Posts

Showing posts with the label Kuala Lumpur

KL Car Free Morning – Kayuhan Sempoi di Tengah Kotaraya dan Banglo 289

Image
Pagi Ahad, Kuala Lumpur berubah wajah. KL Car Free Morning , program yang diadakan dua kali sebulan, mengubah jalan utama seperti Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, dan Jalan Sultan Ismail menjadi zon bebas kenderaan. Dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kawasan ini hanya dibuka untuk basikal, pejalan kaki, dan aktiviti rekreasi lain. Aku bersama Kori, Lizzy, dan Keri mengambil peluang untuk sertai program ni. Dengan basikal masing-masing, kami berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perjalanan. Suasana di sini sangat hidup, dari basikal klasik ke model moden yang dihiasi lampu LED, semuanya ada. Orang ramai, termasuk keluarga dengan anak kecil, berkumpul untuk menikmati pagi tanpa gangguan trafik. Perjalanan kami bermula dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Laluan yang biasanya sibuk kini terasa seperti taman rekreasi terbuka. Udara lebih segar, tanpa bunyi hon atau asap kenderaan. Kami nampak ramai yang berjoging, berjalan santai bersama haiwan peliharaan, malah ada yang bermai...

Pon Takes Kuala Lumpur : Pusing-Pusing KL Sambil Jadi Pemandu Pelancong Tak Bertauliah :)

Image
Assalammualaikum! Selamat Tahun Baharu 2015! Haha tak sangka pulak dah tujuh hari baru dapat update first entry tahun ni. Dasar malas kan hahaha, insyaAllah tahun ni nak try jadi rajin balik. Nak semarakkan balik blog aku yang sendu ni. (Dengar citer ramai jugak geng blogger yang nak start aktif bebelog balik tahun ni? Alhamdulillah dah kembali ke pangkal jalan depa tu hiks). Sebenarnya saje je nak citer pasal cuti New Year haritu. Kisahnya ada la sorang mamat Jepun yang kami kenal (Baca: Aku, John, Masmz, Kak Coco dan Byya) masa trip ke Kansai tahun 2013 dulu datang ke Kuala Lumpur. Buat kunjungan balas katanya, nak melengkapkan negara ke 47, 48, 49 dan 50 yang telah dilawati. Iya memang dia adalah traveler tegar dah melawat hampir 50 buah negara dan Malaysia merupakan negara ke 47 sebelum dia ke Singapore, Brunei dan Indonesia.   Kami panggil dia Pon sebab nama dia Tsuyoshi Pon Mori. Bukan main lama jugak la dah plan dengan dia sebelum dia sampai tu, s...

Selamat Hari Merdeka Ke 56 : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Image
Assalammualaikum! Salam Kemerdekaan ke 56 buat Malaysia ! Entry ni tribute untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Kalau nak tahu, aku ni memang jenis yang patriotik sikit. Kekadang tu mudah tacing bile dengar lagu-lagu patriotik yang best-best (yang best-best aje tau).  Untuk pertama kalinya seumur hidup aku telah terjebak untuk join menyaksikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 56 di Dataran Merdeka! Kalau sebelum-sebelum ni hanya tengok kat TV je, tapi akhirnya tahun ni dapat jugak merasa bersesak-sesak dengan orang ramai di Dataran Merdeka tu. Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur Aku, Henry Fox ( Kaki Berangan - huh Henry Fox la sangat!) dan MasMZ ( Kaki Jalan ) masing-masing bergerak dari berlainan arah menuju ke Dataran Merdeka . Aku dan HF tiba di Dataran Merdeka lebih kurang jam 7.00 pagi. Ha gigih tau bangun subuh buta naik LRT bagai menuju ke Dataran Merdeka ! Demi negara katanya. Pagi-pagi tu ke...

Food Hunter: HR Steak House Kampung Baru

Image
Assalammualaikum!!! Dah lama sebenarnya tak singgah Kampung Baru , kat Kuala Lumpur tu. Tau tak kat mana lokasi Kampung Baru? Kalau tak tahu sila Google . Kampung Baru ni merupakan satu-satunya kampung yang besar terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur , dan satu yang aku suka pasal Kampung Baru ni adalah makanan! Sapa tak suka makan? Gila tak suka!  Macam-macam jenis gerai makanan ada di sepanjang jalan masuk di Kampung Baru dan kebanyakannya aku rasa menyajikan masakan dari Utara /Siam/Kelantan? Betul tak? Dan satu juga yang aku paling tak suka pasal Kampung Baru ni adalah kesesakan lalulintas dan kesusahan untuk meletakkan kenderaan (bagi yang naik kereta/bas/lori/van la) tapi bagi yang naik motorsikal kompom senang, parking je la tepi-tepi longkang pon boleh. (Oh teringat kejadian lipas terbang atas kepala suatu ketika dulu...skeri!!!) Ok berbalik kepada motif entry aku hari ni, sebenarnya nak cerita pasal satu restoran Western yang baru diper...

Kuala Lumpur New Tourist Attraction : Istana Negara Lama - Raja Kita

Image
Assalammualaikum!!! Sepanjang aku hidup kat Malaysia ni, aku tak pernah masuk ke dalam tempat ni. Dari dulu sampai sekarang cuma mampu lalu lalang je depan pintu masuk nya dan sekali sekala nampakla orang ramai sibuk bergambar dengan askar berkuda di kiri dan kanan pintu pagar utama. Tapi itu dulu, ketika Istana Negara Lama masih berfungsi sebagai Istana Negara. Sekarang tidak lagi, selepas Istana Negara yang baru siap dibina dan dibuka sepenuhnya di Jalan Duta. Alhamdulillah, sejak daripada itu, Istana Negara lama kini dibuka untuk kunjungan orang ramai. Dan yang paling penting, inilah julung-julung kalinya aku dapat menjejakkan kaki ke dalam bangunan yang sungguh bersejarah ini.  Awal-awal pagi aku dah terpacak depan pagar Istana tu, tunggu si Danny yang katanya nak sampai awal. Masa tu dah ada sorang makcik dan pakcik yang sungguh bersemangat tunggu pintu Istana dibuka. Kagum jugak la dengan semangat pakcik dan makcik tu, gigih diorang bergambar di sek...