2013-07-14

#Travelholicawesome Terjah Langkawi (Part 2)

Assalammualaikum!

Sementara tengah rajin ni, baik aku habiskan cepat-cepat taip entry yang bertimbun tertunggak. Amacam puasa? Terjebak ke jual makanan harga bertaraf KLCC kat Pasar Ramadhan? Tak boleh blah betul peniaga-peniaga PARAM semua sekarang ni, letak harga macam jual kat restoran mewah, kuih muih tu kalau dulu laku la jugak 5 ketul 2 hengget, tapi sekarang ni melampau-lampau pulak seketul 50 sen. Diorang ingat kuih diorang tu taraf jual kat KLCC ke hapa... takde la sedap sangat pastu saiz kecik pulak tu. Ha korang jawab la kat Neraka esok.

* * *

Ok jom sambung kisah #travelholicawesome di Langkawi. Setelah melalui hari yang memenatkan semalam, dan bersembang sambil mengumpat di sebelah malamnya pula, maka hari kedua di Pulau Langkawi bermula dengan hujan selebat-lebatnya di waktu subuh. Gila best tidur time tu, siap berkongsi-kongsi selimut lagi tu sebab sejuk yakmats! Dalam kepala otak pikir, habislaaa plan nak meronda-ronda pulau hari ni, tapi mata masih pejam sambil peluk bantal. Lama kelamaan hujan pon makin merenyai... (cewah ada ke perkataan merenyai?) Jam pun dah pukul 8 pagi, masing-masing take turn mandi secebok dua (kes catuan air sebab bekalan air paip memang terputus sejak dua hari lepas). Sambil-sambil tu jugak cek status Langkawi Cable Car kat twitter diorang, dan katanya perkhidmatan cable car ditutup sekejap akibat hujan dan akan dibuka secepat mungkin. Demmmm terus spoil program pagi tu. So disebabkan terpaksa tunggu sampai cable car bukak maka kami pon tukar plan... nasib baik ada plan B.


Hari ni kami semua pakai baju kaler pepel! Heheh.
Ni sign board Tok Jah Homestay
Kami keluar rumah hari tu sebenarnya dah pukul 10.30! Hahaha hambek ko, siap diorang nak bertata rias bagai, redho je la keluar lambat. Destinasi pertama yang ditutup semestinya kedai makan! Kami makan kat kedai depan homestay Tok Jah ni aje, betol-betol tepi jalan Pantai Chenang ni... depan Underwater World Langkawi. Dah alang-alang sampai kedai makan pukul 11, makanya semua amik keputusan untuk brunch aje.

Ok nama restoran tempat kami brunch tu adalah Harum Aroma Cafe. 
Tengok la Aqilah tu, minum air segelas dah cukup... tak payah makan pon takpe hehehe.
Brunch pon ada set timing tau, 30 minit je tak boleh lebih... alhamdulillah semua peserta menepati masa . Cewah dah macam program MasterChef pulak siap ada tukang counting masa.

"Anda hanya ada masa kurang 10 minit untuk suapan terakhir!" kata orang tu (entah laki sapa la yang kata tu). lepas habis makan, kami semua bergerak menuju ke destinasi pertama untuk hari ini, yakni Kompleks Warisan Mahsuri! Driver kami untuk hari ini adalah Mr. Cawan yang sama hebatnya memandu Van panjang sama macam Dan arif.

Pemandangan sepanjang perjalanan.
Sebenarnya memang dah berpuluh tahun jugak la aku tak jejak kaki kat tempat Mahsuri ni, kali terakhir seingat aku adalah masa darjah 4 ke darjah 5 dulu...gile lama kan! Nampak je pintu gerbang nak masuk ke Kompleks Warisan Mahsuri tu terus tekata-kata dalam hati : "Dulu tak macam ni tempat ni... hmmm dah lain yer... bagus la ye diorang buat proper tempat ni untuk pelancong"... kata hati aku la masa baru-baru sampai tu.

Kompleks Warisan Mahsuri

Masing-masing pon macam jakun jugak la sebab rata-rata semua macam belum pernah sampai kat Kompleks Warisan Mahsuri ni, kalau pernah sampai pun entah bile tah beberapa tahun yang lalu. So dengan rakusnya kami pun terjah la masuk ikut pintu utama. Masa tu banyak aktiviti construction dan renovation sedang berjalan di sekitar kompleks. Haaa time ni memang dah spoil mood. Kalau dah buat renovation bagai, buat apa bukak untuk pelancong? Ok sabar dulu sabar....


Harga tiket masuk ke Kompleks Warisan Mahsuri ni adalah RM 7 sekepala untuk dewasa. Untuk kana-kanak aku tak ingat berapa, nanti korang tanya la kat Chawanna sebab dia bawak Aqilah hehehe. So dengan harga RM 7 ringgit, maka expectation kami untuk masuk ke dalam Kompleks Warisan Mahsuri ni adalah tinggi la kan. So beramai-ramai la kami beratur masuk ikut pintu kecik yang ada kat tepi kaunter beli tiket tu. 

Gambar Aisyah, keturunan ke 7 Mahsuri.
Ada dua kaunter tiket, untuk local dan untuk international.
Masuk je kami di sambut dengan gadis-gadis pemain gamelan ... tapi show dia tak sampai lima minit dah habis, ingat kan ada la main dua tiga lagu, tapi bile tengok gadis-gadis tu buat nyadin je muka bila orang request lagu lain, maka fahamla kami yang diorang memang dibayar untuk perform satu lagu tak sampai 3 minit tu kot sehari. Sama la kot konsepnya macam kat Shangri-la Park kat Yangshuo, China tu, bila ada orang lalu je baru diorang start show singkat diorang.

Pemain Gamelan
Masuk ke ruang pameran kedua, ada la pameran patung-patung yang menggambarkan keadaan perkampungan Mahsuri satu ketika dulu. Mula-mula macam tak berapa paham sangat situasi apa yang dimaksudkan dengan susunan jalan cerita patung-patung tu, so pergi la cari papan info... malangnya papan info yang ditanpal dengan kertas A4 tu je pon dah koyak! Macamana la orang yang datang tu nak baca? Kan ke kuang hajaq namanya tu? So terpaksa la proceed je masuk ke ruangan seterusnya.

Tak berapa paham.
So lalu la depan makam Mahsuri. Kalau dulu aku ingat lagi, makam / kubur Mahsuri tu tak macam yang ada sekarang ni, dibina bulatan besar dan banyak rumput di atasnya. Tak silap aku, dulu masa kecik-kecik aku datang, makan dia bebentuk kubur biasa je, yang ada batu mar-mar putih di atasnya. Sekarang ni ada pagar pulak kat keliling makan ni, mungkin tak bagi orang masuk dan mengelakkan kejadian-kejadian khurafat berlaku. Ok faham.

Makam Mahsuri.
Seterusnya lalu pulak kat depan Rumah Kedah, kononnya macam rumah keluarga Mahsuri dulu la. Tapi malangnya rumah tu siap di block dengan cordon tape tak bagi orang masuk sebab tengah di renovate. Hampeh lagi, siap tengok papan-papan tanda kat dalam Kompleks ni pon semuanya uzur dan usang, kebanyakan tulisan kat papan kenyataan yang ada semuanya tak boleh / sukar dibaca. Pendek kata, dhaif sungguh la Kompleks Warisan Mahsuri ni.


OK, dari Rumah Kedah tu, lalu pulak kat Telaga / Perigi Mahsuri. Haaa kat sini la dulu aku tengok ada orang mandi la, basuh muka la dan minum air perigi tu. Sekarang ni perigi tu masih sama, siap ada perusahaan membotolkan air perigi tu dan dijual. Kononnya air perigi tu kalau dibasuh pada muka akan menaikkan seri muka? Betul ke tak, wallahualam. Katanya kat perigi ni la dulu Mahsuri mandi manda dan air tu juga digunakan untuk kegiatan seharian. 


Dah habis pusing-pusing kat luar, kami masuk pulak dalam Muzium Warisan Mahsuri. Dalam ni sejuk sikit, sebab ada ekon.. lega wehhh sebab kat luar tu panas giler! Maklumlah dah tengahari!. Dalam muzium ni ada la macam-macam diceritakan pasal sejarah Mahsuri, dan beberapa replika barang peninggalan nya serta salah silah ahli keluarganya sehingga sekarang. Bagi aku, dalam muzium ni aje yang elok dijaga. Kira ok la, siap ada tayangan vidio bagai.

Tourism Malaysia, silalah buat sesuatu pada Kompleks Warisan Mahsuri ni, malu la kalau pelancong asing datang tengok sebab diorang pon bayar jugak tiket nak masuk dalam tu.

Jom pegi tempat lain pulak.
Buffalo Park, Langkawi

Dah habis pusing dalam Kompleks Warisan Mahsuri, kami pun keluar untuk ke destinasi seterusnya. Kali ni kami akan ke Buffalo Park / Farm yang terletak tak jauh dari Padang Mat Sirat. Lokasi sebenarnya di Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Cabang, Langkawi 07100, Malaysia.  Sebenarnya ramai yang tak tahu, di Pulau Langkawi terdapat sebuah ladang kerbau yang menghasilkan Cheese Mozzarella antara yang terbaik di dunia! Ha mula-mula kami pon tak percaya , tapi bila dah tengok sendiri di Buffalo Park ni, baru la percaya. Lokasi Buffalo Park ni agak tersorok dan masuk ke dalam kampung sikit... siapa-siapa tak perasan signboard memang susah nak jumpa. Lagipon, ianya merupakan private farm... so tak terlalu dikomersilkan la. Tapi menarik jugak la untuk singgah kat situ dan tengok apa yang ada.


Kat situ jugak ada disediakan kelas belajar buat cheese dan ice cream. Boleh rujuk kat laman web diorang untuk maklumat lanjut. Sepanjang di Buffalo Park tu kami di bawa melawat ke dalam kawasan kandang kerbau. Harga bayaran nak masuk dalam kawasan kandang tu adalah RM 3 sahaja. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang apa yang berlaku kat situ, lebih kurang 60 ekor kerbau dipelihara di situ dan ianya terdiri dari spesis tempatan dan India. Kalau nak tau, yang baka India, tanduknya memang melengkok bulat... tapi kalau baka tempatan, tanduknya berbentuk sabit.

Makcik ni tengah menguli mozzarella! Kelasss sangat.
Menurut encik yang memberi penerangan kat kami tu, kalau baka Siam, tanduk kerbaunya boleh menjangkau sedepa untuk sebelah tanduk saja! Haaaa panjang gila kan! Lepas tu ada pulak sekor kerbau albino kat situ, katanya pemalu dan tak suka bergaul hehehe.

Cantik tak rambut saya?
Pusing satu kandang.
Eh ni bukan mati yer... ni cara yang betul diorang tido.
Diorang ni tengah belajar buat ice cream Cheese
Sapa-sapa nak naik kerbau dan bergambarr dengan kerbau pon boleh, tapi kena la bayar. Kalau tak silap aku nak naik kerbau kena bayar RM 20. Tapi kami tak naik la, malas nak berbusuk-busuk dengan kerbau. Bau diorang memang kena la dengan pepatah yang mengatakan, "ko ni busuk la tak mandi, macam bau kerbau!" Ha macam tu la perumpamaannya.

Masa kat Buffalo Park ni hujan turun dengan lebat semula. Ha terpaksa la lepak kejap kat situ sambil makan cheese mozzarella dan steak kerbau. Heheh alasan baik punya. saja nak rasa katanya... ok boleh tahan sedap cuma daging kerbau ni liat sikit. Tak cukup empuk... (Lagi komen macam MasterChef). Bila hujan dah berhenti sikit, kami terus bergerak menuju ke Oriental Park di mana letaknya tempak nak naik Cable Car! Redah je la mana tau ada rezeki dapat la naik.

Steak kerbau.
Mozzarella Cheese
Oriental Park, Langkawi

Di Oriental Park ni, ada macam-macam kedai jualan cenderamata trersedia. Memang banyak pelancong yang datang ke situ untuk naik cable car.! Alhamdulillah hujan pon dah berhenti masa tu. Tapi bila tengok orang beratur nak naik tu, punyalah ramai. Menurut petugas kaunter jual tiket tu, Q time masa kami beli tiket tu adalah sejam.! Wahhh lamanya... tapi dek kerna nak naik jugak cable car (atau sekarang diorang panggil Sky Cab) maka tabahlah kami beratur sambil mengumpat. Oh ya lupa, harga tiket untuk pemegang MY Card adalah RM 15 untuk dewasa. Tanpa MYcard, harga adalah RM 30.



Masa ni keluarga Chawana tak ikut naik sebab Miss Aqilah tengah tido. Maka hanya kami berlapan je naik. Masa beratur tu, hujan turun bukan main lebat lagi. Masa tu dah pasrah je takut tetibe perkhidmatan dibatalkan.. huhuhu. Alhamdulillah perkhidmatan sky cab ni masih berjalan lancar. Maka naik la kami ke puncak Gunung Mat Cincang setinggi 700 meter dari aras laut tu dalam keadaan hujan renyai. Ish memang tak nampak langit biru langsung!

Sampai atas tangga haaaa kami beratur
Kami juga dimaklumkan yang Sky Bridge (yang juga merupakan tarikan utama pelancong dunia) ditutup untuk penyelenggaraan! Memang pasrah je la. Kesian Biqque, katanya 7 tahun dulu masa datang sini dia tak dapat nak naik Sky Bridge tu, dan kali ni dia menerima nasib yang sama! Kesian ko Biqque, dah bukan rezeki ko nak lompat-lompat atas Sky Bridge tu, takpe la kan, gambo dari jauh pon jadi la.

Masa kami tanya kat salah sorang peniaga kat atas tu, dia cakap Sky Bridge tu dah setahun lebih ditutup! What??? Setahun lebih??? So selama setahun lebih tu apa yang dibuat diorang? Macam takde tanda-tanda nak dibukak pon. Orang tu siap kata, mungkin takkan dibuka selama-lamanya! Huhuhuha kesian la sapa yang datang tu kan... mujurla aku pernah merasa naik Sky Bridge ni dulu.


Dah hampir jam 4 petang maka kami pon turun semula ke bawah. Cuaca pon semakin baik tapi masih tak nampak matahari. Lokasi seterusnya, kami singgah di sebuah jeti kapal layar dalam perjalanan pulang ke Pantai Chenang. Aku pon lupa nama jeti tu. Tapi memang cantik la tempat tu, betul-betul belakang Petronas. Kat situ kami pon buatla gambar Pre-Wedding pasangan yang berdarah manis tu...heheh suka sebab banyak dapat gambo lawa!

Suka betul si Aqilah ni berlari sana sini.
Segmen anak ngan bapak katanya.
Tu diaaaa pasangan Mak Esah bergaya.
Yang ni pulak pasangan berdarah manis! (Syuhhhh syuhhh sambil halau semut)
Lepas habis bergambar di jeti, kami nak pegi pekena Laksa Tepi Airport! Katanya kat situ ada banyak gerai laksa kedah yang sedap. Petang tu kami singgah di Gerai Zul Laksa. Fuh memang terangkat la laksa Kedah dia. Sedap dan recommended. Sesiapa yang nak terai laksa, sila cari kedai Laksa Zul ni. Dia pakai van putih je, betol-betol tepi Airport Langkawi. Memang ada banyak gerai kat tepi tu tapi peandai la pilih ye, sambil makan laksa, makan pulak nasik lemak bungkus!~ Fuh memang terbaik! Sambil-sambil tengok kapal terbang landing pulak tu. (Sorry la gambar memang takde nak tepek kat sini sebab semua pakai henpon je heheh).

Dah habis pekena laksa epot, kami pon balik semula ke Homestay Tok Jah. Masa tu memang dah penat dah semua orang. So malam tu kami lepak-lepak kat homestay je sambil bersembang-sembang. Air pon masih tak ada lagi, mandi kena catu.... so apa lagi yang boleh dibuat melainkan baring-baring dan tido.... Eh malam tu sesi mengumpat diteruskan entah sampai pukul berapa tah... nasib baik la homestay Tok Jah ni ada ekon, so sejuk sejuk tido pastu hujan pulak tu memang terbaik!!!!

Esoknya kami dah nak balik dah! So nantila aku sambung ada sikit je lagi kisah kat langkawi ni... eh jap, cukup ke  nak buat satu entry lagi untuk last day ni? Hahah ,acam tak cukup bahan nak cerita je pulak.

OK la, aku sambung je la kat sini.

Nak dijadikan cerita , esok paginya jugak hujan lebat turun! Kengkononnya nak jalan-jalan la kat Pantai Chenang tu, terpaksa la ditangguhkan sampai hujan berhenti. Pagi tu memang kena catu masa jugak sebab flight kami nak balik KL adalah pada jam 12.40 tengahari. So tak banyak benda boleh dibuat sebelah pagi tu.

Macam biasa, kami brunch dekat kedai smalam yang kami brunch tu, depan Underwater World Langkawi. Lepas tu kami pegi ke Awana Porto Malai (sekarang ni dah tukar nama under Resort World), kami saja jalan-jalan kat jetty sambil ambik gambar.

Tak lama di Awana Porto Malai tu, kami singgah kejap kat Pantai Chenang. Terpaksa la singgah jugak kat pantai tu, takut nanti orang kata pergi Pantai Chenang tapi tak jejak ke pantai dia pulak kan,.... (tangan di bahu mata ke langit).

Akhirnya dapat jugak Miss B jejak Pantai Chenang.
Lepas di Pantai Chenang, kami ke Kampung Beras Terbakar! Ha tempat ni pon dah lama aku tak pergi, memang dah banyak berubah. Kalau dulu ada la orang boleh kuis-kusi kawasan beras terbakar tu untuk cari beras hangit. Tapi sekarang, kawasa beras terbakar tu dah dipagar. Hanya ada sepiring beras terbakar dipamerkan di dalam kotak kaca. Lepastu ada la orang tabir-tabur syiling kat dalam kawasan pagar kawasan beras terbakar tu, tak tau la apa motifnya, kurafat katanya.

Dari situ, kami terus ke airport. Sambil makan rambutan, kami tunggu masa nak berlepas je. Yang bestnya, kami berlepas ke KL pon masa lain-lain tau! Hahahha lawak sungguh. Apa-apa pon Black Out Travelholicawesome ke Langkawi ni sangat santai dan sempoi. Apa yang peting adalah hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kami semua. Dan kami dapat spend masa bersama-sama walaupun singkat, macam-macam cerita jugak kami dapat hehehe.

Ok insyaAllah trip tahun depan akan lebih meriah! Dengar-dengarnya kena seberang-seberang laut jugak!!! Kemana kah agaknya tu??? Tunggu!!~

WASSALAM.

17 comments:

  1. mana gambar aku dgn aqilah? tak kuar pun! sabotaj sabotaj!!! hahahah

    ReplyDelete
  2. Henry Fox:

    Motif? Ko yang x nampak? Hahaha

    ReplyDelete
  3. omg! aku yang orang kedah pun taktau wujudnya buffalo park ni, menarik!

    ReplyDelete
  4. Omg! Hebatnya ko abiskan semua dlm dua posts je! Aku banggaaaaaa hahahaha! Senang la idup dpt backlink nanti :)

    Apa2 pun best sgt. Harap2 tahun dpn dpt la pegi tempat "tu".

    Remember, gmbar cantik itu bonus tp moment bersama itu yg priceless. Sayang korang semua :)

    ReplyDelete
  5. untungla dah abis wrap langkawi
    senang le paste link aje pas nih
    hahahah

    iya..harap2 tahun depan kita dapat ke tempat 'tutttt'...
    moment
    priceless...
    indeed true

    ReplyDelete
  6. wahh..mmg enjoy the moment kan..cam big hepy family :-)

    ReplyDelete
  7. Rumah mahsuri tu memang paling kesian skali, sia2 betul... Kalau cenggini la diorg buat, aku pasti pas ni tinggai abuk je hahaha..

    Untungla dh abis post entry langkawi

    ReplyDelete
  8. oh maiiii

    entry langkawi dah abis????

    syabas bete!!!!

    thnx korang...aku sayang korang semua!!!

    ReplyDelete
  9. Orga:

    hahhhhhh apa lagi.. boleh la pi nanti. kekeke

    ReplyDelete
  10. Mak Esah Biqque:

    Gitew.. terpaksa la habiskan cepat sementara tengah naik syekh katanya.

    ya setuju... gambar tak cantik pon takpe janji moment tu ada hehehe.

    ReplyDelete
  11. JM:

    Ye we are big happy family! hehe

    ReplyDelete
  12. Chawana:

    Rumah Mahsuri tu... hmmm so sooo je.

    ReplyDelete
  13. Maszuber:

    Gitew.... sila blanja! ghahahaha

    ReplyDelete
  14. janggel,

    gitew la kekdahnya makan dgg kerbau..mmg lg kenyal dr daging lembu..

    org langkawi klu kenduri dulu2, mesti mkn dgg kerbau sbb lembu xde lg kt sane mase tu...

    ReplyDelete
  15. DATT:

    Haah memang tau org langkawi dulu takde lembu sebab tu banyak kerbau.
    Tapi dgg kerbau sedap.

    ReplyDelete
  16. Bro, xyah marah penjualis kuih2 tu. Bukan suka2 naikkan harga. Semua benda, dh xsemurah 10tahun dlu

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS