Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinang dengan jayanya. Biasa la kalau ke Penang tu memang tak sah la kalau tak try makanan-makanan yang super banyak kat sana. Lepas tu pulak Penang memang banyak tempat menarik. Bandar Georgetown itu sendiri pun dah tak larat nak pusing.
Tapi entry kali ni aku nak tulis pasal kisah kami bersarapan pagi di Transfer Road. Berdasarkan kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kalau nak sarapan pagi makan roti canai atau roti bakar telur goyang yang sedap boleh cuba ke situ! Ada deretan kedai mamak kat Transfer Road tu di mana meja dibuka sepanjang kaki lima kedai kat tepi-tepi jalan. Mula-mula tu macam tak pernah dengar jugak tempat tu, maklumla bukan selalu sangat pegi Penang, tapi bila semua dah cakap-cakap pasal Transfer Road ni maka kami pun try la.
Lokasi Gerai Roti Canai Transfer Road. Dari jauh abang tu dah menggamit panggil pelanggan. |
Ni la tukang masak roti yang menjadi makanan kami pagi tu. |
Pepagi tu jugak, kami sms sorang blogger yang peramah dan baik hati yakni Prof Naramas Aman yang rumahnya memang kat Penang. Kami aturkan pertemuan untuk jumpa dia kat tempat Transfer Road tu jugak dan beliau bersetuju. Sebenarnya kami semua debor nak jumpa Kak NA (aku selalu panggil dia kat blog dengan nama Kak NA), maklumla Kak NA ni berpengalaman luas dan suka bercerita.
saya blurkan wajah Kak NA sebab beliau tidak mahu dikenali...heheh. Jemaah tengah bersembang. |
Ole-ole dari Indonesia.... sedap kue kacang ni. |
Seperti yang dijanjikan, akhirnya kami pun sampai la kat Transfer Road tu. Sebenarnya ada banyak stalls kat sepanjang jalan tu dan kita duduk je la kat mana-mana meja nanti depa datang layan kita. Alhamdulillah layanan yang diberikan sangat cepat dan bagus.
Dan di situ jugaklah kami berjumpa buat pertama kalinya dengan Kak NA. Hehehe seronok sungguh bersembang, Kak NA siap bawak ole-ole dari Indonesia dari trip terbarunya. Lama jugak kami lepak kat situ, sembang pasal blog la, sembang pasal kemera baru Kak Na dan macam-macam lagi.
Antara dish yang popular kat Transfer Road adalah Roti Bakar Telur Goyang. Aku pernah highlight makanan ni dalam IG dan juga pernah makan di Medan Selera Dato Sagor di Ipoh. Lebih kurang sama konsepnya, dan yang pasti memang sedap. Tak rugi cuba!
VIDEO: Ha kalau kita goyang-goyang camtu, dia akan menghasilkan efek goyangan yang menggoda ye.
Wajah sebenar subjek yang dikesan, Roti Bakar Telur Goyang. |
Di samping tu, makan roti canai kuah kambing pun sedap! |
Selain Roti Bakar Telur Goyang, ada la beberapa makanan lain yang biasa di jual seperti roti canai, roti telur dan beraneka jenis kuah kari ayam, kambing, ikan dan sebagainya.So untuk mana-mana Penang Virgin, boleh la try sarapan pagi kat Transfer Road. Boleh rasa keunikan Malaysia kat situ.
Dah kenapa ko pose macam nak kene pelempang tu? (Street Art, Georgetown) |
Ok setakat ni dulu la, kisah kat Penang ni banyak lagi sebenarnya cuma tak sempat nak menulis. Aku highlight Transfer Road je dulu sebab tengah lapo sekarang ni, tak breakfast lagi hikhikhik.
Selamat mencuba!
WASSALAM.
terbaik punya roti canai and kuah daging!
ReplyDeleteAzuan
DeleteHaah mmg mabeles!
Adoi tersedak akak bila Ren buat entri pasal akak he he he...Akak pun nak buat juga pasal kita jumpa di Transfer Road ni, tapi cerita lain yang muncul dulu...nanti-nanti akak pun nak buat tapi tunggu cerita Jepun habis dulu :)
ReplyDeleteKak NA
DeleteHehehe saje je buat entry ni sebab dah lama peram hiks. Tazzabar tunggu entry akak,
Wahahaha roti goyang menggoda jiwa okehhh....roti cicah kuah kambeng pun menggamit! Hokeh next week aku pi penang aku crik transfer road nih....tak pnh tau plk tmpt ni mkn best...hehe
ReplyDeleteEh jumpa kak na?untung laa dpt jumpa blogger femes tp misteri tu....hehehe... :-)
DJ
DeleteSah semestinya menggoda jiwa. tengok pon dah sedap...inikan pulak rasa hahaha.
Ofkosla bertuah dapat jumpa blogger misteri tu. Baik orangnya. hiks
Hehe telur guyang!
ReplyDeleteUmar
DeleteSuka kan telur2 goyang ni? kemain.
hui..lama peram entry nih!!
ReplyDeleteheeheh
iya..kalau tak dah berjumpa dgn kak prof.
Kak Anash:
DeleteKan, dah dekat setahun! Hahahaha Punyalah malas.
tempat makan tu mmg tak berubah ever since saya pindah ke penang about 20 years ago. dulu masa ayah masih keje almost every week akan pg makan situ. the taste, ambiance and everything never changed. mmg thor-baek lah...
ReplyDeleteShandye
DeleteIye ke awaaaa? Waaaa lamanya... bile awak nak bawa saya jalan2 penang?
mabelessnya roti canai kuah kambeng ! rasa nak teleport ke penang skang jugak....
ReplyDeleteNana Tron
DeleteMmg torrrrbaek! Pi cepat pi!
wah..ciku terus klik blog ni nak tengok rope roti goyang..menarik dan tertarik wat sarapan ni..gambo wall art yang last tu ciku pegi gak masa g penang time raya hari tu..art street penang.-:) - mood tengah cari entry blog yang stori JJCM kuantan.
ReplyDeleteCiku
DeleteRajin ye jalan2 cari makan. Hehe
LOL...aku pun ada banyak post "basi" belum post up. Hopping over from Diana Teo's blog. Nampak blog title roti telur goyang. Fulamak....sedap ni....terasa nak makan pulak sekarang
ReplyDeleteSmall kucing
DeleteHaHaHa!!! Sama2 lah kita habiskan entry2 tertunggak ye!
wah..menarik. salam syawal...
ReplyDeleteMKL
DeleteSalam Raya Haji :)
Harap ada masa terbitlah entri..miss your celoteh.
ReplyDeleteMKL
DeleteHahah thanks for the support. Sorry lama nak apdet entry :)
Hahahaaa.. layan jer :D wwiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... :P
ReplyDeleteTT
DeleteHaha silalah layan
Ohh..klau mcm tu ada peluang turun Penang nak cari Prof NA lah..nak minta belajar Roti Bakar Telur Goyang
ReplyDeleteJM
DeleteHi JM, ha apa lagi, kalau pi Penang contact la Kak Prof, sure dia layan heheh.
شركة تنظيف بيوت بالجبيل
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل