2013-02-03

Food Hunter: HR Steak House Kampung Baru

Assalammualaikum!!!

Dah lama sebenarnya tak singgah Kampung Baru, kat Kuala Lumpur tu. Tau tak kat mana lokasi Kampung Baru? Kalau tak tahu sila Google. Kampung Baru ni merupakan satu-satunya kampung yang besar terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, dan satu yang aku suka pasal Kampung Baru ni adalah makanan! Sapa tak suka makan? Gila tak suka! 


Macam-macam jenis gerai makanan ada di sepanjang jalan masuk di Kampung Baru dan kebanyakannya aku rasa menyajikan masakan dari Utara /Siam/Kelantan? Betul tak? Dan satu juga yang aku paling tak suka pasal Kampung Baru ni adalah kesesakan lalulintas dan kesusahan untuk meletakkan kenderaan (bagi yang naik kereta/bas/lori/van la) tapi bagi yang naik motorsikal kompom senang, parking je la tepi-tepi longkang pon boleh. (Oh teringat kejadian lipas terbang atas kepala suatu ketika dulu...skeri!!!)

Ok berbalik kepada motif entry aku hari ni, sebenarnya nak cerita pasal satu restoran Western yang baru diperkenalkan kat aku. Ye memang aku ketinggalan sebab orang lain dah lama tau! Cis. Selama ni aku tak pergi kedai yang ni, aku pergi kedai-kedai 'popular' yang lain. (alasan).

Aku dan kawan-kawan sekampung (ye sekampung sebab diorang memang rajin datang KL dan lepak dengan aku) singgah makan malam di HR Steak House, Kampung Baru! Sekali pandang, memang nampak restoran ni macam dah well known di kalangan warga kotaraya la, sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku tengok dari segi appearance kedai tu dan keadaan sesak orang yang datang makan kat situ.


Ok first impression itu sangat penting kan? So apa yang aku notice lagi, restotan ni sangat la romantik! Apa yang dimaksudkan dengan romantik? Maksud aku keadaan pencahayaan yang sangat malap. Bagi aku tak perlu kot seluruh kedai dijadikan malap macam tu, sebab nak makan pon rasa macam tak nampak apa benda yang ko makan. Tak ke musykil dah tu? Aku rasa better tuan kedai wujudkan satu kawasan terang dan satu kawasan 'romantik' much more better kot? just my two cent idea.


Selesai komen bab pencahayaan...aku ada jugak terbaca di satu forum dan aku dengar sendiri dari kengkawan aku bahawa servis kat kedai ni lembab! Betul ke lembab? So untuk mengetahui kesahihan tuduhan tersebut, kami pun mula set time bermula dari duduk di kerusi sehinggalah waktu makanan yang di order sampai. Total masa yang di ambil adalah 9 minit!!! What? Laju tak? So takde lah lembab sangat servisnya, cuma kena-pandai-pandai pancing waiter tu supaya boleh 'nampak' kita di dalam kesamaran kedai tu. So aku agak puas hati dengan service pada malam tu. Malam lain aku tak sure.

Malam tu aku order Mix Lamb Chop. Wow sejak bile pulak aku jadi pemakan Lamb ni kan? Ye sejak aku balik dari Jepun. Gara-gara makan lamb hampir selang 3 hari kat sana terus aku rasa lamb tu sangat sedap kalau di grill atau panggang... (not kukus). Rasa makanan kat sini agak ok cuma, tulang lebih banyak dari daging kot? Agak tak berapa nak puas makan. Harga makanan pon agak berpatutan, sesuai la dengan harga makanan western sekitar Kampung Baru tu. 

Chicken Golden Bleau
Mix Lamb
Mix Australian Lamb, Chicken, Beef and Mussels.
So sesiapa yang nak cuba makanan western kat restoran HR Steak House ni, boleh la cuba, tapi dinasihatkan datang awal sikit la sebab kalau lambat kompom full house dan kena beratur tunggu meja. We are so lucky sebab masa kami sampai, ada beberapa meja kosong lagi. 

Untuk aku, aku tak akan pergi banyak kali la kat sini, cukup sekadar 4-5 bulan sekali kot? Tapi kalau ada orang nak belanja aku , hari-hari datang pon aku sanggup! Hahaha.

WASSALAM.

24 comments:

  1. haha.. melampau pegi 4-5 kali sebulan.. bankrap2.. restoran ni mmg best! dah pegi beberapa kali.. sgt puas hati.. :)

    ReplyDelete
  2. Hazwan:

    Ye kalau dah 4-5 kali sebulan mmg bengkrap ler.. Nasib baik aku tulis 4-5 bulan skali.. (Gigih cek balik entry takut salah tulis phewww)

    ReplyDelete
  3. Salam Janggel

    Bab nak park kete kat sini memang boleh buat angin satu badan...

    teringat Yong zaman muda remaja dodulu merempit kat kg baru ni...semua lorong dan kedai makan di terjah...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. aku yg salah bace.. sorrehhh..

    ReplyDelete
  5. Wah LAMB! Nampak mengiurkanlah lamb itu. Akak memang suka makan lamb. Lebih-lebih lagi Australian lamb, terbaik :)

    Nnt kalau ke Kampung Baru nak carilah restoren ni :) Tapi kalau gelap-gelap tu, scary jugak, sebab takut tercekik tulang hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. makan?
    (sambil pegang gambar beger bakar).
    .
    .
    .
    .
    .
    untungla org belanja
    .
    .
    .
    password :kbai


    ReplyDelete
  7. aku pernah ecing2 nak p makan kat kmpung baru nih (masa tu tak bermastautin kt KL lagi)
    nak parking puas round, last2 kena bayaq RM 4 kot..standet KLCC

    tp HR ni memang femes la, sampai terkeluar2 orang kan?..

    ReplyDelete
  8. selalu jugak makan kt sini, servis memang agak lembab tapi tengok keadaan, dulu keje kg baru so mmg tau la kedai ni..jomm nnti kite pegi! =)

    ReplyDelete
  9. Kak Yong ASP:

    Ye memang leceh kan nak parking kereta kat situ, lastly saya parking je kat tempat berbayo RM4 tu, senang citer hehe.

    Wah Kak yong ASP merempit jugak ke dulu! Best kan merempit di tengah kotaraya!

    ReplyDelete
  10. Hazwan:

    Takpe, maafmu diterima :)

    ReplyDelete
  11. Kak NA:

    Ye saya pon dah Start makan Lamb skg ni. Kalau kak NA nak tau, saya tak pernah suka makan Lamb sampailah bulan 8 tahun lepas baru saya start makan lamb. Sampai sekarang dah jadi suka pulak heheh.

    Kalau Kak NA ke Kg Baru try la singgah situ. Ye tapi takut jugak tercekik tulang Lamb tu, tak ke naya hehehe.

    ReplyDelete
  12. Kak koko:

    Ye makan, takkan menari pulak (*sambil ngidam makan beger bakar)




    KBAI (Unlock password)

    ReplyDelete
  13. Norh:

    Ye boleh tahan la rasanya. Sos blackpapernya agak pekat dan menyengat.

    ReplyDelete
  14. Dzuchan:

    Ye memang fames la, cuma aku je baru tahu hehehe. Aku pon parking keter kat tempat 4 hengget tu. Senang takyah pening kepala. tapi kena datg awal la kalo nak senang.

    Masa kami dtg tu memang ramai giler org... fullhouse!

    ReplyDelete
  15. Anon:

    Ye ko tau? Ko ni aku kenalkah? Hahahahaha

    ReplyDelete

  16. Agak2 bln puasa ni bleh buat reservation dulu ke?

    ReplyDelete

  17. Saudara janggel:

    In addition to the above post:

    Bln2 puasa ni buat terapi mata di pasar2 ramadhan pun cantik juge. Dpt study and kenal skit2 mkanan traditional msia.

    TQ

    ReplyDelete
  18. Farina:

    Haa betol tu, terapi mata katanya heheheh.

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Takde la. Cer google direct nama kedai ni mungkin ada.

      Delete
  20. Tempat makan zaman student dulu. Selalu pergi sini lepas elaun masuk. Haha rindu~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS