28 comments:

  1. Good story, To reference my vacation to Australia (Because very close from the island of Bali)...hehe....

    Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafidz Wahyudi

      Hahaha boleh aja Pak!

      Delete
  2. Replies
    1. MKL

      Iya kami masuk semua. Sebab beli tiket dapat diskaun.

      Delete
  3. Replies
    1. zarul farhana

      wombat, mentibang laut....hiks

      Delete
  4. gambar last tu paling bestttttt ^_^

    ReplyDelete
  5. Bestnyerrr.. Kat hk pun ade MT tu.. Tapi mahal y amats.. X masuk oun aritu.. Pic koala mane... Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza

      Pic koala next entry hahaha. Kat HK mahal gak, sini pun sama.

      Delete
  6. Best lahai! Lain kali nak pergi sini, angkut saya sekali! Hahaha.

    Untung dapat selfie dengan pakcik Einstein!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pojie:

      Ala lain kali mmg tak pi dah la kot hahaha. Pakcik Enstein tu baik orang nya hahhahahaha

      Delete
  7. Tak ambil combo ticket ni... takut tak cukup masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie

      Oh, kami mmg banyak masa kat situ.

      Delete
  8. Baru tengokgambar. Nanti baru nak baca. Hiks!

    Platipus tu comelllll!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umar K

      Hmmmmmmmmm untungla platypus'

      Delete
  9. Mak aih, jauh beza kalau beli online dengan beli separately. Rugi kalau siapa yang tak tahu tentang deal ni. Rasanya kalau beli online memang kebanyakannya murah. Kecil benor Tasmanian Devil tu, kalau dalam Looney Tunes kemain garang dengan mulut besor hahaha. Eh hantu selfie? diri sendiri pun bukan tergolong dalam golongan selfie jugak ke???? =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin Fadli"

      Dalam katun tun mmg lain benar ye dak?
      Haah kalau beli kombo lagi murah,
      Selfie, sape je yang tak selfie sekarang ni hahaha.

      Delete
  10. Saya dulu pun je darling harbour jugak. Baik feri tu. Btw, gambar paling bawah tu cantik la. Guna kens ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorsett

      Darling harbor tu tempatnya sweet kalau nak lepal2 je. Saya pakai Gopro Black Hero 3+

      Delete
  11. Replies
    1. Chawana

      Kebab tu kat Wangsa Maju banyak.

      Delete
  12. xtau plak kt sydney pun ade madame tussauds..tp betul, klu ada plan nk pegi, better beli online..harga jauh berbeza..
    tak penah lg jumpe tasmanian devil..dlu kekecil suke betol tgk kartun tazmania..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayan

      Ada! Hahaha
      Tazmanian D tu kat dalam katun macam comel tapi sebenarnya tak huhuhuh

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!