Assalammualaikum!!!
Eh ye sabar...sabar. Dah raya kan, tapi keluar enrty buka puasa pulak kan? Hahaha sabar naaaaa. Entry hari raya aku hold dulu untuk beri laluan kepada entry berbuka puasa bersama Enrich dan MAS ni. Bukan apa, macam dah lama sangat peram, so tak best la pulak kalau tak keluarkan hehehe. Sebab dalam entry ni ada la orang-orang tu yang dapat hadiah best. (mencik!)
Eh tu siapa yang duduk tepi penjuru di depan Marmalade Cafe tu? |
Selfie dulu depan cafe, sementelaah nak mendaftarkan diri. |
"Enrich Celebrates Winners In Buka Puasa Treat"
Ha tajuk bukan main England kan, bila baca kat bawah terus bahasa kampung teman, Perak bumi bertuah. Nak buat cemana, aku ni bahasa England tu guna kat opis je, langkah je keluar opis terus lupa, hilang ingatan macamana nak guna bahasa England tu. Hiks.
Kisahnya macamn ni, satu hari di bulan Ramadhon, aku terima emel daripada ENRICH yang menjemput aku dan beberapa orang kawan untuk meraikan pemenang-pemenang bagi beberapa peraduan yang telah dianjurkan oleh Enrich iaitu Enrich Around Oneworld Instagram contest dan Enrich -Chic Outlet Store contest. Malam itu jugak pemenang pertama bagi Enrich Voyager Game akan diumumkan! Maksudnya ada tiga perkara penting berlangsung dalam majelis ni. So malam tu ada la semua pemenang-pemenang bagi ketiga-tiga pertandingan tu. Dan ada juga wakil-wakil social media yang hadir termasuk la aku, Kak Coco, Miss B dan Lily. Ha tak sangka le pulak, walau aku tak menang apa-apa pertandingan tersebut, tapi merasa la datang memeriahkan majelis.
Tempat pendaftaran. |
Miss MC malam tu, comel orangnya. |
Ok baca dulu maklumat pasal event. |
begitu gigih Kak Coco menelaah pelajaran. |
Sorry la Miss B, Gambo tak berapa nak sharp...belum expert lagi. |
Ok in details, majlis diadakan di Marmalade Cafe, Publika Damansara pada 16 Julai 2014. So petang tu gigih jugak la aku meredah jem bagai dari Putrajaya ke Publika. Alhamdulillah, perjalanan nak ke Publika tu boleh dikatakan agak lancar la dan aku tak sesat sebab ini merupakan kali pertama nak menjejakkan kaki ke situ. (maklumla selalu lepak kat ceruk Putrajaya je).
Sedikit info mengenai Enrich Voyager Game:
The Enrich Voyager Game, which launched in late May 2014 on Malaysia Airline's Facebook page is an immersive Facebook strategy game which allows players to experience being a seasoned frequent flyer and Enrich member, redeeming miles to fly to their destination and earning tier status every time they travelled a certain amount of miles.
Pemenang utama bagi permainan ini akan mendapat ganjaran mata Enrich sebanyak 30,000 Enrich Miles manakala pemenang pertandingan Enrich Around Oneworld dan Enrich-Chic Outlet Shopping menerima sejumlah 1,120,000 Enrich Miles! (Banyak giler tuh! Boleh tukar dengan tiket flight!)
Untuk makluman semua jugak, Enrich Voyager Games ni merupakan ongoing game. So boleh la cuba main game ni dan dapatkan jumlah mata ganjaran Enrich yang banyak. Korang kena gigih sikit la, sebab pemenang yang menang malam tu kata, dia siap tak tido malam sebab nak main game ni! Ha korang mampu tak buat camtu? Hahaha.
Ok untuk maklumat lanjut mengenai Enrich Voyager Game, boleh tengok kat SINI ----> Facebook page https://www.facebook.com/EnrichVoyager atau melalui laman Twitter https://twitter.com/EnrichVoyager . Try la mana tau dapat menang banyak point pastu boleh la tukar dengan tiket flight! Boleh travel free!!!
OK sekarang aku nak sembang pasal MAKAN!!! Malam tu memang best la dapat kenal dengan beberapa orang blogger, dan frequent Enrich traveller. Dan paling best dapat makan free yang lazart! Thanks again to Malaysia Airlines' Frequent Flyer Programme selaku organiser untuk majlis malam tu.
Tadi gigih menelaah, sekarang gigih ambik makanan pulak. |
Kira sedap juga makanan yang disediakan. |
Tadaaaaaaaa..... |
Tajuk makanan, Udang kesepian. |
Lepas majlis berbuka puasa, baru upacara penyampaian hadiah dijalankan. sebelum tu ada la ucapan daripada Vice President, Loyalty Frequent Flyer Programme (Enrich) MAS yakni Puan Khairul Nisa Ismail. Kemudian baru la acara penyampaian hadiah dijalankan.
Ucapan daripada Puan Khairul Nisa Ismail |
Dan yang paling best adalah acara cabutan bertuah! Hadiah cabutan bertuah adalah 'penginapan percuma di rangkaian hotel Longham. Dan nak tau sape pemenangnya???? Siapa lagi kalau bukak Kak Coco dan Miss B! Haaaaa bertuah sungguh mereka! Dapat pakej penginapan hotel Longham 3 hari dua malam ye. Rangkaian hotel Longham ada di beberapa negara di seluruh dunia, tapi takda kat Malaysia. Eh. Antara negara yang ada rangkaian hotel ni adalah Hong Kong, New Zealand, dan England. So, apa lagi, lepas ni kak Coco dengan Miss B bercuti ke oversea la nampak gayanya!
Ok la, sampai sini je apdet pasal buka puasa dengan Enrich, lepas ni nak cerita pasal hari raya pulak.
Psssttt: Sorry tak berapa banyak gambo, semua pakai kemera Kak Coco. Nanti tengok blog beliau bila beliau dah apdet ye. Http://Anash-Coconutz.blogspot.com
WASSALAM.
saudara, Publika tu kat mana ye? belom sampai lagi kekdahnya. BOOM! hahahah tahniah la sape yang menang tu. orang jauh dilupa jangan. awas!
ReplyDeleteJohn:
DeleteSaudaghe, Publika tu celah mana pun saya tatau. Ikut arahan GPS je sedaghe. BOOM. AWAS pada yang menang tu kan! AWAS.
ohooo..den ahli enrich tapi tak penah amik pot pasai petandingan tuh uhuiitttt!! melepas~~~
ReplyDeleteMiss:
DeleteRugi woooo banyak point depa bagi dan hadiah lumayan!
untung laa dapat makan preee....hehe nampak sodap udang kesepian tuh...masuk dalam perut aku konpem tak sunyi dah....hehehe aku pun tak pnah sampai dan tak tahu kat mana publika...almaklum orang duk pinggiran KL jerrr....hehehe
ReplyDeleteDJ:
DeleteHehehe rezeki jangan ditulak. Udang kesepian tu tinggal sekor je pun masa aku amik...memang kesepian sungguh la tu hahaha. Kannnn kite yang jenis-jenis duduk pinggiran KL ni kene la lalu bukak peta je.
untunglah worang tu dapat jemputan leh makan preee :-)
ReplyDeleteJM.
Deletehahah rezeki ramadhon, JM...
gigihnya akak baca kertas itu
ReplyDeleteseriusnya akak tenung makanan itu
dan
untungnya akak menang adiah itu!!!
hehehe
thanks Janggel sebab sudi ajak akak!!!
(tenung balik kertas A4 paper yang menang itu)
Kak Anash:
DeleteUntungla gigih..
Untungla menang
Untungla betuah..
Hiks
untungnya....selamat hari raya....maaf zahir batin.
ReplyDeleteMKL:
DeleteSelamat hari raya jugak buat sedagher... :)
awas kalao tansreecoco dan missB tinggalkan kami!! BOOM!!!!!
ReplyDeleteMasMZ:
DeleteAWAS!!!
Ren! tajuk makanan udang kesepian tu takleh blah hahaha
ReplyDeleteuntunglah akak yang dapat tu..murah rezeki dia :)
Mrs. Smile:
DeleteKannn untungnya dia...hehehe