2013-06-20

Halong Bay (Vietnam): Bercruise Di Tengah Lautan (Part 9)

Assalammualaikum!!!

Agak slow sikit nak apdet blog ni sebab musim jerebu hehehe (tetibe). Jom sambung cerita di Halong Bay...


Setelah penat seharian naik bas dari Nanning Ke Halong City, dan merehatkan diri di Hotel Asean Hai Ngoc... maka hari kedua di Halong City akan diteruskan dengan agenda ke Halong Bay! Yeay dah lama teringin nak pegi Halong Bay ni sebab ramai yang kata cantik tempat tu...so nak la tengok dengan mata sendiri betol ke cantik kan? Hehehe.

Pagi tu seawal jam tujuh kami dah naik ke rooftop (wah rooftop katanya) untuk breakfast. Breakfast kat hotel ni diberi pilihan samada nak makan mee ke roti ke atau apa-apa saja la, diorang akan masakkan. tapi seperti biasa, kami makan roti je dalam pelbagai kekdah antaranya roti bertelur goreng, roti dengan pisang potong dan roti dengan tembikai (erk!). Buah-buahan segar juga disediakan. Kami jugak mintak orang hotel tu goreng telur banyak banyak kengkonon nak makan masa breakfast la walhal tapau semua masuk dalam bekas untuk di bawa ke Halong Bay nanti kekeke. Bijak tak?

Tengok pemandangan dari hotel dulu... waaa macam dok atas bukit!
Pemandangan depan hotel.
Dari hotel kami menaiki sebuah MPV menuju ke jeti di mana kebanyakan bot-bot atau cruise ke Halong Bay berumpul. Apa yang menariknya hari ni, kami akan jadi pelancong super duper VIP! Wah tak sabar pulak kan nak naik kapal. Apa yang VIP nya sangat tu? Sebenarnya kami sewa satu bot! Bukan bot kecik ya tapi bot besar dengan kapasiti 40 penumpang! Tapi yang naik kami bertujuh je la campur dengan pemandu bot 3 orang yang merangkap sebagai tukang masak sekali hehehe. Ha gile tak mewah macam tu? Satu bot tu kami yang punya! Sukahati korang la nak tonggang tebalik dalam bot tu, siap ambik meja makan sorang satu (punya la tamak kan!).

Jeti penumpang.
Sayang pagi tu hujan pulak, tapi tak lebat sangat hanya sekadar rintik-rintik manja je. Tapi perjalanan harus diteruskan! Cuaca pon gloomy je, memang takde la langit biru hari tu. Ok sebenarnya semua urusan sewa bot, kami dah suruh minah kat hotel (receptionist) tu yang uruskan. Pada mulanya kami nak ambik bot yang kongsi dengan ramai-ramai penompang, harganya aku tak ingat pulak tapi agak murah la jugak berbanding sewa satu bot persendirian. Tapi setelah dicongak-congak pro and cons, dan menilai dari segi harga jugak maka kami bersepakat untuk ambil satu bot hanya untuk kami sahaja dengan harga 3.2 juta Dong (RM 484 / 7 orang) untuk 6 jam perjalan, so takde la mahal sangat kan.

Ni la keadaan dalam bot kami!
Cewah memasing dok pilih tempat sendiri.
Maka setelah urusan daftar nama dan ambil tiket, kami pon naik la bot VIP kami hehehe. Memang jakun habis la kan sebab tak pernah naik bot besar yang macam kami punya sendiri ni. Perjalanan di daerah Halong Bay pon bermula, dari jauh samar-samar dah nampak gugusan kepulauan batu kapur yang beratus-ratus ada di depan mata! Subhanallah memang cantik habis! Banyak jugak kami tengok cruise yang lain dengan pelbagai saiz yang sama-sama bergerak dengan kami. Ada yang lagi besar macam hotel pon ada! Siap ada veranda untuk breakfast depan bilik lagi tu! Entah berapa la diorang bayar untuk satu malam tu kan. Kami yang naik bot sendiri ni pon dah terasa mewah, inikan pulak bot yang lagi besar dari tu!

Ni pulak kapal-kapal cruise lain yang ada bersepah-sepah kat sini.
Deretan kekapal
Bahagian atas kapal kami!
Ada beberapa check point sebenarnya bot akan singgah (kalau rujuk pada tiket la). Antaranya singgah di Bai Chai Beach, Sung Sot Cave dan banyak lagi la (Boleh rujuk SINI ) tapi disebabkan kami ni malas nak mendaki-daki bukit dan malas nak bermandi manda dikala hujan renyai maka kami hanya singgah di Sung Sot Cave je. 

Menuju ke destinasiiiii~!
Dah macam hotel dah kapal ni.
Dalam perjalanan nak ke Sung Sot Cave ni, macam-macam bentuk pulau yang kami jumpa. sambil-sambil lalu celah-celah bukit tu, pemandu bot kami pon tunjukla kat kami batu bentuk kucing la, bentuk ayam bercium la, bentuk arnab la ... macam-macam ada! Hahaha maklumla lokasi penggambaran filem Hollywood katanya!

Batu bentuk kucing... nampak tak?
Yang ni pulak batu bentuk serigala katanya.
Ha yang tu nampak tak batu bentuk apa???

Katanya Kissing Chiken! Hehehehe
Pemandangan gugusan kepulauan di Halong Bay
Yang ni batu bentuk muncung apa tah.


Lepas tu bot kami sempat pulak singgah kat satu kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar! Modus operandi diorang adalah supaya bile diorang singgah kat situ, penumpang bot akan beli ikan-ikan kat situ untuk dimasak dan di makan atas bot! Haaaaaa bijak sungguh diorang tu. Bukan ada ikan je kat situ, sotong kurita dan sipot-sipot pon ada! Setelah termakan hasutan dan pujuk rayu, kami pon terbeli seekor ikan yang aku tak tau apa namanya kat situ! Ha hambek ko, kengkonon nak makan ikan masak stim atas bot katanya! Rasakan!

Kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar
Macam-macam hidupan laut ada di sini.
Sotong yang comel.
Inilah rupa ikan yang kami beli!
Sebuah lagi kapal yang macam hotel! Haluuuu (sambil lambai-lambai tangan kat pelancong asing atas kapal tu)

Kami singgah di Sung Sot Cave tengahari tu, nak masuk ke dalam gua kena mendaki sikit. Tak tinggi sangat pon, tapi penat jugak la. Hanya perlu tunjuk tiket je kat penjaga pintu masuk tu sebab all inclusive dalam pakej sewa bot. Kalau nak tau, gua kat sini lebih kurang macam gua yang kami pergi kat Guilin hari tu. Cuma yang kat Guilin tu dah terlampau komersil dan ada persembahan light and sound, yang kat Halong Bay ni cuma ada lampu-lampu sahaja. Memang cantik dalam gua tu sebab hasil dariapada biasan lampu pelbagai warna.

Keadaan di Bai Chai Beach
Kami tak singgah pon kat Bai Chai Beach ni sebab malas nak daki bukit tu.
Sung Sot Cave...kami datang!
Pasar terapong hehehe.
Inilah mereka!
Kat situ jugak ada jual cenderamata seperti FM, T-Shirt dan sebagainya tapi harganya agak mahal. So kalau agak-agak mampu nak beli korang beli la, aku memang tak mampu, maklumla dah berutang sana-sini kat negara orang ni ha hehehhee. 

Daki tangga dulu.
Cantik kan pemandangan kat sini.
Ramai orang masa ni.
Rombongan cik Kiah.
Mencari jalan pulang....
Stop posing dulu.
Antara cenderamata yang dijual.
Pemandangan dari atas gua.

Ok setelah lebih kurang 2 jam kami kat situ, kami balik semula ke bot yang dah siap-siap parking kat bahagian lain pulau (sebab jalan keluar gua tu adalah jalan lain). Perut pon masing masing dah lapar. Ingat tak kat ikan yang kami beli tadi? Ha masa tu baru kami suruh pemandu bot dan konco-konconya masak untuk kami,  tapi suruh stim aje jangan tambah lebih-lebih.. Bila tiba masa makan, ha macam-macam keluar dari dalam beg! Ada telur goreng, kicap Tamin, telur rebus, sambang kering udang dan kari Brahim! Terkejut pakcik bawak bot tu tengok tetiba banyak pulak lauk pauk atas meja! Ha rasakan, jangan ingat kami mampu beli ikan je tau.. Kiranya makan tengahari tu agak mewah jugak la setelah hampir seminggu lebih diorang tak makan mewah kekeke.


Lepas makan, kami semua duduk-duduk saja berehat menyaksikan pemandangan memukau. Tak tau dah nak buat apa, maklumla duduk 6 jam atas bot katanya. Sampai boleh tertidor-tidor la jugak. Kami sampai semula ke darat lebih kurang pukul 4 petang.

Selamat makan semua!
Ni la rupanya ikan yang kami beli tadi.
Petang tu jugak kami akan bertolak ke Hanoi City. Kami telah menyewa sebuah mini van untuk ke Hanoi City dengan bayaran 430,000 Dong (RM 65.00) sebab nak bawak barang yang sangat banyak memang susah kalo naik bas hahaha. Perjalanan ke Hanoi pon satu hal punya lama jugak!

Motif letak gambar ni...aku pon tatau. Kbai!
Satu yang menarik aku perasan pasal peraturan had laju kenderaan kat Vietnam / Hanoi ni, dia ikut jenis kenderaan! Untuk kereta lain hadlaju nya , untuk bas pulak lain, untuk motorsikal pon lain. Makin kecik kenderaan dia makin perlahan diorang kene bawak..hahaha sebab tu perjalanan dekat boleh jadi jauh .

OK nanti aku sambung kisah di Hanoi City ye.

Bersambung....

WASSALAM.

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/0F97E5EB-6214-4C65-BA64-970B89C9D51F/Documents/Blogger)
Nuffnang Ads

25 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Salam kenal. Nampak setengah tempat tu, macam Langkawi. Mesti murah-murah seafood kat sana kan? Thanx for sharing.

    ReplyDelete
  2. MOH KEMBARA;

    Salam kenal kembali. Hihihi. Haah mmg kalau sekali tgok ada la iras2 langkawi. Nk kta murah tu takde la sangay...just ok la.

    THanks.

    ReplyDelete
  3. huntunglaa dapat p halong bay atas kapal mewah ala titanic..

    aku suka tgk gambo halong bay ni sebab nampak cam sejuk.Btw, sotong tu tak comel pun...:-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan:

      Ha tu la kelebihan travel berjemaah, semua boleh kongsi2 jadi murah.

      Ntah bagi saya sotong tu comel hahahhaa

      Delete
  4. yg batu muncung tu macam cimpanzi dari tepi, siap ada telinga hahaha!

    amboi cantik nyer masnona bermekap atas kapal tu :) bestnyer ramai2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque;

      Hahaha cipanzi pon boleh la.
      Mekap retis katanya.

      Ha best la ramai2. Kalo solo tepaksa bercuti macam orang miskin!

      Delete
  5. ha a memang ada rupe kucing ngn serigala, yg ayam bercium tu pn sama!
    view dari atas tu lawa lah! magaddddddd

    ReplyDelete
  6. bagus ni, kalau reramai datang, sewa je bot terus, tak la mahal sangat lepas tong tong semua...

    ReplyDelete
  7. Hari jerebu blog pun jerebu juga ke :)
    Tak boleh bayangkan hujan turun dengan manja :D

    Cantik dan menarik trip ni. Wanita-wantia yang mengelilingi Rain pun cantik-cantik dan menarik :)

    Rain dah tengok macam-macam jenis batulah ye. Gajahlah (China), ayamlah, serigala, kucing. Bertuah! Tapi batu dalam gambar ini memang nampak berbentuk binatang yg disebutkan.

    ReplyDelete
  8. Aperr??? naik bot VIP tapi bayaran RM484 jer..pastu bahagi pulak 7...huhuh

    JM naik bot nelayan je..tapi kena bayar RM1000 bahagi 5..uuuwwaaaaaaaa....tension makin berganda..

    Mmmg cantiklah view kat sini..mmg berbaloi..suka tgk pic yg last tu..

    ReplyDelete
  9. Kat tempat org jual souviner tu ada patung ultraman hahahaa...
    Cantik nyeerrr... tempat Halong Bay nie.. bila la nak sampai sana huhuhuu...
    By the way ada info mengenai tekong bot anda tu tak? Tak nak kene kelentong mcm JM kene hahaha.. :P

    ReplyDelete
  10. Sewa bot rm484 tu dh termasok jln2 tu skali ke? Ikn yg belik tu mahal ke murah? Maknanya klu naik dngn tourists lain mesti sngt murah harga tour tu kan? Tour mmg 6 jam ya? Ada x yg 4 jm ke...? He..he.. terasa mcm lama sngt plak 6 jam, ke ok ok aja 6 jm tu?

    ReplyDelete
  11. kenapa komen akak ilang?
    why???
    kbai....


    (untungla)

    ReplyDelete
  12. Chawana:

    KAnnnnn entah ada macam2 lagi bentok batu kat sana!

    ReplyDelete
  13. Orga:

    BEtul tu, tu la advantage travel ramai2.

    ReplyDelete
  14. Kak NA:

    Begitu la nampak gayanya... jerebu2 ni la buat opis saya jadi opis paling busy kat Malaysia hehehe.

    HAah batu2 tu mmg betul2 nampak macm binatang yang digambarkan kan.

    Diorang tu menompang kecomelan je tuuuu hehehee.

    ReplyDelete
  15. JM:

    YEeeeee kami naik bot besar ala2 VIP tapi bayar murah je tau. Heheheheee tak payah bayar seribu hengget.

    ERrrr gambar last tu gambr apa tah... huhuhu

    ReplyDelete
  16. TTB:

    MMg Halong Bay tu cantik. Tapi kalo cuaca elok, langit biru kompom memancar2 cantiknya!

    ERrr hati2 la kalau kat situ, jangan kene tipu macam JM.

    InsyaAllah nanti anda akan ke sana.

    ReplyDelete
  17. Farikica:

    SEwa bot tu mmg untuk nam jam bergantung kepada jenis bot. Kebnayakan tourist yg dtg situ diorg bermalam di atas bot. Kami je tak bermalam kat situ sbb tak sempat. Kalau ikut perancangan asal mmg nak bermalam atas bot.

    HArga tu mmg termasuk jalan2 tu skali ler.... ikan tu boleh tahan gak mahalnya tapi dah konsi 7 org maka jadi murahle dia.

    ReplyDelete
  18. tiba-tiba terus jadi percutian mewahhhh......


    Biqque,

    Perasan cam kaya... terpaksa laaa overstt.... ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  19. MasMZ:

    Kan, terpaksa belagak mewah atas bot tu walau makan pun bungkus dalam plastik hehee.

    ReplyDelete
  20. Halo Janggel!

    Seperti pengalaman saya di November 2013 lalu. Penjelasan tentang batu2 kucing dan kissing chicken nya juga tak ada bedanya.

    Kalau saya join tur murah dari Hanoi 1 day tour dan dapat cuma USD$17,5.
    Murah sekali, bukan?!
    Hahahaha....

    Salam dari Indonesia..

    "Leave nothing but footprints. Take nothing but pictures. Kill nothing but time"

    http://makanangin-travel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Halo, Janggel!

    Seperti pengalaman saya beberapa waktu lalu (Nov 2013)

    Namun saya join tur dari Hanoi 1 day tour cuma seharga USD$17.5

    Murah, bukan?!
    Hahahaha...

    "Leave nothing but footprints. Take nothing but pictures. Kill nothing but time"

    http://makanangin-travel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.. saya pun teringin nak ke halong bay. Ada rezeki nanti insyaallah. Boleh saya dptkan nama operator boat di halong bay tu? Sbb tengok online banyak yg mahal2 je. Tq

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS