Posts

Showing posts with the label Pulau Langkawi

#Travelholicawesome Terjah Langkawi (Part 2)

Image
Assalammualaikum! Sementara tengah rajin ni, baik aku habiskan cepat-cepat taip entry yang bertimbun tertunggak. Amacam puasa? Terjebak ke jual makanan harga bertaraf KLCC kat Pasar Ramadhan? Tak boleh blah betul peniaga-peniaga PARAM semua sekarang ni, letak harga macam jual kat restoran mewah, kuih muih tu kalau dulu laku la jugak 5 ketul 2 hengget, tapi sekarang ni melampau-lampau pulak seketul 50 sen. Diorang ingat kuih diorang tu taraf jual kat KLCC ke hapa... takde la sedap sangat pastu saiz kecik pulak tu. Ha korang jawab la kat Neraka esok. * * * Ok jom sambung kisah #travelholicawesome di Langkawi. Setelah melalui hari yang memenatkan semalam, dan bersembang sambil mengumpat di sebelah malamnya pula, maka hari kedua di Pulau Langkawi bermula dengan hujan selebat-lebatnya di waktu subuh. Gila best tidur time tu, siap berkongsi-kongsi selimut lagi tu sebab sejuk yakmats! Dalam kepala otak pikir, habislaaa plan nak meronda-ronda pulau hari ni, tapi mata ...

#Travelholicawesome Terjah Langkawi (Part 1)

Image
Assalammualaikum! Amacam dah masuk hari ketiga berpuasa, dah ada yang nak beraya dah ke? Sabar ye, ada berapa minggu lagi nak kena puasa. Ibadah wajib untuk semua umat Islam tu. Ok jom aku cerita kemana aku pergi minggu lepas. Aku rasa ramai yang dah tau kemana sekumpulan manusia tak reti duduk diam pergi minggu lepas sebaik saja teaser blackout keluar kan? Terang-terang tulis kat situ yang kami nak menjejak Mahsuri, dah kompom la kami terjah Langkawi!   Macam biasa la, memang tiap-tiap tahun kami akan buat aktiviti bersama, travel bersama dan yang penting kumpul ramai-ramai sambil berkongsi cerita. Diam tak diam dah masuk tahun ketiga rasanya kami buat aktivti gathering ni (walaupun ada yang jumpa tetiap minggu!). Wah lama jugak dah kami kenal kan, alhamdulillah hubungan kami sentiasa dipelihara. Ok sebenarnya kenapa Langkawi ? Idea untuk trip tahun ni semuanya muncul masa kami melepak ramai-ramai kat port biasa kami la, restoran Hayaki . Masa tu masih awal tahun...