2013-02-05

Bharat Tea Vs Boh Tea Plantation and Mossy Forest, Cameron Highlands

Assalammualaikum!

Jeles sebenarnya bila tengok ramai kengkawan pergi bercoti kat ladang teh baru-baru ni, ada yang ke Cameron Highlands la, dan ada jugak yang ke ladang teh di BANTING? Ye ke kat Banting ada ladang teh? Ye betol. Percayalah sebab Tansree Coco dah buktikan di blognya itew. Sila jengah SINI untuk tengok cerita ladang teh Tansree Coco Banting.

Ok,  sebenarnya bukan le aku nak cerita pasal ladang teh kat Banting tu, aku pon belum pernah jejak lagi ladang teh kat situ. Aku nak kongsi pengalaman di ladang teh di tanah tinggi Cameron Highlands. dulu kan, masa aku berpeluang buat kerja ukur jalan kat sana (Tanah Rata), aku berkesempatan melawat Ladang Teh Boh. Sape penah jejak ladang teh boh ni? Lokasinya agak tersorok dari jalan utama. Ye la selalunya kebanyakan pelancong akan pergi ke Bharat Tea Plantation yang terletak di tepi jalan utama saja, senang nampak dan senang access. Tapi Tea Boh Plantation ni agak masuk ke dalam jugak dan kalau tak cari betol-betol memang susah nak jumpa.


Boh Tea Plantation, atau lebih dikenali sebagai Sungei Palas Tea Centre terletak berhampiran Pekan Brinchang. Kalau nak ke sana, kena perhati betol-betol signboardnya sebab agak tersorok dan susah nak perasan. Tapi insyaAllah kalau rajin bertanya kompom jumpa. Sebenarnya, tujuan asal kami bukan la nak ke Sungei Palas Centre tu, tapi ke Mossy Forest yang terletak satu jalan dengan Sungei Palas Tea Centre ni. So dah alang-alang lalu situ, maka kami pon singgah la sekejap. Tak rugi pon, sebab apa aku kata tak rugi? Sebab layanan kakitangan kat Centre tu semuanya peramah dan mesraaaaa.


Masa kami sampai kat situ, aku agak kagum jugak la, sebab itu first time aku sampai ke kilang teh sebenar. Selalunya sebelum ni aku hanya singgah jenguk-jenguk pokok teh kat Bharat Tea Plantation tu je, tepi-tepi jalan tu. Paling cikai pon aku main petik-petik daun teh kat pagar sekolah aku dulu. (Eh yang diorang tanam kat pagar sekolah tu pokok teh kan??? ).

Ok, sampai je kat situ, kami dah jumpa dengan bangunan Centre yang cantik dan klasik. Kat dalam tu terdiri daripada cafe, gerai jualan teh dan cenderamata dan show room yang memaparkan infomasi-informasi tentang ladang teh boh dan sejarahnya serta beberapa mesin pemprosesan teh yang lama, kira macam antik la jugak.

Lepas tu, yang paling best, kami di bawa masuk ke dalam kilang teh untuk melihat sendiri cara-cara daun teh diproses sehingga menjadi serbuk teh yang tersedia untuk diminum! Memang kagum habis la aku masa tu, sebab first time tengok live! Sebelom ni pernah la tengok kat TV... tapi mana sama tengok Tv dengan tengok depan mata. Selalu jugak tengok antie-antie petik teh pakai gunting yang kat hujungnya ada macam bekas cebok untuk kumpulkan daun teh tu, masa kat tv la dulu-dulu. Tapi sekarang ni dah takde pakai tenaga manusia macam tu (mungkin ada tapi tak ramai) sebab sekarang ni dah pakai mesin pemetik daun teh! Ha kan zaman dah berubah!.


Selesai tengok kilang memproses teh, kami pon balik semula ke centre untuk belilah apa-apa sebagai tanda kenangan. Harga pon boleh tahan murah berbanding yang dijual di kedai. Dah siap semua , kami meneruskan perjalanan ke Mossy Forest!


Ha ni yang paling aku exsaited sekali nak pergi. Lokasi penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang! Mossy Forest ni memang sangat cantik sebab keadaan hutannya yang dipenuhi lumut tahap gaban punya! Bukan sikit-sikit punya lumut tapi memang berskala gajah punya lumut. Kalau jejak kawasan Mossy Forest ni kite akan rasa seperti berada di alam lain. Terdapat pelantar pejalan kaki disediakan untuk pengunjung. So tak payah la nak redah-redah semak untuk masuk ke Mossy Forest ni. Kami pergi pon separuh jalan je sebab cuaca tak berapa nak mengizinkan.


Lepas dah habis lepak kat Mossy Forest, kami singgah pulak kat Bharat Tea Plantation, satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland. Tapi aku rasa Bharat Tea ni dah terlampau sesak la, sebab ramai sangat orang datang singgah situ. Ye la sebab lokasinya memang betol-betol tepi jalan utama kan.

Eh tetibe ada dua model sesat?? Hahaha suke le tu dapat masuk dalam blog aku hehe.

Apa-apa pon, kedua-dua ladang teh ni memang best. Aku suka jalan-jalan dalam ladang teh tu sebab fefiling macam ada kat oversea, maklumla sejuk, lepastu semua hijau pulak tu. Macam berada di lautan daun . Kalau pandai cari angle kompom dapat gambar lawa! Tak percaya? Try la pi amik gambar kat situ! Kompom puas hati. 

Ok la, sekian ngomelan ladang teh aku kali ni.

Pssttt: ada gambar sumber Google juga.

WASSALAM.

22 comments:

  1. dah bape kali pegi pun tak pernah nak singgah boh tea, mesti bharat jugak jadi pilihan hati. tapi tula, macam ko cakap, dah sesak sangat dah, kena berubah arah lah camni...

    ReplyDelete
  2. Mossy Forest tu nampak sungguh mistik

    ReplyDelete
  3. Orga:

    Ha next time boleh pergi Sungei palas ni pulak ye. Best jugak tau.

    ReplyDelete
  4. Azra:

    Ye sangat mistik, kalau pegi sorang-sorang agak menyeramkan jugak la.

    ReplyDelete
  5. cambest je mossy forest.xpernah tahu pun. boleh msk list neh. thanks en janggel for d info~

    ReplyDelete
  6. yg tak sharp tu mesti gambar google kan? kan? kan? hahaha!

    sukati ko jer kat pagar skolah tu pokok teh hahaha! (ye ke?)

    haih...lama dah tak melancong ni...camne nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Haah la tp 3 keping je kikiki, yg lain semua gambo aku tau.

      Haah la pokok teh, aku pernah ingat cikgu sekolah aku bgtau dulu.

      Huh apa lg.. Pi la bercuti naik motor beso tu.

      Delete
  7. Biqque,
    sabar...
    eh nih blog sapa? silap komen...


    Janggel,
    wah
    wah
    belum apa2 lagi dah promot blog tansree?
    (terus buat 'tacap' cecantik blog itu...)
    .
    .
    .
    nebes dgn trafik tetiba dtg mendadak...

    JOM KAMEREN!!!(tanpa guna pasport!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tansree Coco:

      Hamboii overshadow nampak? Hahaha

      Ladang teh tansree coco tu ada mcm dlm gambo tu tak? Sejuk x????

      Sila bentang kapet merah kat blog akak sambut peminat datang!

      Kbai.

      Delete
  8. Pernah pergi Cameron Highland dulu, tapi tak pergi ke ladang teh. Sebab asyik meeting, meeting je...

    Tapi semasa ke Bandung baru-baru ni, saya sempat pergi ladang teh. Teknik memetiknya, cara lama :)

    ReplyDelete
  9. Bharat Tea ni jugak port shooting Ombak Rindu..cantik n best sangat! dah 2-3 kali jugak pegi sini :)

    ReplyDelete
  10. wahhhhh...dah antek la Cameron....
    dah lama x pergi ni, tiba excited nak pergi plak...

    Tansree coco...
    jooom p cameron... (kalau bonus ada laaaa)..hihihi

    kbai...

    ReplyDelete
  11. What a coincidence, nina juga baru nak update pasal pergi ladang teh. wahahha.. padahal trip tahun lepas. :P

    ReplyDelete
  12. Vam Lautner:

    Wow ingatkan orang puteh mana la tadi bagi komen.

    Sila pegi, memang best!

    ReplyDelete
  13. Nina Hamdan:

    Wahahaha pemikiran kite serumpun kekeke.

    Selamat mengladang teh juga!

    ReplyDelete
  14. Mr Janggel, leh mntak royalti x gmbar sy msuk dlm blog ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon;

      Hahaha bukanmain mintak royalti bagai kan. Blog saya yg picisan ni x mampu nak bayar royalti la.

      Delete
  15. Aku suka pi mossy forest ala ala creepy gitu kalu time Kabul tebal!

    ReplyDelete
  16. adoih teringat plakk gambo2 mossy forest yang dah lenyap dgn laptop ilang tu.. cilok gambo ko je lah ek!

    ReplyDelete
  17. Beautifullife:

    Kan aku pon suka..kalo dapat hiking dalam tu lagi best.

    ReplyDelete
  18. Mama Oh Yeah

    Bertabah dan pasrah je la yer... sila sila

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS