Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Hanoi (Vietnam): Dari Halong Bay ke Hanoi (May De Ville Hostel) (Part 10)

Assalammualaikum!
Teruk betul jerebu dua tiga hari lepas kan! Rasa nak lari pi duduk dalam HutanAmazon sambil berharmoni dengan masyarakat orang asli kat sana pulak! Korang mampu? Hahaha ok alhamdulillah keadaan udara kat sini dah bertambah baik, hujan buatan pon dah mula turun! Haritu masa tengah berhenti kat trafik light tengah-tengah hujan tu, siap gegar-gegar kereta aku dek kerna ditiup angin! Scary ok! Ingatkan adengan 'xxx' je boleh gegar-gegar keter! Rupanya angin kat Puchong pon boleh! #ops.
Ok dah jom sambung, mungkin ni episode akhir? Entah la, cuba baca sampai habis, kalau takde perkataan  'bersambung...' tu kira tamat la, kalau ada tu.... ada aku kesah! Ni blog aku kan... hahahaha.
[ Sambungan daripada Episode 9: Halong Bay, Vietnam ]
Lepas bermewah-mewah di atas bot yang taak berapa mewah tapi bertaraf VIP layanan mereka terhadap kami (ha hambik ko ayat berbelit-belit) maka kami pon balik semula ke hotel dengan menaiki teksi yang ditahan di tepi jalan depan…

Halong Bay (Vietnam): Bercruise Di Tengah Lautan (Part 9)

Assalammualaikum!!!
Agak slow sikit nak apdet blog ni sebab musim jerebu hehehe (tetibe). Jom sambung cerita di Halong Bay...
[ Sambungan daripada Episode 8: Dari China ke Vietnam (Halong Bay) ]
Setelah penat seharian naik bas dari Nanning Ke Halong City, dan merehatkan diri di Hotel Asean Hai Ngoc... maka hari kedua di Halong City akan diteruskan dengan agenda ke Halong Bay! Yeay dah lama teringin nak pegi Halong Bay ni sebab ramai yang kata cantik tempat tu...so nak la tengok dengan mata sendiri betol ke cantik kan? Hehehe.
Pagi tu seawal jam tujuh kami dah naik ke rooftop (wah rooftop katanya) untuk breakfast. Breakfast kat hotel ni diberi pilihan samada nak makan mee ke roti ke atau apa-apa saja la, diorang akan masakkan. tapi seperti biasa, kami makan roti je dalam pelbagai kekdah antaranya roti bertelur goreng, roti dengan pisang potong dan roti dengan tembikai (erk!). Buah-buahan segar juga disediakan. Kami jugak mintak orang hotel tu goreng telur banyak banyak kengkonon nak mak…