Assalammualaikum!!!!
Cerita dah basi, tapi aku still nak tulis jugak sebab mana la tau ada info-info yang berguna untuk dikongsikan dengan sesiapa yang sudi baca blog ni kan. Ok last few weeks aku dan housemate telah secara on the spot nya menjengah kembali Paya Indah Wetland (PIW)! Wow bayangkan dah berapa lama aku tak datang semula ke Paya Indah Wetland ni, kali terakhir pon rasanya pada tahun 2011 (atau mungkin 2010?). Jadi boleh la aku tengok jikalau ada apa-apa perubahan yang berlaku di situ!
Sebenarnya motif utama terjah Paya Indah Wetland kali ni adalah untuk testing buat fotoshoot untuk beberapa job yang akan datang. kiranya meriki-riki la jugak. So seawal pagi (takda la awal sangat) yakni jam 7.00 pagi kami dah gerak dari Bukit Jalil, meredah LDP menuju ke Dengkil. Ya Paya Indah Wetland terletak di Dengkil. Alhamdulillah, keadaan trafik dan cuaca sangat tenang pagi tu, mungkin sebab hari minggu kot? Dan awal lagi pulak tu.
Nampak tak awan berbentuk "S" tu??? Hahaha sempena nama aku la tu! Heheh |
Sampai di PIW dah pukul 7.45 pagi. Alhamdulillah, pintu gate dah di buka. untuk makluman, waktu operasi PIW bermula pada jam 7.30 pagi. Tutup pulak aku kurang periksa,... lupa cek. Dengan tak semena-mena aku pon meluru je bawak kereta masuk ke kawasan bangunan administratif dan park kereta kat situ. Bajet dah expert benar la kan dengan kawasan PIW tu.
Setelah memastikan kereta semua diparking dan dikunci maka perjalanan kami pon bermula. Sebenarnya tak bercadang pon nak berlama-lama kat situ, sekadar amik beberapa keping gambar dan balik. Kami memulakan perjalanan dengan memasuki denai yang dinamakan Rentis Thypa. Aku tak tahulah apa maksud Rentis Thypa tu, mungkin sejenis ikan atau tumbuhan??? Wallahualam.
Sebenarnya kalau ikut pengalaman dulu, kawasan sepanjang Rentis Thypa ni adalah kawasan orang ramai memancing, dan bayaran sebanyak RM 1 dikenakan untuk seorang kaki pancing, tu dulu la. Sekarang ni aku tak sure adakah bayaran yang sama masih dikenakan atau memang dah tak boleh langsung orang dtang pancing ikan kat situ.
Kali ni, memang tak ada orang langsung yang memancing sepanjang Rentis Thypa ni. Hanya kami je yang gigih lalu kat situ, bukan naik basikal tapi jalan kaki, sebab kaunter untuk sewa basikal masih belum dibuka. Aku tak tahu kaunter tu bukak pukul berapa. Apa yang aku perasan adalah, kawasan sepanjang Rentis Thypa ni dah tak macam dulu la, sedih pulak aku tengok. Sebabnya ada pulak sampah-sampah yakni botol-botol plastik yang bersepah-sepah kat situ. Dan mungkin jugak kami datang salah musim? Sebabnya kali ni lalang kat dalam paya tu dah macam tak banyak pulak, so tak de la nampak kekuning-kuningan lalang dalam paya tu.
Sekuntum bunga teratai. |
Ada jambatan usang? |
Antara pokok bunga yang banyak terdapat kat sini. |
Psstt: Masa nak balik kami kena tahan dengan pak gad sebab tak register masa masuk tadi. What the tuttttttt.... dah korang tak tahan kenapa? Kenapa tak suruh kami register masa masuk tadi? Memang tak buat kerja sungguh. Lepastu diorang siap cek boot belakang kereta aku, kengkonon katanya takut ada seludup keluar tenggiling ke, tapir ke... OK fine, itu aku boleh terima.
Psttt2: Untuk jengok kisah aku di Paya Indah Wetland yang dulu sila ketik SINI
Psttt2: Untuk jengok kisah aku di Paya Indah Wetland yang dulu sila ketik SINI
WASSALAM.
apsal ko tak cakap je ye, saya ada seludup badak air! nak tgk???
ReplyDeletekomen biqque lawak...
ReplyDeletehehe
motif letak gamba sendiri last-last tuh?
.
.
.
.
.
kbai
mcm la korg lapar sgt nk seludup kluar hewan kt situ.. poodah punye pakgad.. (aku plk tumpang emo..hihihih)
ReplyDeleteBiqque:
ReplyDeleteTu la, memang terpikir nak cakap je seludup badak + buaya tembaga.. Tapi tak sior teman nak bertekak ngan pakgad camtu. Lapor, baik blah pegi cari breakfast.
Kak koko:
ReplyDeleteMemang motif!
KBAI
Zura Lee:
ReplyDeleteKan!!!! Kalo ikutkan hati mmg nak sound cenggitu. Tapi nasib baik saya ni sopan hehehhee.
Seludup badak air???? wah wahhhh... kalaulah berjaya! sangat hebat! hahahahahaha....
ReplyDeleteg sana dulu 2010 laaaaa..... tetap cantik tempat nih :D
MasMZ:
ReplyDeleteHa Badak Air? Muat tak dalam keter? Sebab dalam keter mmg dah sedia ada dua ekor badak huhuhuhu.
yer 2010.
Salam Janggel/Rain,
ReplyDeleteCantik sangatlah tasik tu. Awan biru, tasik biru. Tapi perlu dijaga ekosistem di situ supaya lebih banyak hidupan air membiak dengan baik. Kalau kurang dijaga nanti banyak pula pokok ekor kucing dan teratai segan nak tumbuh.
Langit dengan tulisan S tu, menariklah. So, nama Janggel sebenornya Shahril? Shamsul? Shaharuddin? Suhaimi? Shamsuddin? Samad?
Saya pernah ambil gambar di Australia, awan kat langit tu tulis macam nama Allah.
Ngapa tak sumbat je seekor lagi badak, boleh buat bisnes air badak? he he he :)
Rentis Typha? Tipah kot? Tipah Tertipu kot?
Bunga ungu tu namanya Seri Pagi atau omputihnya Morning Glory :) Cantik!
Kak NA:
ReplyDeleteCantik kan! Susah nak jumpa tempat macam ni selalu. Kena jaga betol2 kalau nk ianya kekal lama.
Nama saya bermula dengan S ... ala kalau sultan2 dulu kat hujungnya mesti ada nama tu. Dan hujung nama saya macam pelakon/penyanyi korea tu hihihi hujan tu. Kikik.
Buat bisness air badak??? Macam best je hahaha.
Tak tau la apa maksud thypa tu. Malas nak google.
Ye bunga seri pagi. Law kan!
Shahrin! Syahrain! Betul tak?
ReplyDeleteKak NA:
DeleteYe! Hampir berjaya! Bunyi dah sama dah!
ahahhahaaa..suke entry ini byk gambo lawa. esok nak g lah
ReplyDeleteMama oh yeah:
ReplyDeleteHa amacam percotian ko di sini? Best tak? Bilenya nak apdet blog ko?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuminahyeoh:
DeleteI used my phone camera for this trip. Thankx for droping by to read my blog.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete