Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 2): Sungai Palas Tea Plantation (Boh) and The Time Tunnel
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada Part 1 ] OK dah puas mengeluarkan peluh mendaki Gunung Brinchang dan melawat Mossy Forest, kami pon turun dan singgah di Sungai Palas Tea Plantation, kalau tak kenal nama Sungai Palas ni, kita panggil je ladang Teh Boh ... Ha kenal tak? Teh Boh kan femes, kalau tak kenal jugak tak tahu la.Sebenarnya aku baru je dua kali pegi Sungai Palas ni, selalunya mesti singgah Bharat Tea Plantation yang kat tepi-tepi jalan tu. Memandangkan nak masuk ke tempat Teh Boh ni agak ke dalam sikit, so mungkin sebab tu tak selalu singgah kot. Sila perhatikan signboard betol-betol yer. Dah sampai tu, parking kereta ( alhamdulillah parking kereta free disediakan) dan terpaksa menapak dalam 300 meter menuju ke pusat sosial dan kilang teh tu. Jenuh jugak la masa menapak tu sebab kena mendaki tangga yang agak tinggi. Sambil-sambil tu dapat la lalu tepi-tepi pokok teh sambil ambik-ambik gambar... suka sangat la si John tu sebab tak pernah ...