2013-07-22

Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 2): Sungai Palas Tea Plantation (Boh) and The Time Tunnel

Assalammualaikum!!!


OK dah puas mengeluarkan peluh mendaki Gunung Brinchang dan melawat Mossy Forest, kami pon turun dan singgah di Sungai Palas Tea Plantation, kalau tak kenal nama Sungai Palas ni, kita panggil je ladang Teh Boh... Ha kenal tak? Teh Boh kan femes, kalau tak kenal jugak tak tahu la.Sebenarnya aku baru je dua kali pegi Sungai Palas ni, selalunya mesti singgah Bharat Tea Plantation yang kat tepi-tepi jalan tu. Memandangkan nak masuk ke tempat Teh Boh ni agak ke dalam sikit, so mungkin sebab tu tak selalu singgah kot.

Sila perhatikan signboard betol-betol yer.

Dah sampai tu, parking kereta (alhamdulillah parking kereta free disediakan) dan terpaksa menapak dalam 300 meter menuju ke pusat sosial dan kilang teh tu. Jenuh jugak la masa menapak tu sebab kena mendaki tangga yang agak tinggi. Sambil-sambil tu dapat la lalu tepi-tepi pokok teh sambil ambik-ambik gambar... suka sangat la si John tu sebab tak pernah bergambar celah-celah pokok teh katanya.

Jom mendaki.
Laluan ke kilang.
Tu diaaa retis nak bergambar di celah-celah daun teh.
Naik tangga juga.
Masa tu dah dekat pukul 10 pagi rasanya... kami pon lepak la kat cafe di lereng bukit. Nak merasa breakfast di tepi ladang teh pulak. Sambil makan scones dan minum teh! Aleh-aleh nasik lemak jugak yang dibelinya! Hahah dasar tekak orang Melayu. Harga kat cafe ni agak mahal yer, sebungkus nasik lemak tu dah dekat 4 ringgit dah, lepas tu beli la ntah apa-apa kek yang ada kat situ, sebab takut lapar dikemudian hari. Di tambah pulak dengan bekalan Kapkek Tansree Coco yang sedap tu, memang rasa macam bersarapan pagi di pinggir gunung Everest! Hahaha over.

Sampai juga.
Ok cer layan je gambar-gambar yang ada. Nak makan nasik lemak tu jap.

Tansree Coco sedang meninjau kawasan lepak terbaik.
Sementelaah kami beratur beli nasik lemak.
Sambil-sambil tengok kek dan tart.
Dan juga tengok je kat sardin puff tu.
Kemain ramai umat manusia pagi tu. 
Juadah sarapan pagi kami... eh jap, mana kapkek Tansree Coco????
Ha gambar ni ada gambar Kapkek Tansree Coco.
Layan pemandangan ladang teh nan menghijau.
Dah habis makan dan bergambar, kami sakuk sekejap ke dalam kilang pemprosesan teh. Kira ok la, dalam kilang tu dah siap ruangan untuk para pengunjung tengok proses-prosesnya dari memetik teh, memamnggang, mengisar dan sampailah ke bungkusan semua ada sebelum di hantar ke tempat lain. 

Lawat kilang teh pulak.
The Time Tunnel, Cameron Highlands

Destinasi seterusnya yang kami tuju adalah the Time Tunnel. Ha tempat ni memang aku tak pernah pergi. Kalau tau pon sebab lalu lalang depan tempat ni je tanpa singgah. So kami ambil keputusan untuk singgah di Time Tunnel ni untuk tengok apa yang ada dalam ni. Sebenarnya Time Tunnel ni merupakan sebuah muzium yang menghimpunkan barang-barang lama sejak dari zaman sebelum merdeka sampai la ke zaman selepas merdeka. Senang je nak pergi tempat ni, kalau lalu lalang dari Tanah Rata ke Brinchang tu, boleh je nampak kat tepi jalan. 

Harga tiket adalah RM 5 sekepala.
Harga tiket masuk adalah RM 5 seorang, tak mahal mana pun. Dan pengembaraan masa pun bermula la. Masuk-masuk je aku dah kagum sebab tengok barang-barang antik kat dalam tu. Memamng banyak nostalgia la kat dalam tu, korang boleh tengok barang-barang yang korang main masa kecik-kecik dulu.... tin-tin biskut yang dah wujud pon ada, sejarah ubat gigi Darkie kepada Darlie, semua ada lah... peralatan alat tulis masa sekolah rendah dulu pon ada.. pendek kata memang sangat mengimbau sejarah dedulu. Aku suka gila dengan tempat ni. Kalau tak percaya, korang singgah la kat Time Tunnel ni kalau ke Cameron Highlands, tak rugi pon.

Gigih tak mereka?
Baju baby zaman dedulu.
Lepas habis pusing-pusing dalam Time Tunnel tu, kami pon bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sebab tu namanya lawatan ni lawatan singkat je, sekadar nak amek pengalaman berada di Cameron Highlands. Lagipon nak merasa udara sejuk kat negara sendiri kan, walaupun Cameron Highlands tu dah tak berapa nak sejuk. 


Ok la, habis dah entry Cameron Highlands ni. 

WASSALAM.


18 comments:

  1. Minum tea di ladang tehh..wahhh mesti feel dan rasa teh sedap lain mcm kan..mkn pulak bersama cupkek kak Anashh tu..ermmm..cair di lidah heee

    Alamakkk!!!..susu Lactogen..itu minuman waktu JM kecik2 dulu...dah masuk muzium hahahah..nampak sgt JM dah kertu tapi perasan muda..ahahah

    ReplyDelete
  2. JM:

    Semestinya, cair dimulut tau kapkek tansree... Dan itu baru satu kapkek, belum lagi kapkek2 lain yang berderet dalam list dia nak buat tu... antaranya kapkek Red Velvet, kapkek Oren berkerak dan banyak lagi.

    Lactogen??? Lamanya hehehehe.

    ReplyDelete
  3. susu soya dlm botol kat time tunnel tu tak basi ke? haha..

    entry ni buat aku rindu nak meripit kameren.

    ReplyDelete
  4. Dzuchan:

    Kompom ler basi... hahah ada berani minum?

    Apa lagi pi la meripit kemeren..

    ReplyDelete
  5. ingat tak patung kertas tu, kena pangkah kat leher sbb takut dia hidup? HAHAHAHAHAHA!

    best la tempat ni, tak penah pegi lagi!

    ReplyDelete
  6. hahaha..biqque!!! betul betul!!!

    eh..
    nih pehal banyak sangat muka akak nih???

    jgn la buat senarai kap kek weh!!! seram akak..tak jadi karang ...malu je

    seronok kan pi kameren tanpa plan apa apa?

    ReplyDelete
  7. Biqque:

    OOO ada eh main pangkah2 leher??? tatau pulak hehehe.

    Sila pergi.

    ReplyDelete
  8. Kak Anash:

    Gitewwww. zaman bile tah main pangkah2 leher tu.

    Sila buat kapkek berperisa apple pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  9. waahhh.. seronok nyer melihat orang lain berjalan2 di malaysia.. bila kah aku dapat berbuat begini jua :P hehehe..

    ReplyDelete
  10. Saya tak berpeluang lagi nak masuk Time tunnel ni. InshaAllah, one fine day, hopefully saya dapat ke sini :-)

    ReplyDelete
  11. tak tau pun kewujudan time tunnel ni..bila tgk gmbar2 ni teringat zaman kanak2 dlu..best2

    ReplyDelete
  12. TTB:

    Ye sila habiskan berjalan di Malaysia yer.

    ReplyDelete
  13. Lavender:

    Ha nanti kalau pi CH jangan lupa singgah!

    ReplyDelete
  14. Yayan:

    Sekarang dah tau kan boleh le pegi kekeke.

    ReplyDelete
  15. boleh saya mbik gmbr tin susu tu...nk boh dlm fb..

    ReplyDelete
  16. JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS