Assalammualaikum!
Amacam dah masuk hari ketiga berpuasa, dah ada yang nak beraya dah ke? Sabar ye, ada berapa minggu lagi nak kena puasa. Ibadah wajib untuk semua umat Islam tu. Ok jom aku cerita kemana aku pergi minggu lepas.
Aku rasa ramai yang dah tau kemana sekumpulan manusia tak reti duduk diam pergi minggu lepas sebaik saja teaser blackout keluar kan? Terang-terang tulis kat situ yang kami nak menjejak Mahsuri, dah kompom la kami terjah Langkawi! Macam biasa la, memang tiap-tiap tahun kami akan buat aktiviti bersama, travel bersama dan yang penting kumpul ramai-ramai sambil berkongsi cerita. Diam tak diam dah masuk tahun ketiga rasanya kami buat aktivti gathering ni (walaupun ada yang jumpa tetiap minggu!). Wah lama jugak dah kami kenal kan, alhamdulillah hubungan kami sentiasa dipelihara.
Ok sebenarnya kenapa Langkawi? Idea untuk trip tahun ni semuanya muncul masa kami melepak ramai-ramai kat port biasa kami la, restoran Hayaki. Masa tu masih awal tahun 2013 dan memasing tak ada plan lagi nak pegi mana...kalau trip dulu kami ke Singapore, kemudian ke Taiping...(makan satey Pak Ein), kemudian ke Pulau Redang, so tahun ni kena lah pikir tempat yang dekat-dekat je memandangkan memasing makin bizi dengan tugas harian. Lantas (ewah perkataan lantas pulak dah) Pulau Langkawi dipilih untuk destinasi trip rombongan Mak Esah kali ni, salah satu justifikasi kenapa Langkawi dipilih adalah, Miss B memang tak pernah pegi Langkawi, dan ada juga yang kali terakhir jejak tanah Langkawi tu berbelas tahun yang lalu....sedeyh betol hidup korang ni tau! Hahaha.
Maka sebulat suara semua setuju nak buat trip ke Langkawi. Maka berita pon disebarkan, dan gigih la masing-masing cari tiket murah untuk ke Langkawi. Ada yang kata nak naik bas la, ada yang kata nak drive sendiri la, dan yang penting ramai yang nak naik flight sebab masa pon singkat dan kami hanya ada 3 hari je di Langkawi. Oh ya, tarikh yang kami pilih pulak, memang sama macam tahun lepas, minggu sebelum puasa! Haha tatau la, suka benar buat trip minggu sebelum puasa... ambik berkat katanya.
Maka setelah dikira-kira dan setelah berbulan-bulan berlalu akhirnya masa yang dinanti pon tiba. Walau tak semua yang boleh join (keluarga bahagia Ely, Fatt, Lily dan MasMZ tak dapat hadir atas alasan tersendiri) tapi plan tetap diteruskan, kali ni dengan kehadiran traveltodd Miss Aqilah! Mode pengangkutan juga semuanya menaiki kapal terobang tapi jenama lain-lain. Ada yang naik AirAsia dan ada yang naik FireFly. Dan masa bertolak pon lain-lain ye sebab masing-masing beli tiket sendiri ikut masa harga promo katanya. Lantakla janji kami semua sampai ke destinasi yang dituju, hehehe.
Ok meh aku cerita part aku. Aku, John, kak Coco, Dan Arif dan Maszuber bertolak dari Lapangan Terbang Subang pada jam 10.50 pagi. Perjalanan dari Lapangan Terbang SSAAS ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang satu jam. Ini jugak merupakan kali pertama aku menggunakan perkhidmatan FireFly, kalau tak sebelum ni mesti naik AA. Memandangkan harga tambang pon agak murah ketika itu, maka why not kami cuba FireFly kan. Cuma agak lecehnya nak kena naik dari Subang, yang agak susah nak pergi menggunakan pengangkutan awam dari rumah aku.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi |
Tema percutian kali ni adalah "Trolly Dolly!" |
Sementara menunggu Chawana, Biqque, Shahrul dan Miss B tiba, kami bergerak menuju ke Homestay Tok Jah, yang terletak di Pantai Chennang. Memang kami pilih homestay ni sebab bilangan kami yang ramai, dan MasZuber dah pernah menginap kat situ. Jadi dia dah kenal dengan pemilik Homestay Tok Jah tu. Kedudukan homestay ni betul-betul di Pantai Chenang dan berhampiran jalan utama. Cuma malangnya, sepanjang kami menginap kat situ, berlaku krisis air kat Langkawi. Katanya berlaku banjir besar sehari sebelum kami datang yang menyebabkan bekalan air mentah terputus di beberapa kawasan termasuklah di Homestay Tok Jah ni. Takpe tu nanti aku cerita.
Setelah memunggah beg dari dalam van, dan berehat-rehat sekejap di hometsay, kami pon keluar semula ke airport untuk pick up keluarga Chawanna, yang tiba pada jam 2.00 petang. Sempat jugak singgah kat kedai hardware untuk pecahkan kunci mangga beg John, sebab dia tertinggal kunci kat KL. Apa daaaa. Lepas ambik Chawanna kat airport, kami pon pegi makan tengahari. Lokasi makan tengahari pada hari itu adalah di Restoran Jom Ikan Bakar. Katanya kedai tu femes, mungkin la sebab aku tengok ramai giler orang makan kat situ. Apa yang menariknya, minuman tak dikenakan bayaran, so boleh refill banyak kali pon takpe. Kedai tu kawan kepada Kak Coco yang perkenalkan. Ok la, makanannya boleh ditelan dan sedap.
Nak tau kat mana lokasi Restoran Jom Ikan Bakar ni? Lokasinya tak jauh dari Lapangan terbang Langkawi, berdekatan dengan roundabout yang ada banyak sculpture batu pelik-pelik tu di Padang Mat Sirat. Koordinat lokasi adalah N6.34895 E99.73178. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk kat belog ini ---> JuadahMalaysia
Dah habis makan, kami kembali semula ke airport untuk menjemput Biqque, Shahrul dan Miss B yang tiba pada jam 3 petang! Haa kan aku cakap tadi, kami pergi asing-asing... makanya berkali-kali la ulang alik ke epot. Driver kami hari tu adalah Dan Arif yang sangat cekap memandu van panjang! Kagum jugak la sebab kalau aku yang bawak mesti dah sagat sana sini, hehehe.
Dengan ketibaan Biqque, Shahrul dan Miss B maka lengkaplah ahli rombongan Mak Esah kali ni. Muat-muat je satu van tu. Memang meriah la. Jadi petang tu, kalau nak kemana-mana memang tak sempat rasanya, maka kami mulakan aktiviti rombongan kami dengan acara SHOPPING!!! Keputusan dibuat memandangkan hanya petang tu je masa yang sesuai untuk shopping di Pekan Kuah sebab jadual kami untuk esok dan lusa memang dah padat. Maka petang tu, memang kami meronda-ronda di Pekan Kuah sambil cari coklat. Mula-mula tu nak pergi kedai Haji Ismail Group, tapi sampai-sampai je depan pintu, pak guard bagitau yang kedai tu blackout! Omai, macam tau-tau je kami ni pon ada buat blackout nak pegi Langkawi, hah memang blackout sungguh la jawabnya. So tak jadi nak shopping kat kedai Haji Ismail Group, kami terjah Langkawi Saga yang memang betul-betul ada depan kedai Haji Ismail Group tu. Apa lagi makanya ratusan ringgit la melayang setelah masing-masing memborong berbakul-bakul ceklat. Aku borong sikit je sebab tak ada sape kirim hahaha.
Lama jugak la kami menuai kat Langkawi Saga tu, lepas tu sambung pulak menuai kat Haji Ismail Group sebab bekalan elektrik dah kembali pulih. Dah habis menuai, kami pon menuju ke Datarang Lang, ala yang ada replika burung helang gergasi tu. Aku pun sebenarnya baru dua kali pergi situ. Nak ambik gambar pon ramai sangat orang, so tak dapat la nak ber angle-angle cantik sangat. Paling seronok mestilah si Aqilah tu, berlari-lari bagai dia kat situ, suruh orang kejar dia. Comel. hehehe.
Kami tak lama kat Dataran Lang tu sebab hari pon dah senja, lepas habis bergambar, kami semua kembali ke Pantai Chenang untuk makan malam. Malam tu kami decided untuk makan seafood. Nama restoran tempat kami makan tu adalah Restoran Haji Ramli yang terletak di tepi jalan Pantai Chenang. Memang ramai orang malam tu, tapi sebab kawasan restoran tu yang agak luas maka banyak jugak la meja-meja disediakan. Malam tu memang kami makan habis-habisan, siap ada ikan masak stim, masak tiga rasa, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah rezeki, sambil makan sambil mengumpat sambil bersembang... fuhh terbaikkkk...
Lepas makan, kami semua balik ke Homestay Tok Jah. Penat dah weh seharian berjalan, sampai je homestay masing masing dah flat. Tapi tak terus tido! Sambung balik sesi menganyam ketupat sampai ke pagi hehehe.
Ok nanti aku sambung cerita seterusnya...kisah full day di Langkawi.
WASSALAM.
OMG..mengigil2 aku baca entry ni, maklum la opis sejuk hahaa..weh aku lapo terus teringat makanan tengahari hari 1st tu..sedapnya!! Motif nk amik gambo aku betulkan pin tudung!!?
ReplyDeleteFYI, Kinder Bueno tu Aqilah dh makan 2 paket dah, nyesal aku tak beli bebanyak!! bak sikit ko punye??
SUKAAAAAAAAAAAAAAAA! SUKA SGT2! cite la lagi! cite la lagiiiiii!
ReplyDeletenampak nor peha aku beso dlm gambar tepi byya ngan na tu...tapi takpe, i loike!
part sumpah mahsuri kita buat blackout tgk2 blackout betul tu lawak hahaha! mekasih la dtg amik kat epot...grand entrance katanya...
Makanan tu merudum jiwa btl...ha..ha.. lama dh x ke langkawi. Last skali 2010 rasanya.. janggel keja gomen kan? tau x kat sana pon ada rpp? Dkt federal villa..rm55 for a double bed room. Anyway, me n family pon ada beli tiket ke lngkawi cuti sek ujung thn ni... tp may be x dpt p coz ada saudara terdekat kawen pulokkk...hu..hu..
ReplyDeletehamboi
ReplyDeletelajunyer entry?
wahhhh!!!!
akak kagum dengan kebolehan dan kegigihan janggel mengupload entry..
(demi peminat katanye?)
sebijik sebijan citer...
hahaaha..akak suka
(mode : baru lepas kena audit-pala tengah bengang..baca blog nih..
bengang pun hilang...wah..pantun!)
menciklaaaaaa.....
ReplyDeleteambe pasrah lagi buat sekian kalinya.... yang penting sekali i taw korang g kedai coklat.... mana i nyer???? maner???? maner?????
Untunglaaaa Aqilah bercuti dengan kengkawan.... Ramai leh dipaw tu.... Weeeeeeeeeeeeee :D
wahh..travelholicawesome yg pertama kluarkan entry pasal langkawi..xpress!!!..kak Anash tak jelezz ker eheheeh
ReplyDeletehahahhahah nak buat macam mana kunci tertinggal dalam kete! nasib baik ade kedai hardware tlg pecahkan padlock tuh! hahaha..
ReplyDeletepapepun, best trip for us! makanan tu kecur air liur lak.
Chawanna:
ReplyDeleteHAhaha untungla boleh gigil2 sejukkkkk.... cekelat aku pon penuh satu petiais lagi weh, tak berusik pon hahaha.
Biqque:
ReplyDeleteTerpaksa la gigih habiskan cepat sebab tengah rajin ni.. hehehe.
Hahaha blackout sungguh lah katanya
Farikica:
ReplyDeleteYe tau ada rumah persekutuan kat sana.. pernah nak duduk situ dulu skali tapi tak dapat sebab penuh. biasanya org book 5-6 bulan awal.
Now 3 mnths in advance je. Blh book online trs di website bph... mcm duta bph plak..ha..ha..
DeleteKak Anash:
ReplyDeleteGitew.. silalah bertabah demi kekalahan hahaha.
MasMZ:
ReplyDeleteOps (simpan peti ais bawah katil)
JM:
ReplyDeleteHahaha luar tabiie
HF:
ReplyDeleteGitew
Lenkali pakai kunci yang ada no tu senang, haha
Farikica:
ReplyDeleteOooo 3 bulan eh.. ok thanks.
Emm nak tanya , kalau dari airport nak ke kedai haji ismail group tu dalam brapa minit ek ?
ReplyDeleteAlvaro:
DeleteDalam 15-2o minit.
Salam..sy siti..nak tanya...homestay tok jah tu ok x? kebersihan mcm mane... sy nk pergi bulan jan 2015.....
ReplyDeleteViolet
DeleteHomestay tok jah tu ok bersih. Recommended.