Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)
Assalammualaikum!!! Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni . Sorry la lambat sangat nak habis. [ Sambungan daripada Part 3 ] Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi. Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi , yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ. So kami bergerak untuk ke Night Safari leb...