2019-04-30

Trip Penat Lelah Ke Pulau Perhentian


Assalammualaikum!!!

Kembali lagi untuk entry terbaharu. Trip ke pulau bukan Hawaii tapi ke Pulau Perhentian! Lebih spesifik ke Perhentian Besar. Semua urusan booking resort dan pakej dibuat oleh Chawana, maka kami yang lain tabur duit je hahahahaha (paduhal trip bajet!) Ye ni trip bajet ye, tak mampu nak duduk hotel mahal-mahal maka kami sewa pakej di Samudra Beach Resort, Pulau Perhentian Besar dengan harga RM 280/person. Pakej termasuk sewa bot, lunch, dinner dan breakfast untuk 2 hari satu malam. Cukupla, kira puas jugak la naluri nak ke pulau dan mandi laut.

Trip disertai geng-geng blogger pencen (rasanya ada ke yang kenal lagi?) Kak Anash, Chawana sekeluarga, Byya dan Pae bersama teman Istimewanya (ehem...ehem..). Dan yang penting misi nak tengok penyu, nemo dan shark tercapai (walaupun banyak drama). Ok dipendekkan cerita, moh layan video je la... HAHAHAHA aku sekarang ni memang rajin amik video je sebab tak payah nak taip panjang-panjang! 

OK bye~

WASSALAM



2019-03-22

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!!

Ok mood rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani.

Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. 

Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih)

Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau)
Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan
Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy mandi laut. 

Oh by the way kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas! Memang superb ye sunset dia! Sumpah tak tipu.

OK selebihnya layan VIDEO ye. Hahaha aku malas nak menaip!!

WASSALAM.


2019-03-16

PART 1: Trip To Kota Kinabalu - Firstime Ke Kundasang Ni! a

Assalammualaikum!!!

Mood rajin kembali lagi, kali ni nak update pasal trip aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Lama dah plan sebab kononnya rindu Sabah! Hahahaha tapi memang rindu pun, sebab kali terakhir aku tinggalkan sabah pun adalah 3 tahun lepas. Sobs.

Ok trip kali ni aku repeat  ke Beaufort untuk naik train ke Tenom. Ingat lagi trip Keretapi Tenom yang aku pernah buat dulu? So sebab John dan Sharule tak pernah merasa naik keretapi klasik ni so aku pun bawak la diorang. Cumanya kalini tak sampai ke Tenom pun, tengah jalan kami patah balik ke Beaufort sebab ambil masa 3 jam ye kalau total perjalanan dari Beaufort ke Tenom. Harga tiket masih sama RM 2.70 sehala.

Next kami ke Kundasang! Memang kami looking forward ke tempat ni. Sepanjang aku bertugas di Sabah 2 tahun, tak pernah langsung jejak Kundasang hahahaha sedih!

So kami memang sewa kereta Viva (RM 120 sehari - boleh call atau whatsapp 019-5594009) dan bermalam di Sulap Homestay (RM 180 Semalam). Lokasi Sulap Homestay ni terletak di Kampung Mesilau, Kundasang. Kalau korang nak dapat view cantik macam yang aku nampak ni korang pi lah ke Kampung Mesilau, insyaAllah jumpa.

TIPS: Nak ambil gambar gunung yang clear macam dalam gambar yang aku ambik tu sila bangu subuh, seawal jam 6 pagi dah nampak gunung. Lepas pukul 9 pagi, kompom gunung dah tak nampak sebab awan tebal akan mula tutup puncak gunung. Kalau tak percaya cubalah.

OK malas nak cerita panjang, tips penting aku dah bagi so enjoy Kundasang! Nanti aku buat entry untuk trip pulau pulak ya! OK jom tonton video, ada banyak juga info dalam video so aku malas nak tulis kat sini. Ehekkkkk!.

WASSALAM.


Melawat Desa Dairy Farm, Kundasang RM 5 /entry.
Dapat la tengok lembu dan makan icecream
Morning View at Kg Mesilau with the Majestic Mt. Kinabalu.
Sunset View at Kg Mesilau, Kundasang


Another Sunset View of Mt. Kinabalu
Morning View of Mt. Kinabalu!
Thats all from us.



2019-03-03

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Assalammualaikum!!!

Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni. 

Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Resort atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha.

OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak, tak jauh dari Pekan Kampar, dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha.

Fun map bagi keseluruhan kawasan PATRO
OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan ladang mangga sahaja dah 1200 ekar. yang lain-lain tu termasuklah kawasan resort, watersport, ladang-ladang kunyit, misai kucing, itik telur, cili dan beberapa tanaman lain...oh ya ada juga ladang madu kelulut dan tempat menunggang kuda! Ha ni yang member aku ajak tu hahaa.

OK untuk masuk buat TOUR sahaja dikenakan bayaran masuk RM 5 seorang. Dan untuk ke Ladang Cili dan Itik dikenaakan RM 15 seorang. Tapi memang berbaloi la sebab boleh belajar buat telur masin dan beli cili.

Waktu operasi: Setiap hari 8 pagi hingga 6 petang (bagi yang tak menginap). Chalet-chalet dalam ni pun cantik-cantik dan berpatutan (kalau ada promo), boleh booking di Agoda dan Traveloka. Pandai-pandai la search dan boleh juga terus call di sini untuk tempahan. Maklumat lanjut boleh cek di FB PATRO.

Malas dah nak menaip, layan video je lah ye. Daaaa...

WASSALAM


2019-03-02

Hello! Happy New Year - Phuket Trip

Assalammualaikum!!!

Anda terkejut? Hahaha aku pun lagi terkejut sebab tetibe macam ada nafsu nak update blog!!! Hahaha apa khabar semua? Rindu aku tak? Sorry sebab lama tak menjengah di blog aku yang kian sendu ini. Apa boleh buat, dah pencen... #GengBloggerPencen. Salute la to geng blogger yang masih rajin berkarya. Jangan ingat aku tak baca! Hahaha.

Sempena tahun baharu ni, aku nak update la sikit pasal trip-trip yanbg pernah aku buat beberapa bulan dan tahun yang lalu. Sorry malas nak tulis panjang-panjang...so korang layan video je lah ye.
Enjoy! Ni pasal trip aku ke Phuket.

Ok cukuplah setakat ini buat kali ni.

WASSALAM