2013-02-18

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 1): From Kuala LumpurTo Surabaya

Assalammualaikum!!!

Selingan: Jom turut serta dalam MITBCA 2013. Banyak Ilmu boleh dituntut dan yang penting kita boleh jumpa kawan baru! Oh ya don't forget to VOTE my blog as well ---> HERE.


#BABAK 1 

Percaya atau tidak, mana-mana trip yang aku pergi memang tak lekang dengan DRAMA bersiri! Tak percaya? Ni aku nak cerita, belum jejak kaki dalam kapal terbang je dah berlaku #drama adengan kejar-mengejar! Sampai semput jugak la urat pinggang aku bawak beg berat, dan yang penting, bak kata TanSree Coco Al-Anash: "Keluar semua peluh REMAJA akak!". Ha korang mampu ke keluar peluh remaja? 

Segala-galanya bermula di petang Jumaat, aku, John dan Tansree Coco dah plan letak kereta memasing di Hentian Putrajaya Sentral, ya kenapa kami nak letak kenderaan kat situ? Ada banyak sebab, antaranya adalah kawasan letak kereta kat situ berbumbung dan proper, harga per entry (untuk overnight sahaja) adalah RM5 manakala maksimum per hari adalah RM 7. Kira murah la tu berbanding letak kereta kat LCCT ataupun di KLIA. Kendian, kat situ juga ada Pak Gad/Mak Gad, so keselamatan agak terjamin. 

Beg baru dengan beg lama :)
Kami kendiannya 'makan tengahari di waktu petang' di Cafe Lengkuas di Putajaya Sentral. Keadaan cafe memang bersih dan bagus, cuma harganya biasala, standard KLCC sangat. Lauk pauk pon boleh dikatakan banyak jugak la. Lepas 'makan tengahari di waktu petang', kami bergerak ke LCCT dengan menaiki ERL. (Untuk cara-cara nak pergi ERL boleh rujuk SINI jugak yer). Tambang ERL + Bas ke LCCT adalah RM5.50 sahaja (sehala). Caranya, naik ERL dari Putrajaya Sentral menuju ke Terminal Salak Tinggi, dan naik bas yang tersedia menuju ke LCCT. Total masa perjalanan adalah lebih kurang 30 minit dan bas yang menunggu di Terminal Salak Tinggi memang mengikut waktu perjalanan ERL. Mudah kan? Kami bergerak dari Stesen Putrajaya Sentral jam 5.20 petang dan tiba di LCCT lebih kurang jam 6.00 petang.

Ramai nya orang naik bas ni, nak balik cuti CNY rasanya.
#BABAK 2

Sebenarnya kami sampai LCCT memang dah awal benar dah... pukul 6.00 petang tu! Flight kami pulak akan berlepas jam 8.45 malam. So nampak tak berapa jam awal kami sampai? 

Di LCCT kami lepak-lepak dulu, sambil makan aiskrim, minum-minum kat lorong celah McDonalds dengan Pizza apa tah aku lupa nama kedai tu. Lepak situ bukan main lama nya... sambil tunggu ketibaan MasMZ yang tak sampai-sampai lagi. Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 8 malam baru MasMZ sampai. Gile la, baru la sebok-sebok kami berator nak drop luggage!! Sampai je depan kaunter, petugas AirAsia tu bagitau, maaf ye, dah tak boleh drop luggage sebab kapal terbang dah nak jalan! 

OMG!!! - Petirrrrrr~ (tiru drama bersiri Fatt)

Abistu camana dengan beg-beg kami yang berat ni? Bag aku je dah 11kg! (hahaha tak tau apa aku bawak), bag Tansree Coco lagi, bag John lagi!  Dan paling dramatik lagi, bag kecik MasMZ boleh pulak terlepas masuk luggage. Hampeh. Maka petugas AA tu mintak kami naik flight bawak dengan beg-beg tu skali.

Mampos!!! - Petirrrrrrr ~ 

Boleh ke nak bawak beg banyak-banyak ni naik flight? Tapi memandangkan kami semua ni dah ibarat telur di hujung tanduk, maka redah je la. Lalu je depan pemeriksaan nak masuk ke International Departure Hall, brother AA tu tahan, dia tanya kat aku. "Ni ada berapa beg nak bawak naik ni?

OMG!!! - Petirrrrr lagi 

Aku pon cakap la yang petugas kaunter tu suruh kami bawak naik beg. Actually memang salah kami pon la sebab lambat ka... tadah je la tangan berdoa. (Doa orang musafir kan dimakbulkan). Dengan muka ketat, brother tu cakap, ok nanti kalau orang tanya, cakap kaunter *** yang suruh bawak naik. (Sebab orang-orang kat kaunter ni je yang boleh bagi kebenaran bawak naik luggage). 

Alhamdulillahhhhhh... Syukur. Lepas satu hazab. Sekarang ni masuk pulak hazab ke dua. Nak lepas pemeriksaan kastam pulak. Adoi, dalam beg beso kan selalu kita bubuh cecair minyak rambut la, perfume bagai la kan, risau jugak takut tak lepas pemeriksaan kastam. Tapi alhamdulillah beg kami semua takda masalah tu. So dengan pantasnya kami berlari menuju ke pintu berlepas. Memang masa tu dah takda orang dah yang beratur kat pintu tu, semua dah masuk kapal terbang okay!!!!

Punya la ramai manusia, dah macam Pasar Borong Selayang dah aku tengok. 
Apa lagi, bermarathon la kami dari pintu berlepas ke kapal terbang. Serius memang semput, berpeluh-peluh. Kesian pulak tengok kak Tansree Coco, yang terjebak dengan aktiviti ekstrem kami. ye kak, begitulah cara kami travel kikikiki. Alhamdulillah jugak, kedudukan kapal terbang tak jauh dari pintu berlepas. Sampai je dalam flight, pramugari AA dah hulur tisu kat kami, nampak sangat kami ni dah macam mandi petang da sebab berpeloh-peloh. Syukur sempat jugak kami naik kapal terbang. Kalau tak, aku buang beg baru merah aku tu! (yo yo or la nak buang! Mahal tu!)

#BABAK 3

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Angkasapura, Bandar Udara Juanda, Surabaya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit tertakluk kepada keadaan cuaca. Dan harus diingat, waktu di Indonesia adalah lewat satu jam daripada waktu di Malaysia. Maka kami tiba di Surabaya hampir jam 11.00 malam. Beratur kat Imigresen pon bukan main lama, terutamanya kepada orang perempuan, macam-macam pegawai imigresen tu akan tanya termasuklah mintak boarding pass untuk balik ke Malaysia. Tapi bile time pelancong lelaki, tak payah banyak songeh, cop je passport terus jalan. Pelik jugak macam tu. Layankan aje lah.

Selesai urusan imigresen, dan MasMZ dah ambik luggage kecik dia yang sempat di drop in di LCCT tadi, kami pon keluar dari balai ketibaan untuk cari teksi untuk ke hotel. Hotel yang kami dah tempah siap-siap sewaktu di Malaysia menerusi Agoda.com,  kami lebih suka prepare semua awal-awal supaya tak serabut kepala otak, dan senang nak buat bajet /bawak cash sewaktu travel.


Apa-apa pon, makan tetap makan!
Kami dah tiba!!!! 
Hotel yang kami dah book adalah Providence Homestay yang terletak di Jalan May Jend. Sungkono, Darmo Park 2, Surabaya. Kami berjaya mendapatkan teksi dengan harga IDR 100,000 (lebih kurang RM 32), dan kata pemandu teksi tu pulak, dia pon belom pernah ke tempat tu. Makanya agak sesat jugak la. Perjalanan dari epot ke homestay mengambil masa lebih kurang 45 minit, itu pon sebab ikut highway, agak jauh juga sebenarnya epot ke pusat bandar Surabaya. Dan yang penting, airport Surabaya memang besar, selesa dan ada WIFI free!

Setelah pusing-pusing cari Providence Homestay tu, akhirnya jumpa la jugak. Agak terkejut jugak sebenarnya sebab tengok rupanya homestay tu adalah rumah kedai je. Cis, dalam gambo nampak macam lawa je, Tipah tertipu di situ. Tapi nasib baik dalamnya agak menarik dan selesa. So takde la ralat sangat. Harga sewa semalam untuk twin bed room adalah RM 32 / orang. Sebenarnya agak mahal untuk sebuah rumah kedai, tapi apakan daya, masa kami nak Booking tu, tak banyak pilihan hotel yang ada.

PROVIDENCE HOMESTAY
Jalan May Jend. Sungkono, Darmo Park 2,
Block 6 No. 18
Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
No. Tel: +623170958328

Dah sampai hotel, rupanya ada #drama lagi! Rupanya receptionist tu kata aku booking satu bilik je! Ha apa lagi, ngamuk gigil-gigil la kami kat situ, mana tak nya, duit dah bayar untuk 2 bilik, siap ada bukti pembelian gitu. Lepastu, dia cakap lagi, bilik dah penuh. Aduaiiii, malang sungguh, dah le penat kan sebab dah tengah malam. Tapi nasib baik dia kata dia nak pergi cek ada satu bilik yang dia belum kemas. Alhamdulillah, dapat jugak kami dua bilik malam tu.

Keadaan dalam bilik.
Pintu masuk homestay, tengah renovate katanya.
Malam tu memang nak lelap pon payah la, tangan pulak asyik gatal je main internet update sana sini segala Social Media yang ada la katakan, padahal esoknya nak kena bangun pagi. Lepas tu pak supir yang kami 'order' pon tak pulak contact-contact kami. Pasrah je la tunggu pagi esok, baru kami nak call pak supir tu. Harap-harap takda apa-apa yang dramatik berlaku di hari kedua kami tu nanti ye.

Ok la, panjang pulak entry pertama aku ni kan. Nanti aku sambung pulak di hari kedua. Jangan lupa juga VOTE aku dalam link yang aku bagi kat atas tu ye!

Bersambung...

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com , masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

33 comments:

  1. Salam Rain,
    Tahniah dicalonkan dlm Eco Tourism Category. Saya nampak dah ramai orang vote. Paling top setakat ini. Semoga Rain menang tahun ni :)

    Oh Rain ke Surabaya ya. Lawat apa? Pergi Bromo tak?

    Providence homestay tu ok ke? Lena tidur tak kat situ?

    Banyaknya tanya, kan?

    Saya pun baru balik dari Surabaya. Tapi cerita pasal Surabaya nampaknya lambat lagi nak keluarnya, kot, sebab cerita pasal China pun masih tak habis-habis lagi he he he

    ReplyDelete
  2. Salam Kak NA:

    Alhamdulillah, saya pon tak sangka ada org calonkan lagi taun ni. Penat tau nak berkemepn hehehe.

    Ye saya ke Surabaya. Macam2 lawatnya, bromo, ijen, madakaripura, dll.. nanti akan diceritakan di entry akan datg.

    Kak NA pon pegi Surabaya jugak? Bile? Pergi mana aje kat sana?

    Saya pon banyak entry tertangguh ni, Jepun pon ada tak habis lagi. Tapi gigih nak tulis Surabaya dulu kekekeke.

    Providence Homestay tu OK la, sekadar buat tidur sekejap je. Tak teruk sangat pon, sebab dia dekat dengan shopping complex yang sangat besar!

    ReplyDelete
  3. tahniah in advande janggel, rasa-rasa kempen ko sangat berkesan, haha...

    kelakar la, sampai kul6 petang still lambat lagi, tapi ok per...dapat tisu dari pramugari, ahaha..murah betul homestay korang, 32 hinggit je satu kepala, walapun rumah kedai, yang penting selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga;

      Thanks for the Vote!!!

      Ha tu la, dah sampai awal pon still lambat jugak kan... Memang nak berdrama.

      Ye murah la jugak homestay tu tapi rasanya ada yg lagi murah tapi menarik!!

      Delete
  4. salam... Bro JT, walaupun.. saya belum pernah merasai naik fligt.. tapi saya dapat feeling babak drama tersebut.. Perghh.. Nasib baik lepas...
    *Tips nak bagi lepas..
    Cakap je kaunter bagi lepas.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeri:

      Oh ye ke blom pernah naik flight? Ok takpe satu hari nnti mesti merasa juga kan. Bukan stakat penat, mengah semua ada dah! Hihihi

      Haha nak bg lepas kna cakap no satu kaunter tu. hihihi

      Delete
  5. kesian tan sree berlari lari mengejar flight.. ayooo takpelah asalkan berjiwa remaja, maka sanggup berkelakuan demikian.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tansree suka je lari2 Ni.... Bleh kurus katanya hahaha...

      Delete
  6. hahahahahaaha..
    pesal akak baca entry nih...
    akak masih terasa tercungap-cungap???
    heheheh...
    (pegang bantal nak pekup muka dokter shah-rule...)...

    lagi?
    (hai...byk laaa entry kali nih???)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tansree koko:

      Mati pulak anak org tu banti kalo kene pekup muka dengan bantal!!!!!

      Tunggu la!

      Delete
  7. apalah korang tanpa drama kannnnn hahaha!

    lagi, lagi?

    ReplyDelete
  8. sebelum apa2 aku nak korang sengal! yg gatai tak check-in sblm masnona sampai tu pasaipaaa!! (gaya tangan karam singh walia)

    amboi pinjam petir aku ye..takpe, pinjamlah, nanti aku start cerita china aku nak amik balik petir aku..kahkahkah

    haaa..supir tu mmg takde kontek2 punye..jenis muncul terus...hebat tak supir aku? giteww drama sangat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatt:

      Ha tu la pasal, tak terlintas langsung masa tu.
      Teringin nak guna petir ko untuk drama2 yg mendatang fatt kikikik.

      Supir mmg tiptop. Tp aku rasa supir bali aku best lg kikikiki

      Delete
  9. Janggel and groups dah boleh cuba nasib masuk amazing race... boleh buat lebih banyak drama, bersiri lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie:

      Tula...
      Tapi drama2 ni semua takde dlm script tapi trjadi secara spontan pulak.

      Delete
  10. pehh..aku hampir book providence hostel tuh...tapi bila check komen2 kat trip advisor, aku terus cancel niat..

    jellynya..aku banyak masalah lagi nih..katanya kalo parlimen dibubarkan, cuti kakitangan awam dibekukan #tetiba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan:

      Try search hostel lain dulu.

      Ye ke kena beku? Bertabahlah.

      Delete
  11. ok dah vote utk kamu2 semua..all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurizyanabdulrahman:

      Terimakasihhhhhhhh....!

      Delete
  12. Mak aihhhhhhh giler rush korang mase nak naek kapal wehhh.. Kalo aku dah bukan kluar peluh remaja dah.. Maunye kluar peluh tuttt. Hahahaha

    Aku dah kerah askar aku utk menambah vote. JOM TADAH TANGAN RERAMAI KO MENANG KATEGORI TUH!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maszuber:

      Bak kata tansreecoco, Peluh Remaja! Hahahaaaa mmg gigih.

      Thanks!

      Delete
  13. Salam Janggel

    Oooo...terima kasih atas info parking kete kat putrajaya sentral tu. Baru tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP:

      Sama2. Sharing is caring. Cantas2 tak main! Hihihi

      Delete
  14. janggel, nak tanya masuk madakaripura tu bape juta kena bayor? hillboy tan sree coco tu plak bape upah dorang kalau nak ambek? hehe...

    ReplyDelete
  15. Hulubalang:

    Ooo yg rege2 semua tu dah masuk dalam pakej kami yakni IDR 1.1 juta untuk 2 hari 2 malam tu.

    ReplyDelete
  16. Salam.. nak tanye, korang p Surabaya tu ada beli no prepaid sane x? perlu ke benda tu agak2? sbb kitorg pn nak p sane this weekend, hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muelza:

      Tak perlu kot.

      Delete
    2. janggel
      ada pegi malang/batu x? kat sana lebih banyak lagi cerita yg lebih bagus. klau belum pergi sane cube2 laaa :) sejuk menggil juga kat sana

      Delete
  17. sape2 yg belum pg bromo atau surabaya. boleh ambik pakej ngan kami www.maitraveling.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. sape2 yg belum pg bromo atau surabaya. boleh ambik pakej ngan kami www.maitraveling.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS