2013-06-07

Nanning (China): Dari Guilin Ke Nanning - Perjalanan Penuh Drama (Part 7)

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan daripada Episode 6: Shangrila dan Endian Halal Restaurant

Maka malam itu dengan hujan yang lebat, kami menaiki teksi menuju ke Stesen Keretapi Guilin. Baik betul pekerja Hostel Wada yang sanggup berpayung menahankan teksi untuk kami di tepi jalan. Jadi kami menaiki tiga buah teksi untuk ke sana. Sebenarnya susah jugak nak tahan teksi time hujan-hujan macam tu, alhamdulillah nasib kami tak sesuah mana.

Sampai di Stesen Keretapi Guilin, kami terpaksa melalui tapisan keselamatan. Ala standard la scan beg bagai sebelum memasuki ruangan menunggu. Masa tu memang ramai giler orang, maklumla musim cuti kan. Kami pon melepak la kat satu kawasan kosong sambil tunggu train pukul 11.30 makam kot tak silap aku. Tapi tetibe kami dapat tahu yang train ke Nanning delay pulak! Haish terpaksa la berkampung kat stesen keretapi tu sampai pukul 12.30 pagi. Memang bosan giler la menunggu kat situ dengan keadaan sesak dan lapar.

Masing-masing dah muka pasrah.... bertabahla ye. (gambo sumber Kak Tansree Coco Al Jawahir Muktakibillah)
Tiba masa yang dinantikan, train ke Nanning pon tiba. Seriously aku memang terbayang kerusi train yang empuk la macam kerusi dalam ETS nak balik ke Ipoh tu kan, tapi ternyata sangkaan meleset. Masuk je dalam gerabak (wah lama tak guna perkataan ni) , terpana (wah lagi, terpana katanya) sekejap tengok keadaan dalam tu yang penuh sesak, manusia tido bergelimpangan atas kerusi keras yang bersudut tegak 90 darjah! Waaaaa ternyata diorang tersalah beli tiket, normal seat katanya maksudnya normal habis la. Harga tiket train untuk normal seat tu adalah 65.5 Yuan (lebih kurang RM 33.00 / seorang). Tu la nak sangat tiket murah kan heheee. Malam tu nak tido memang duduk menegak jela. Sebelah aku pulak ada sorang local yang tido tak berganjak-ganjak, siap ngingau-ngigau lagi! Aku syak ada yang dah duduk dalam train tu berhari-hari kot sebab train tu mungkin datang dari Beijing. Ada la meja kecik kat depan tempat duduk, so bolehla menongkat dagu. Memang dalam train tu kami duduk je ikut suka, sebab nak dekat-dekat antara satu sama lain. Itulah pengalaman katanya, memang penat la duduk menegak untuk perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam macam tu. Ye perjalanan dari Guilin ke Nanning memang lama!

Tu lagi muka pasrah sambil tido bertongkat dagu... (Gambo sumber henpon aje)
Fuh makan dengan tangan berbalut pelastik jiran si John tu hehehe (Gambo sumber henpon aje)



Inilah keretapi yang kami naik... kat gerabak lain , seat dia lebih selesa (macam seat bas).
Pepagi buta dah ramai manusia macam ni?? Pukul berapa depa bangun eh?
Stesen keretapi Nanning.
Kami tiba di Nanning dalam jam 8.00 pagi kot. Ntah dah tak ingat sebab masa tu mamai-mamai berjalan sambil bawak beg tompangan ntah sapa punya ntah. Haish! Dari stesen keretapi Nanning, kami menaiki bas menuju ke sebuah apartment yang dah ditempah melalui internet, aku tak ingat samada hostelbookers.com atau Agoda.com sebab bukan aku yang booking (heheheh). Jarak dari stesen keretapi ke apartment yang dah dibooking tu jauh jugak sebenarnya, dan kami kene menapak pulak dalam 30 minit sebab kene lalu ikut laluan jauh sebelum sampai ke kawasan apartment tersebut. Sampai je ke apartment tu, rupa-rupanya apartment tu dah ditinggalkan. Tak ada orang jaga pon dan ketuk-ketuk pintu pon memang tak de orang bukak. Malam sebelum tu kami dah hantar emel kat pemilik apartment tu tapi tak berbalas. Bukak website apartment tu pon dah expired!!! Demmmmm...
NOTA: Sebelum booking hostel /hotel/apartment kat internet tu, sila tengok jugak tarikh akhir orang-orang komen. Dalam kes kami, yang terakhir orang bagi rating adalah pada tahun 2011! Demmmmmmm. (HAHAHAH sila gelak ye kengkawan)
Dah le penat, lepas tu ada drama pulak tu. Kami pun duduk le melukut di taman kat bawah kawasan apartment tu mengenangkan naseb diri. Serious tak tau nak buat apa masa tu sebab penat sangat berjalan dan naik keretapi. Alhamdulillah la, berkat usaha Dan Arif yang menyuruh kawannya kat Malaysia untuk tolong cari hostel lain, akhirnya kami berjaya mendapatkan Green Forest Hostel! Syukurrrrrr.

Kami menaiki teksi menuju ke ke Green Forest Hostel yang terletak di area bandar (tak macam appartment tu yang agak jauh dari bandar). Tambang teksi ke GreenForest Hostel adalah 20 Yuan (RM 10) untuk satu teksi.

Masa mula-mula sampai..rasa nak pengsan! HAHAHA
Ruang communal kat Green Forest hostel.
Tu, pantang ada WIFI terus pegang henpon...  Instagram (FB dan Twitter kene banned kat China)
Sampai di Green Forest Hostel, kene pulak mendaki ke tingkat tiga (sebab tak ada lift), tapi aku suka dengan hostel ni sebab pekerjanya sangat friendly dan keadaan hostel tu yang bersih dan nampak baru! Syukurrrr. Kiranya memang recommended la Green Forest Hostel ni dan yang paling penting, senang nak jenjalan dekat bandar. Turun je hostel dah jumpa shopping complex berbijik-bijik! (Maksudnya banyak shopping complex la kat situ!). Harga untuk satu malam adalah 75 Yuan seorang (RM 37.50).

Nanning Green Forest Hostel 
 No.3 JieFang Road, Nanning, Nanning, China
China 广西壮族自治区南宁市兴宁区 解放路3号
NO: TEL: +86 771 281 3977

Selesai je urusan check-in, apa lagi semua landing atas tilam... cover balik tidor. Selesaikan apa-apa urusan yang patut sebelum keluar semula untuk makan tengahari dan mencari Nanning International Tourist Distribution Center untuk beli tiket bas ke destinasi seterusnya. Sebenarnya kami di Nanning hanya untuk persinggahan sahaja, lebih kepada tempat transit kot.. sebab kami tak sempat nak explore Nanning secara terperinci.

Ruang communal yang agak selesa kan.
NOTA: There is an excellent daily bus service from Nanning to Hanoi, Vietnam. There are several departures a day, from early morning, from Nanning International Tourist Transport Centre, in Yuanhu Road, in the downtown area, close to the Nanning Railway Station, as well from the Langdong Bus station, in the far eastern edge of the city, on Minzu Avenue (about 40-45 minutes by bus, 20-30 minutes by taxi from downtown).
Bilik tidor pon selesa yakmats!!
Nak cari Nanning International Tourist Distribution Center ni pon satu hal jugak! Jenuh la kami berpusing-pusing jalan kaki pusing kat area pekan tu. Menurut orang hostel, tempat yang kami cari tu terletak berdekatan dengan hostel, boleh sampai jalan kaki je. Tapi jenuh haih kami pusing-pusing, siap lalu celah-celah lorong bagai tapi tak sampai-sampail. Last-last telepon balik hostel dan suruh orang hostel tu bercakap dengan sorang mamat yang kami jumpa tepi jalan. Lepas tu mamat tu pon tunjuk la arah yang sepatutnya kami pergi. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya Nanning International Tourist Distribution Center tu! Sebenarnya center tu dekat je dengan stesen bas kat Nanning ni......


Rombongan mak Jemah mencari arah.
Senang je bukak kedai atas kereta! Ish mamat baju putih tu cer tepi sikit.

Penjual buah apa tah, tak dapat dikenal pasti. (Bukan Limau)
Pemandangan di Nanning
Untuk ke Halong City, Vietnam kami boleh beli tiket bas di Nanning International Tourist Distribution Center ni. Harga tambang bas ke Halong City adalah 170 Yuan (RM 85/ seorang). Bas yang akan kami naiki adalah bas ekspress terus ke Halong City, Vietnam. Tapi tu esok punya cerita. Hari ni punya cerita, lepas dah dapat beli tiket, kami pon cari jalan nak balik semula ke hostel.

Dapat jugak beli tiket ke Halong, Vietnam.
Dah satu hal pulak tak tau nak ikut jalan mana hahahhaa, last-last nak tahan teksi, tapi satu teksi pon taknak berhenti (mungkin sebab pelik tegok kami kot???) akhirnya kami buat keputusan untuk naik tuk tuk je untuk balik ke kawasan hostel. Nasib la, dah la masa tu tetiba je hujan lebat. Tuk tuk yang kami naiki tu dipandu oleh sorang pakcik yang agak berumur jugak la, tapi bukan main hebat dia bawak tuk tuk mencelah-celah orang ramai dan lalu kat kaki lima jalan! Kagum pulak.

Pakcik ni bawak tuk tuk lalu celah-celah orang.



Sampai kat hostel, kami singgah makan petang (merangkap makan malam) di restoran muslim Hadramawt Restaurant. Restoran ni agak proper jugak la dan keat dinding kedai ada la gambar-gamra orang yang pernah datang makan kat restoran tu, antaranya ada gambar orang Malaysia juga! Ok la.

Kos makan petang tu ditanggung sepenuhnya oleh seseorang, terima kasih daun keladi ye. Hehehhe. Lepas makan, kami ke Masjid yang terletak beberapa langkah dari restoran tu. Sebenarnya ia lebih merupakan sebuah Muslim Center sebab kat bahagian bawah tu ada terdapat restoran makanan muslim, tingkat-tingkat atas pulak ada kelas-kelas pengajian untuk murid-murid Islam dan tingkat atas sekali adalah ruangan solat. Kiranya semua dalam satu la. Kami menunaikan solat Zohor dan Asar kat situ sebelum balik semula ke hostel. Penat weh, sebab jalan kaki sesat-sesat tadi.

Muslim Center dan Masjid.
Ruang dalam masjid.
Sebelah malam pulak, kami keluar lagi. Kali ni kami jalan-jalan ke shopping complex yang banyak terdapat kat area situ. Macam-macam shopping complex ada, dan semuanya besar-besar belaka! Aktiviti malam tu kiranya aktiviti santai je la sebab nak menghabiskan masa di Nanning. Sempatla lepaskan hajat ada orang tu nak minum kopi mahal katanya. Layankan aje...

Upacara memanjakan diri di kedai kopi.

Hari tu juga merupakan hari terakhir Dan Arif akan join kami semua, sebab dia kena balik semula ke KL atas urusan kerja. Ada la orang tu jugak yang nagis-nangisi sebab buah hati nak balik dah kan. HAHAHAHA over tau!

OK, bertemu kita di VIETNAM nanti ye... Babai CHINA!
Ok la nanti aku sambung lagi perjalanan ke negara lain pulak. Penat pulak dengan drama-drama kat Nanning ni.

Bersambung....

WASSALAM. 

19 comments:

  1. Wah dah jauh Rain berjalan di China ni...memang drama betul naik keretapi di China ni...toilet macam mana? Perjalanan 8 jam dengan keadaan sesak macam tu bagi saya amat menyeksakan, tapi ada kawan tentu kurang sikit siksa tu.

    ReplyDelete
  2. hahahahah dramanya entry nih! tp aku ingat lagi, dalam duk siksa tu sempat gak gelak2 dlm gerabak tu tgh2 malam buta! hahahah

    ReplyDelete
  3. tidor tegak 90 darjah? boleh tidor ke janggel, hehe...azab jugaklah nak fikir, hehe...memang penuh drama, dengan apartment pulak ditingalkan, nasib baik ramai, kalau sesorang, payah jugak tu...

    ReplyDelete
  4. mak jemah?
    byk laaa punya mak jemah

    iya
    gigih 'tido' dgn duduk tegak...
    but
    memang kelakar...

    ReplyDelete
  5. huh apartment usang? gile lah...camne Dan suh kawan dia book? roaming kah?

    ReplyDelete
  6. Assalam..saya akan ke Nanning hujung bulan ni..boleh saya dapatkan details yg ade di Muslim Centre n Hotel terdekat?thanks!!email at :nurulaida.mj@gmail.com

    ReplyDelete
  7. suka episod nih! penuh drama..byk pengajaran especially part booking hotel yang dah tak wujud..so dah booking apartment tu..maknanya deposit hangus?

    ReplyDelete
  8. Jm boleh dpt rasa bagaimana siksa naik tren klau kedudukan 90 darjah tu mahu kematu bontot

    Mak aihh murah tu harga hostel tu pastu lokasi pun menarik ada hikmah d sebalik drama

    ReplyDelete
  9. Best tu kenangan korang bersama huhuu..
    Tido dgn kerusi 90 darjah selama 7 jam mmg terbaik.. :P

    Yang tak boleh blah apartment usang di tinggalkan smpai gitu sekali.. korang boleh book hahahaaa...

    But kenangan macam nie la yg akan jadi paling manis.. :-)

    Nice adventure story.. thumb up!!

    ReplyDelete
  10. Kak NA:

    Hahaha saya baru sampai guilin dan Nanning.

    Toilet dalam tren? Hehehe saya tak pi pon jenguk toilet dalam train tu kak. Takut tempat duduk kena rampas hehehe.

    Sabo je la.

    ReplyDelete
  11. Henry Fox:

    Ko memang drama hehehe #Tetibe

    ReplyDelete
  12. Orga:

    Haah memang la takleh tido, stakat terlelap2 kejap je.
    Nasib baik ramai kan

    ReplyDelete
  13. Kak anash:

    Untungla mak jemah

    ReplyDelete
  14. Bique:

    Dan booking telipon kawan dia kat KL pakai no telipon CHINA

    ReplyDelete
  15. Aerodspase:

    Booking tu tak pakai deposit.

    ReplyDelete
  16. Jm:

    Haah mmg x dapat nak dibayangkan cemana nk tido ghoper itu denfan beg kat keluling, kaki tersepit bwah meja..hahah.

    HOstwl tu sangat recommended.

    ReplyDelete
  17. TTB:

    YUP SEMUA TU PENGALAMAN BETHARGA YG AKAN DIKENANG SAMPAI BILA2 :)

    Tak sabwr nk baca kisah kamu pulak kat europe tu .

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS