Skip to main content

Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 1): Strawberry Picking And Mossy Forest

Assalammualaikum!!!

Dah ada ke yang ponteng pose? Pompuan mungkin ada la, tapi kalo yang laki tu ada jugak ke? hehehe lantak korang le kan... janji bahagia. #Eh. Sekarang ni cepat betul masa berlalu kan. Sedar-sedar dah masuk sembilan hari berpuasa...pastu pejam celik pejam celik lagi dah esok nak raya kan.... kan ke best macam tu ye dak? 

Sekarang ni aku busy pindah rumah baru hehehe. Kalo dulu duduk rumah mewah atas tanah, tapi kali ni pindah duduk penthouse mengadap PICC pulak.. penat weh pindah bulan-bulan pose ni! Barang pon tak habis kemas lagi, lepas tu jangan harap nak nak bagi orang datang sebab rumah baru macam tongkang pecah. Jadi alamat baru dibekukan buat seketika hehehe. 

OK berbalik kepada tajuk entry. Kali ni aku petik salah satu cerita yang tak sempat lagi aku kupas yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Kalau tak silap aku kejadian ni berlaku pada bulan Mei yang lalu. Masa tu tetibe je aku dan kak Coco dipelawa (cewah dipelawa pulak katanya) oleh John untuk pergi jumpe adik dia kat Seri Iskandar. Maka bertolak la kami bertiga ke sana, walaupun aku ni anak jati Perak, tapi aku memang tak pernah sampai ke Seri Iskandar tu weh... rasa janggel janggal pulak.

Saya serumpun lalang....
Ops gadis-gadis lalang pon ada! Sempat juga jumpa MasZuber kat Seri Iskandar, maklumla wilayah jajahan beliau katanya. 
Bile dah selesai urusan si John dengan adiknya (psttt katanya pi tempah baju raya ikut pesen terkini! Murah pulak katanya kalau hantar kat rumah tukang jahit kat situ) maka kami bertiga pon berangkatlah menuju ke Cameron Highlands!!! Wah macam jauh sangat je Cameron Highlands tu kan, padahal kat atas bukit belakang rumah aku je.  

Pegi jugak lah memandangkan si John tu katanya dah lama tak jejak kaki kat kemeren tu. Ok lagipon bukan time cuti sekolah. So rasanya tak jem la kot??? (Kot? padahal sampai je atas tu berkerumun kereta tah datang dari mana menyemut je jalannya). 

Petik-Petik Strawberry Di Ladang Strawberry 

Ok jom aku cerita apa yang kami buat kat kemeren tu... macam  biasa la pegi petik-petik strawberry. Ha kalau nak feeling-feeling macam ada ladang strawberry sendiri pastu boleh petik-petik sesuka hati boleh lah terai kat Cameron Highlands ni. Kalau tak silap aku , kena bayar RM 25 ringgit rasanya untuk petik dalam setengah kilo strawberry. So apa lagi, bermulalah acara memetik strawberry... nasib baik la strawberry yang ada kat ladang tu besar-besar dan dah masak... kalau kecik-kecik terpaksa la jerit kat tuan punya ladang tu "pulangkan wang kami!!!"... hehe.

Kami memetik strawberry kat sini.
Nampak tak bebuah strawberry yang  masak ranum itu?
Melalui cecelah batas ni ibarat seorang pengusaha ladang strawbery yang berjaya!
Sengaja membokehkan gambar John sebab nak suruh pembaca semua fokus pada gambar Tansree Coco di belakang tu. Lihatlah betapa gigihnya beliau memetik strawberry.
Ok sekarang baru fokus kat depan pulak... lakonan semata-mata.
Lepas dah habis petik strawberry, kami pon pergi la mencari-cari tempat tinggal. nak dijadikan cerita, kebanyakan hotel kat situ penuh pulak hari tu! Jenuh tau pergi dari satu hotel ke satu hotel, macam buat servery rukun tetangga je... akhirnya dapat la satu hotel ni, namanya Brinchang Hotel. Ye dekat pekan Brinchang tu la, betul-betul kat tapak pasar malam lama. Tapi masih boleh jalan kaki ke  pasar malam di tapak baru! Lepas dah check in dan mandi... kami keluar semula untuk ke pasar malam. Tujuan utamanya mesti la untuk cari makan malam. Lapar giler weh sebab tak makan sejak dari Seri Iskandar tu lah. 

Banyaknya strawberry masak ranum... sapa mau? Pi petik sendiri.
Hasil tuaian kami. Tak seberapa pon...
Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highland ni boleh dikatakan best jugak la, sebab ada orang jual strawberi celup cekelat! Cube pegi pasar malam lain kat Malaysia ni ada tak orang jual mende alah tu??? Kalau ada bagitau kat aku ye. Di samping tu banyak jugak la sayur-sayuran fresh yang dijual kat situ dan harganya berpatutan juga. Tapi malam tu memang ramai la manusia, siap berlaga bontot la masuk kat pasar malam tu. 

Dah jumpa apa yang kami cari, kami pon balik semula ke hotel dan makan. malam tu tak de buat apa sangat sebab denat kan. so tengok cerekarama sambil tido je la. 

Pstt: takde amek gambar pon malam ni sebab MALAS. hehehe.

Mossy Forest

Keesokan paginya, kami terjah Mossy Forest. Kalau dulu aku memang pernah sampai la tempat tu, tapi aku tak ingat sangat jalan nak kesana. Berkat usaha kami melihat signboard akhirnya jumpa la jugak. Kalau nak senang, ikut je arah nak ke Sg. Palas Boh Tea Plantation. Ha Mossy Forest tu dah dekat-dekat situ la, cuma jalan nak naik ke atas tu agak sempit dan mengelirukan. Jadi pepandai la cari ye.

Pemandangan yang indah kan? Rumah pekerja pon comel sama kaler.
Laluan ke mossy forest.. berkabus dan sempit.
Singgah kat menara tinjau ni dulu...hmmm tak nampak apa sebab berkabus tebal.

Ok jom masuk mossy forest... nak ikut mana? Perak ke Pahang? hehehe
Jambatan yang dibina merentas hutan.. tak tau sampai ke mana sebab kami tak jalan sampai hujung pon.
Banyak gile lumut tumbuh kat hutan ni... tak caya???
Cer tengok ni...ada berani lalu situ? Hahaha.
Dulu sekitar tahun 2008 kot masa tu ada penggambaran PGLM kat sini...lepas tu ada isu yang kru produksi PGLM tu tinggalkan je barang-barang produksi yang tak guna kat situ.. ish habis jugak la kena kritik. Tapi sekarang nampak macam dah elok dah tempat tu dan makin panjang pulak jambatan merentas hutan tu. Kami jalan tak sampai hujung pon sebab sejuk dan penat kekeke. So sampai separuh jalan, kami patah balik dan bergerak turun semula...

Ke mana pulak lepas tu? nanti aku sambung cerita yer. Layan gambar je la ye.

Bersambung.... 

WASSALAM

Comments

  1. Masih sejuk lagi ke Cameron Highland? Beberapa tahun lalu saya ke sana, tak sejuk pun. Masalah global warming & deforestation.

    Tapi masa zaman saya sekolah dulu, saya ke sana, cuaca sejuk sangat masa tu.

    ReplyDelete
  2. Kak NA:

    Bergantung kepada keadaan kak. Kalau baru lepas hujan memang sangat sejuk.. dan kebiasaannya waktu pagi memang sejuk jugak. Tapi kalau dah menjejak ke tengahari, dah tak ada bezanya dengan tepat2 lain...panas.

    Ye tapi dulu mmg sejuk giler kan. saya ingat lagi masa pegi zaman2 kecik dulu...memang sepanjang masa kena pakai baju sejuk.

    ReplyDelete
  3. errk..mahalnye rega strawberry itu.. setengah kilo RM25?

    Mossy forest tu nampak sangat angker ...

    ReplyDelete
  4. strawberry tu....time makan kat atas sinun..manis jeee..siap beli strawberry bersalut coklat lagi..

    Sampai shj di KL..rasa sedidit masam compare ketika mkn di cameron..maybe sbb cuaca kot..

    ReplyDelete
  5. santeknyer gambarrrrrrrrrr! nampak cantek gadis lalang serta stroberi itew...

    walaupun i takut pacat dan tak brani nak gi mossy forest tu...ada pacat tak? eiii terbayang2 jer dia melentik2 kejar kaki! eiiiiiiii! i hate animal without feet!

    ReplyDelete
  6. Alamak dari kecik selalu je pergi Cameron tapi tak pernah sampai mossy forest tu. Kete tak mau naik! :P

    ReplyDelete
  7. ohmaii santeknyer pic... Lame x masuk utan.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. untungla rajin buat entry yang lama! hiks! terima kasihhh!!!

    ReplyDelete
  9. kan? rajin betul recall memori untuk entry kameren..(eh? kelly kasel ada entry tak?mcm tak de je?)

    menyemut? tatabahasa baru...tatau akak...

    iya..gadis lalang yg ayu itulah akak dgn mas...awww..(hahaha....gile perasan!!)..

    petik stoberi? huh? akak kena abiskan petik???

    ReplyDelete
  10. Azra:

    Haah memang mahal.. tapi dek kerna nak jugak memetik strawberi di dalam ladang, maka bayar je (sambil buat2 tak perasan sedang membayarnya hehe).

    Mossy forest tu memang angker .

    ReplyDelete
  11. JM:

    Haah memang ramai orang cakap cebnggituh, sebab tu masa nak turun ke bawah kami habiskan makan strawberry dalam kete ... nikmat sangat sambil nyanyi2 lagu westlife.

    ReplyDelete
  12. Biqque:

    Ha gadis2 lalang tu memasing pose di tengah panas yer... sebab tu lawa hahaha.

    Rasanya macam takde pacat je biq kat situ.

    ReplyDelete
  13. Umar Kadir:

    Ha kalau tk pernah pg bolehla pegi lepas ni... jangan naik keter, naik basikal je kompom boleh naik.

    ReplyDelete
  14. Henry Fox:

    Memang tengah rajin ni... lepas ni nak buat entry dukun gunung pulak.

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:

    Ye la mementang la dia dah habis buat entry kemeren, over tau!

    memamng menyemut tu bahasa pasar.

    ReplyDelete
  16. Iza hyun J

    Ha apa lagi, sila tulis dalam list. hehehe

    ReplyDelete
  17. dari sri iskandar ke cameron higland tu berapa jam perjalanan ya?

    ReplyDelete
  18. Nur Hielyana:

    Dari seri iskandar kencameron dalam 2 jam ikut keadaan jalan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…