Assalammualaikum!!!
Selingan: Jom turut serta dalam MITBCA 2013. Banyak Ilmu boleh dituntut dan yang penting kita boleh jumpa kawan baru! Oh ya don't forget to VOTE my blog as well ---> HERE.
[ Sambungan daripada Episode 1: From Kuala Lumpur to Surabaya ]
Memandangkan semalam kami dah prektis masa mendaki berlari mengejar kapal terbang, maka kiranya harini kami dah bersedia la kot nak mengharungi perjalanan yang sungguh mencabar! Tak percaya? Moh aku ceritakan kekentalan 4 anak muda yang tak berapa nak muda ni mengharungi cabaran!
Kami bersiap awal pagi hari kedua di Surabaya, ya kami masih di Providence Homestay. Breakfast tidak disediakan, cuma yang ada hanyalah air panas dan beberapa keping keropok rota. Makanya kami mengambil langkah bijak dengan mengusung seguni makanan pelbagai jenis dari Malaysia, dah ibarat kedai runcit dah gayanya. Pada masa yang sama aku whatsapp pak supir (haaa nampak tak kegunaan Whatsapp disitu?) bertanyakan lokasi dia kat mana sekarang.
Perihal Supir
Ok sebelum bercerita dengan lebih lanjut, moleklah kiranya aku ceritakan pasal supir yang akan melayan kami sewaktu dua hari di Jawa Timur ni. Berbulan,-bulan terdahulu, Bro Fatt yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi tu, telah membantu kami didalam mengendalikan perihal supir di Jawa Timur. Kami mengambil supir dari syarikat Pak Anugerah Hermawan yakni BROMO ADVENTURELAND (HARMAWAN TOURS) yang berpusat di Probolinggo, Jawa Timur. Senang je nak contact pak supir ni, hanya melalui emel saja dan dengan pantas dia akan reply emel korang. Harga pon pepandai la bincang dengan dia, atau korang boleh add Pak Wawan menerusi akaun Facebook beliau Anugerah Hermawan atau emel saja ke bromoleisure@gmail.com. Untuk pakej yang kami ambil yakni 2 hari dua malam kami akan dikenakan bayaran sebanyak IDR 1.1 juta seorang. Bagi aku Ini yang paling murah aku jumpa setakat ni.
Pakej yang kami ambil adalah selama dua hari dua malam di mana hotel dan kenderaan diuruskan sepenuhnya oleh Pak Wawan. Bagus diorang ni, dan layanan yang diberikan pon sangat puas hati. Kompom kita akan ditatang bagai minyak yang penuh! Cewah! Oh lupa, nama Pak Supir yang akan menguruskan kami sepanjang dua hari adalah Pak Havidz yang merupakan salah seorang daripada team Pak Wawan. Untuk keterangan lanjut juga boleh kunjungi website mereka di http://www.bromoadventureland.com.
Perjalanan Bakal Bermula
Ok sambung balik, setelah mendapat balasan whatsapp daripada Pak Havidz kami pon sambung breakfast dan menunggu beliau sampai ke homestay. Pak Havidz akan datang menjemput kami daripada Probolinggo yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam 30 minit! Gile jauh kan! Tapi demi tugas, dia sanggup bertolak dari Probolinggo seawal jam 4.00 pagi.
Sebenarnya boleh je kami nak ke Probolinggo samada menaiki bas ataupun keretapi, tapi bila fikir-fikir balik, jumlah masa perjalanan yang sama dan barang-barang kami yang banyak serta tak mahu bersusah payah, maka kami minta pak supir ambil kami di Surabaya sahaja. Senang dan tak perlu risau sesat larat sebab kami tak berapa nak study sangat pasal trip kali ni.
Sementara menunggu Pak Havidz tiba, sempat lagi kami meraih undi. Hehehe dapat jugak sambar 2 orang petugas homestay pagi tu... usaha tangga kejayaan ye dak?
Akhirnya jam 9.30 pagi Pak Havidz tiba di depan homestay bersama seorang pembantunya yang baru iaitu Keerul. Kata Pak Havidz, Keerul ni baru nak belajar jadi supir, jadi dia akan ikut trip kami ke Bromo nanti. Ok sajalah, janji tak menyusahkan kami nanti sudah ye dak?
Kereta yang akan kami naiki merupakan sebuah kenderaan MPV yang aku dah lupa namanya, kalau tak silap Suzuki, luas dan selesa. Itu yang paling penting memandangkan kami akan menempuh perjalanan yang jauh untuk dua hari ni. Maka kami pon bertolak meninggalkan kota Surabaya menuju ke destinasi pertama iaitu Air Terjun Madakaripura.
Madakaripura Waterfall
Untuk ke Madakaripura, kami melalui kota Surabaya dan lalu juga di kawasan yang terkenal iaitu kampung yang ditenggelami lumpur Lapindo, nak tahu cerita Lumpur Lapindo boleh rujuk SINI. Apa yang aku tahu, akibat kesilapan teknikal orang dulu yang mengusahakan telaga minyak kat kawasan tu, maka berlaku kejadian lumpur keluar dari perut bumi tanp henti sehingga menenggelamkan kampung di situ. Sehingga kini, lumpur masih lagi keluar tanpa henti, entahle tak tau sampai bila. Oh kami lalu je kawasan tu, tak singgah pun sebab mengejar masa. Tapi ok la boleh nampak dari tepi jalan je.
Perjalanan dari Surabaya ke Madakaripura Waterfall mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit jadi dalam perjalanan kami tak banyak buat hal, berkaraoke sambil mengumpat apa yang patut je la. Biasa la kalau dah ramai-ramai memang seronok nak mengumpat kan, cer kalau sensorang? Ada jugakla kami bersembang-sembang dengan Pak Havidz dan dia jugak banyak bagi info pasal tempat-tempat menarik di sekitar Jawa Timur ni.
Sebelum sampai ke Madakaripura, kami sempat singgah makan tengahari dulu di Rumah Makan Sedarum Asri . Ye la, lapar kot sebab breakfast tadi kami makan biskut je. Rupanya baru aku tau beza antara rumah makan dengan restoran. Menurut Pak Havidz, kalau yang dipanggil rumah makan itu adalah kedai-kedai makan biasa je macam restoran-restoran makanan yang banyak terdapat kat Malaysia, untuk golongan sederhana macam kami ni lah kot. Tapi yang dipanggil restoran di Indonesia adalah kedai-kedai makan mewah, mungkin macam Chilis, TGI Friday kot??? Entahla, apa yang pasti, kat Malaysia kite panggil restoran je, tak kire besar ke kecik je kan. Dan berbeza pulak dengan Lesehan! Lesehan tu adalah warung-warung tepi jalan yang diletakkan kerusi dan meja. OK banyak sungguh term-term yang kena belajar ni!
Ok sambung balik, kami makan tengahari petang tu lebih kurang jam 1.30 tengahari. Menu wajib seperti biasa dikala travel adalah ayam bakar dengan nasik putih... ni semua John yang ajar. Itu je yang kena dengan selera tekak dia kot hihihihi. Maklumla Putera Lindungan Kaabah katanya! Pak Havidz dan Keerul pon makan sekali, tapi katanya tak perlu kami bayarkan sebab dah masuk dalam pakej dia sekali.
Usai makan tengahari, kami terus menunaikan solat jamak takdim di Rumah Makan Sedarum Asri, sebab ada surau di sebelahnya. Dan kat rumah makan ni jugak ada wifi free!!!! Apalagi, bersosial media la kami-kami semua!!! (Haish susah kalo dah hantu internet ni kan). Total harga makanan kami adalah IDR 90,000 untuk empat orang. Lebih kurang la.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang masih berbaki 30 minit. Nak dijadikan cerita, tetiba hujan pulak masa kami menghampiri tempat yang dituju, tapi alhamdulillah tak lebat sangat. Kami dah mula melalui kawasan berbukit bukau yang sangat memukau! (Wah berirama bunyi ayat aku). Seriusly memang cantik, sebab korang takkan menjumpai struktur gunung-ganag sebegitu kat Malaysia, maklumlah gunung berapi kan!. Tapi sumpah, memang cantik, sampai beberapa kali jugakla kami berhenti untuk amek gambo.
Menurut Pak Havidz lagi, kami akan berjalan kaki buat jungle-trekking sejauh 1 km sebelum betul-betol sampai ke air terjun! Ok itu rasanya memang cukup mencabar. Maka bila dah sampai tu, kami pon mula menukar pakaian kepada yang lebih sesuai memandangkan katanya terpaksa melalui sungai dan air terjun! Ditambah pulak hujan yang turun, memang belum apa-apa dah kompom basah! Kami dibawa oleh beberapa orang jurupandu menuju ke dalam hutan, termasuklah Keerul manakala Pak Havidz tidak turut serta masuk ke hutan, dia tunggu kat kereta je katanya.
John kata dia tak pernah buat benda-benda macam ni!!! Rare katanya! Ha hambek ko, merasa masuk hutan pakai payung bagai kan! Mujur Aku ada bawak ponco siap-siap.Tapi jangan risau, Pada sesiapa yang tak bawak ponco tu, kat situ ada orang tempatan yang jual ponco, tak silap aku harganya IDR 10,000 sehelai. Ada macam-macam warna boleh pilih.
Di awal denai, jalannya agak biasa, dah ada proper laluan tersedia, tapi bila dah sampai tengah-tengah sikit, kami dah terpaksa melalui kawasan berbatu-batu dan meredah sungai yang agak deras! Tapi Jangan risau hillboy-hillboy Tansree Coco sedia membantu.
Paling best bile dah nampak sikit air terjun tu, aku memang tercengang dan suka yakmats sebab dari jauh dah nampak cantik sangat!!!! Tu belum tengok dari dekat lagi! Maka kami pun terus berjalan, mendaki, melalui celah-celah batu dan lalu bawah air terjun! Ye bawah air terjun tau! Firstime aku lalu bawah air terjun macam tu dan ia sangat mengujakan. Subhanallah sangat cantik tempat ni, memang sebuah dunia yang tersembunyi di tengah belantara. Kalau tak percaya, pergi la tengok sendiri!
Ada beberapa buah air terjun di kawasan tersebut, dan ianya jatuh berjurai-jurai hampir di bererapa arah yang berlainan. Sangat cantik! Hish cantik la, tak reti dah nak cakap macamana, korang tengok je la gambar yang aku tepek tu.
Kami duduk kat situ tak lama, tak mandi pon sebab sejuk yakmats! Pemandu arah kata tak boleh lama-lama di situ sebab hujan dan dikhuatiri nada kepala air datang. So kami pon bergerak semula untuk balik ke kereta. Jalan balik terpaksa melalui jalan sewaktu pergi tadi. Tapi kali ni dah tak rasa letih sangat, sebab mungkin dah tak di lambai jalan? Ye kot kata orang tua dulu-dulu hehehe.
Sampai di tempat letak kereta, Pak Havidz dah tunggu kami. Sempat jugak dia ambil gambar kami semua di hadapan patung Madakaripura. Sedikit info pasal tempat Madakaripura ni:
Menuju ke Pergunungan Probolinggo - Gunung Bromo
Perjalanan ke Probolinggo, di mana letaknya Hotel Bromo Permai mengambil masa lebih kurang sejam. Jalan me nuju ke sana memang melalui kawasan berbukit seperti di daerah Dieng, Jogjakarta. Dan kiri kanan kebanyakannya adalah kawasan kebun sayur yang meluas! Di lereng-lereng bukit yang curam pon diorang tanam sayur, memang kagum! Sempat jugak kami mintak Pak Havidz berhenti tepi-tepi jalan untuk ambik gambar. Keerul pulak dah gigil-gigil kebasahan sebab tadi dia memang takde pakai payung mahupon ponco. Kesian jugak tengok mamat tu.
Akhirnya kami tiba di Hotel Bromo Permai, Probolinggo. Dari depan hotel dah tersergam indah jajaran Gunung Berapi Bromo dan adik beradiknya! Subhanallah memang sungguh cantik. Sempat la kami merakamkan beberapa gamba sunset kat depan hotel. Syukur dapat moment tu.
Hotel Bromo Permai ni memang dah dibooking oleh Pak Supir dan termasuk sekali dalam pakej yang kami ambil. Senang kan? Tak payah serabut-serabut nak pikir mana nak cari hotel dan yang penting tak payah buang MASA!
Sebelah malamnya pulak, kami dibawa makan malam di salah sebuah gerai makan berhampiran dengan hotel. Lupa pulak apa nama gerai makan tu, kecik je gerainya. Cuaca malam tu sangat sejuk! Tak tipu, memang sejuk dan kalau tak pakai baju tiga empat lapis kompom menggigil! Sempat jugak kami singgah kedai jual postcard dan beberapa cenderamata antaranya topi sejuk (bini kata si John) dan kain kat leher tu, apa tah orang panggil, aku tak tau. Maklumlah duduk kat Malaysia tak payah pakai benda-benda tu, tapi kat sana memang wajib pakai! Sejuk weh!!!
Menu makan malam kami adalah nasik, ayam goreng dan teh panah. Sedap dan mengenyangkan. Harga makan malam kami adalah IDR 84,000. Lepas makan, kami lepak-lepak di cafe hotel sebab kat situ je dapat WIFI free. Sambil-sambil tu tulis la postcard untuk peminat-peminat kat Malaysia, dan sempat jugak lobi kengkawan baru kat cafe tu. Best.
Malam tu jugak kami sempat jumpa Pak Wawan, yang merupakan ketua Pak Supir kami. Memang baik dan bertanggungjawab orangnya. So tak sia-sia la kami ambik supir dia. Ok esoknya pulak kami kena bangkit awal! Nak tengok sunrise katanya kan!
Nanti aku sambung lagi kisah selanjutnya. Tungguuuuu~!
Bersambung.
Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com
WASSALAM.
Breakfast dulu... tempat breakfast ni betul-betul depan bilik. Nampak tak plastik putih bawah meja tu? Ha itulah karung makanan kami! Hehehhe |
Perihal Supir
Ok sebelum bercerita dengan lebih lanjut, moleklah kiranya aku ceritakan pasal supir yang akan melayan kami sewaktu dua hari di Jawa Timur ni. Berbulan,-bulan terdahulu, Bro Fatt yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi tu, telah membantu kami didalam mengendalikan perihal supir di Jawa Timur. Kami mengambil supir dari syarikat Pak Anugerah Hermawan yakni BROMO ADVENTURELAND (HARMAWAN TOURS) yang berpusat di Probolinggo, Jawa Timur. Senang je nak contact pak supir ni, hanya melalui emel saja dan dengan pantas dia akan reply emel korang. Harga pon pepandai la bincang dengan dia, atau korang boleh add Pak Wawan menerusi akaun Facebook beliau Anugerah Hermawan atau emel saja ke bromoleisure@gmail.com. Untuk pakej yang kami ambil yakni 2 hari dua malam kami akan dikenakan bayaran sebanyak IDR 1.1 juta seorang. Bagi aku Ini yang paling murah aku jumpa setakat ni.
Pakej yang kami ambil adalah selama dua hari dua malam di mana hotel dan kenderaan diuruskan sepenuhnya oleh Pak Wawan. Bagus diorang ni, dan layanan yang diberikan pon sangat puas hati. Kompom kita akan ditatang bagai minyak yang penuh! Cewah! Oh lupa, nama Pak Supir yang akan menguruskan kami sepanjang dua hari adalah Pak Havidz yang merupakan salah seorang daripada team Pak Wawan. Untuk keterangan lanjut juga boleh kunjungi website mereka di http://www.bromoadventureland.com.
Perjalanan Bakal Bermula
Ok sambung balik, setelah mendapat balasan whatsapp daripada Pak Havidz kami pon sambung breakfast dan menunggu beliau sampai ke homestay. Pak Havidz akan datang menjemput kami daripada Probolinggo yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam 30 minit! Gile jauh kan! Tapi demi tugas, dia sanggup bertolak dari Probolinggo seawal jam 4.00 pagi.
Sebenarnya boleh je kami nak ke Probolinggo samada menaiki bas ataupun keretapi, tapi bila fikir-fikir balik, jumlah masa perjalanan yang sama dan barang-barang kami yang banyak serta tak mahu bersusah payah, maka kami minta pak supir ambil kami di Surabaya sahaja. Senang dan tak perlu risau sesat larat sebab kami tak berapa nak study sangat pasal trip kali ni.
Sementara menunggu Pak Havidz tiba, sempat lagi kami meraih undi. Hehehe dapat jugak sambar 2 orang petugas homestay pagi tu... usaha tangga kejayaan ye dak?
Layan peminat katanya! Haish |
Kereta yang akan kami naiki merupakan sebuah kenderaan MPV yang aku dah lupa namanya, kalau tak silap Suzuki, luas dan selesa. Itu yang paling penting memandangkan kami akan menempuh perjalanan yang jauh untuk dua hari ni. Maka kami pon bertolak meninggalkan kota Surabaya menuju ke destinasi pertama iaitu Air Terjun Madakaripura.
Madakaripura Waterfall
Untuk ke Madakaripura, kami melalui kota Surabaya dan lalu juga di kawasan yang terkenal iaitu kampung yang ditenggelami lumpur Lapindo, nak tahu cerita Lumpur Lapindo boleh rujuk SINI. Apa yang aku tahu, akibat kesilapan teknikal orang dulu yang mengusahakan telaga minyak kat kawasan tu, maka berlaku kejadian lumpur keluar dari perut bumi tanp henti sehingga menenggelamkan kampung di situ. Sehingga kini, lumpur masih lagi keluar tanpa henti, entahle tak tau sampai bila. Oh kami lalu je kawasan tu, tak singgah pun sebab mengejar masa. Tapi ok la boleh nampak dari tepi jalan je.
Nampak tak benteng tinggi kat seberang jalan tu? Ha itulah benteng yang menghalang Lumpur Lapindo daripada melimpah. |
Sepanjang jalan kawasan lumpur Lapindo. |
Kami tak singgah pon sebab mengejar masa. Mungkin next time. |
Sebelum sampai ke Madakaripura, kami sempat singgah makan tengahari dulu di Rumah Makan Sedarum Asri . Ye la, lapar kot sebab breakfast tadi kami makan biskut je. Rupanya baru aku tau beza antara rumah makan dengan restoran. Menurut Pak Havidz, kalau yang dipanggil rumah makan itu adalah kedai-kedai makan biasa je macam restoran-restoran makanan yang banyak terdapat kat Malaysia, untuk golongan sederhana macam kami ni lah kot. Tapi yang dipanggil restoran di Indonesia adalah kedai-kedai makan mewah, mungkin macam Chilis, TGI Friday kot??? Entahla, apa yang pasti, kat Malaysia kite panggil restoran je, tak kire besar ke kecik je kan. Dan berbeza pulak dengan Lesehan! Lesehan tu adalah warung-warung tepi jalan yang diletakkan kerusi dan meja. OK banyak sungguh term-term yang kena belajar ni!
Ok sambung balik, kami makan tengahari petang tu lebih kurang jam 1.30 tengahari. Menu wajib seperti biasa dikala travel adalah ayam bakar dengan nasik putih... ni semua John yang ajar. Itu je yang kena dengan selera tekak dia kot hihihihi. Maklumla Putera Lindungan Kaabah katanya! Pak Havidz dan Keerul pon makan sekali, tapi katanya tak perlu kami bayarkan sebab dah masuk dalam pakej dia sekali.
Usai makan tengahari, kami terus menunaikan solat jamak takdim di Rumah Makan Sedarum Asri, sebab ada surau di sebelahnya. Dan kat rumah makan ni jugak ada wifi free!!!! Apalagi, bersosial media la kami-kami semua!!! (Haish susah kalo dah hantu internet ni kan). Total harga makanan kami adalah IDR 90,000 untuk empat orang. Lebih kurang la.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang masih berbaki 30 minit. Nak dijadikan cerita, tetiba hujan pulak masa kami menghampiri tempat yang dituju, tapi alhamdulillah tak lebat sangat. Kami dah mula melalui kawasan berbukit bukau yang sangat memukau! (Wah berirama bunyi ayat aku). Seriusly memang cantik, sebab korang takkan menjumpai struktur gunung-ganag sebegitu kat Malaysia, maklumlah gunung berapi kan!. Tapi sumpah, memang cantik, sampai beberapa kali jugakla kami berhenti untuk amek gambo.
Menurut Pak Havidz lagi, kami akan berjalan kaki buat jungle-trekking sejauh 1 km sebelum betul-betol sampai ke air terjun! Ok itu rasanya memang cukup mencabar. Maka bila dah sampai tu, kami pon mula menukar pakaian kepada yang lebih sesuai memandangkan katanya terpaksa melalui sungai dan air terjun! Ditambah pulak hujan yang turun, memang belum apa-apa dah kompom basah! Kami dibawa oleh beberapa orang jurupandu menuju ke dalam hutan, termasuklah Keerul manakala Pak Havidz tidak turut serta masuk ke hutan, dia tunggu kat kereta je katanya.
John kata dia tak pernah buat benda-benda macam ni!!! Rare katanya! Ha hambek ko, merasa masuk hutan pakai payung bagai kan! Mujur Aku ada bawak ponco siap-siap.Tapi jangan risau, Pada sesiapa yang tak bawak ponco tu, kat situ ada orang tempatan yang jual ponco, tak silap aku harganya IDR 10,000 sehelai. Ada macam-macam warna boleh pilih.
Di awal denai, jalannya agak biasa, dah ada proper laluan tersedia, tapi bila dah sampai tengah-tengah sikit, kami dah terpaksa melalui kawasan berbatu-batu dan meredah sungai yang agak deras! Tapi Jangan risau hillboy-hillboy Tansree Coco sedia membantu.
Antara laluan yang perlu kami tempuh |
Siapa pulak yang berpayung tengah hutan tu? Musang berjanggut sangat! |
NOTA: Jangan Lupa bawak PONCO dan pakai selipar atau sandel yang tidak licin untuk ke sini. Nak pakai kasut boleh, tapi kompom la kasut korang akan basah. So aku rasa better pakai selipar je kot.Di beberapa kawasan terdapat lesehan-lesehan yang dibina oleh penduduk tempatan. Ada yang menjual makanan seperti pisang goreng dan sebagainya. Siapa yang lapar boleh la beli kat situ. Laluan semakin hampir adalah semakin mencabar! Kali ni bukakan setakat turun naik bukit dan meredah sungai je, kami juga terpaksa panjat celah-celah batu untuk sampai ke destinasi.
Nampak tak? Hillboi Hillboi Tansree Coco sentiasa membantu. |
Kat sini ada jual ponco. |
Ada beberapa buah air terjun di kawasan tersebut, dan ianya jatuh berjurai-jurai hampir di bererapa arah yang berlainan. Sangat cantik! Hish cantik la, tak reti dah nak cakap macamana, korang tengok je la gambar yang aku tepek tu.
Kami duduk kat situ tak lama, tak mandi pon sebab sejuk yakmats! Pemandu arah kata tak boleh lama-lama di situ sebab hujan dan dikhuatiri nada kepala air datang. So kami pon bergerak semula untuk balik ke kereta. Jalan balik terpaksa melalui jalan sewaktu pergi tadi. Tapi kali ni dah tak rasa letih sangat, sebab mungkin dah tak di lambai jalan? Ye kot kata orang tua dulu-dulu hehehe.
Sampai di tempat letak kereta, Pak Havidz dah tunggu kami. Sempat jugak dia ambil gambar kami semua di hadapan patung Madakaripura. Sedikit info pasal tempat Madakaripura ni:
NOTA: Madakaripura Waterfall located in Sapih village, Lombang district, East Java, Indonesia, not far from the Mount Bromo area in Bromo Tengger Semeru National Park. Madakaripura is a sacred visiting area comprising lines of waterfalls that reach a height of 200 metres (660 ft). This waterfall has a history related to Prime Minister Gajah Mada (1290–ca. 1364), who struggled to unify the whole territory of Indonesia under the control of theMajapahit Empire. He said, "the last residence for Gajah Mada". This spectacular waterfall lies hidden at the end of a deep valley in the foothills of theTengger range. The water has cascades from the dense forest above. The primary attraction is its natural environment that is encircled by seven waterfalls and caves. The available facilities are include a parking lot, food stalls, a resting place, and a security post. Visitors climbing the peak of Mount Bromo and then bathe in the holy Tirta Sewana before travelling to other visiting points in the Probolinggo area. (Aku copy je dari Google)Ok memandangkan hari pon dah petang, dan sekejap lagi dah nak gelap, maka kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki. Destinasi seterusnya adalah daerajh pergunungan Probolinggo di mana letaknya Gunung Berapi Bromo! Haaaaa tak sabar dah ni nak tengok gunung berapi. Seumur hidup tak pernah nampak gunung berapi live depan mata. Masa kat Jepun dulu pon nampak Gunung Fuji tu dari jauh je, itu pon dari atas flight!.
Menuju ke Pergunungan Probolinggo - Gunung Bromo
Perjalanan ke Probolinggo, di mana letaknya Hotel Bromo Permai mengambil masa lebih kurang sejam. Jalan me nuju ke sana memang melalui kawasan berbukit seperti di daerah Dieng, Jogjakarta. Dan kiri kanan kebanyakannya adalah kawasan kebun sayur yang meluas! Di lereng-lereng bukit yang curam pon diorang tanam sayur, memang kagum! Sempat jugak kami mintak Pak Havidz berhenti tepi-tepi jalan untuk ambik gambar. Keerul pulak dah gigil-gigil kebasahan sebab tadi dia memang takde pakai payung mahupon ponco. Kesian jugak tengok mamat tu.
Akhirnya kami tiba di Hotel Bromo Permai, Probolinggo. Dari depan hotel dah tersergam indah jajaran Gunung Berapi Bromo dan adik beradiknya! Subhanallah memang sungguh cantik. Sempat la kami merakamkan beberapa gamba sunset kat depan hotel. Syukur dapat moment tu.
Hotel Bromo Permai ni memang dah dibooking oleh Pak Supir dan termasuk sekali dalam pakej yang kami ambil. Senang kan? Tak payah serabut-serabut nak pikir mana nak cari hotel dan yang penting tak payah buang MASA!
Inilah Pak Havidz! |
Bromo Permai. |
Sebelah malamnya pulak, kami dibawa makan malam di salah sebuah gerai makan berhampiran dengan hotel. Lupa pulak apa nama gerai makan tu, kecik je gerainya. Cuaca malam tu sangat sejuk! Tak tipu, memang sejuk dan kalau tak pakai baju tiga empat lapis kompom menggigil! Sempat jugak kami singgah kedai jual postcard dan beberapa cenderamata antaranya topi sejuk (bini kata si John) dan kain kat leher tu, apa tah orang panggil, aku tak tau. Maklumlah duduk kat Malaysia tak payah pakai benda-benda tu, tapi kat sana memang wajib pakai! Sejuk weh!!!
Menu makan malam kami adalah nasik, ayam goreng dan teh panah. Sedap dan mengenyangkan. Harga makan malam kami adalah IDR 84,000. Lepas makan, kami lepak-lepak di cafe hotel sebab kat situ je dapat WIFI free. Sambil-sambil tu tulis la postcard untuk peminat-peminat kat Malaysia, dan sempat jugak lobi kengkawan baru kat cafe tu. Best.
Malam tu jugak kami sempat jumpa Pak Wawan, yang merupakan ketua Pak Supir kami. Memang baik dan bertanggungjawab orangnya. So tak sia-sia la kami ambik supir dia. Ok esoknya pulak kami kena bangkit awal! Nak tengok sunrise katanya kan!
Kami busy! HAHAHHAA |
Kena tidor awal. |
Bersambung.
Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com
Pssttt2: Aku ada rakam beberapa video, tapi nanti aku buat entry lain lah ye.
WASSALAM.
tak mampoo lah i phone.. haha
ReplyDeleteek ade nasi lemak?
cantiknye hijau bukit dan air terjun..
Shahrule:
DeleteTu la, aku pon x mampo beb. Hahaha
Cantik tempat2 tu.
Seram gak tetiba ade tugu patung dlm utan
ReplyDeleteEly:
DeleteKat sana mmg belambak2 patung candi stupa bagai. Sacret katanya.
Ya ampunnnn, cantik nye air terjun tuh..bagai misteri sangat..mesti ada antu kan? kan? kan? hahahah..
ReplyDeleteWah bz betul president berkempen bagai haiiii hahahahha
Chawanna:
DeleteHuh minah lampir sangat ko ni nak berhantu2 bagai!
Mr president meluaskan jajahan katanya.
Subhanallah cantik~
ReplyDeleteThanks bro janggel and bro fatt for the info.keke
Ajla;
ReplyDeleteCantik tempat tu, memukau!
Hahaha no problem kan bro Fatt kan?
Hahahhaaghahaahambekkkk kekentalan 4 anak muda yang tak berapa nak muda... apapun yang paling 'muda' tu sampai kuar peluh rumaja taw!!! TABIKKKKKKKKKKKKKK......
ReplyDeletePonco tu harganya IDR10,000, sama harga dengan rega Giant Shah Alam :D
best la bro rain, cer cite, cer cite lagi (motif:hantu mak limah).....
ReplyDeletegambo sorang yg merenung ke langit tu cantikkkk! nak jugak postcard tuuuuu hihi
ReplyDeleteWah cantiknya air terjun tu. Tapi akak tak ke situ, akak pi Bromo dan tempat-tempat lain.
ReplyDeleteAkak pergi dah 3 kali ke Surabaya. Dua bulan lepas dan minggu lepas masa cuti raya China he he he. Akak dapat tahu yang geng kau orang pergi pada 8 Feb,(dpt info ni dlm blog Kaki Berangan). Akak pun ada kat Surabaya pada masa kau orang ada kat sana. Masa yang sama. Akak ada pada 9-16 Feb...tapi kalau tau kau orang ada kat sana, boleh le kita jumpa, kan?
wahhhhhhhhh cantek tempat ni tapi aku mmg sumpah takut bila pikirkan kepala/ibu air tu datang. eiiii seram!
ReplyDeletebromo tu tak pi dekat2 ke?
cantiknya! gigihnya korang, cayalah..tapi berbaloi kot, cantik giless..
ReplyDeleteternga-ngana jap mulut, memang kagum abislah tengok air terjun dengan gunung berapi tu. macam dalam movie pulak...
ReplyDeleteMasa ke Surabaya hari tue, i only managed to go to Coban Rondo Waterfall. This is definitely much more nicer! Hidden gems!
ReplyDeleteWe stopped over at Lumpur Lapindo area the other day. Sedih. Makin hari, makin naik lumpurnya. And till date, derang hanya dapat berapa percent dari compensation. Too much of political related issue.
what video?
ReplyDeleteJangan publish kalau ada sore akak!
(pegang tali rafia...libas-libas)
karung makanan itu berjasa tau!
iya...
motif sangat musang berjanggut itu?
oh ya
lawa plak gamba yg dodok atas batu pandang langit...sape le photographernyer k???
hillboi???
Salam Yeop
ReplyDeleteeerrrr....tan sree pakai hillboy tu pasai batu2 tu licin sangat ker ? tapi dari gambor2 kome ni macam licin sesangat jer...seghiau Yong tengok, kalau la tergelincior....
Arrghh!! jelesnya tengok madakaripura! Ah Fatt!! kan udah ku kata berbaloi2 kalau diredahkan juga ke sana.. Maybe kitorang silap letak madakaripura selepas 2 hari azab, tahap mental berada di bawah sekali untuk trekking
ReplyDeleteMasMZ:
ReplyDeleteAnak muda la sangat kannnnnnnn.
Rose:
ReplyDeleteSabo yer, nanti saya cite cite cite lagi. Bizi nak menaipnya.
Ciklala:
ReplyDeleteYr ke lawo gambo tu? Terpaksa puji tansreecoco sebab dia yg ngambek gambo tu, hehehee.
Poscard? Alaaaa dah sampei Malaysia mana nak ngeposnyerrrr.
Kak NA:
ReplyDeleteWAH dah 3 kali kak NA ke Surabaya? Bestnya! Ye kami pon pergi during CNY nan lalu, ish kalo tau boleh jejak kasih kat kaki gunung Bromo tu kan. Kekekeke.
Mudah mudahan satu hari nanti dapat ketemu :)
Biqque:
ReplyDeleteYe kalo pikirkan takut, mmg tak sampai la kami ke sitew kikiki.
Ofkos la pegi dekat-dekat, aje gile tak pegi kalo dah sampai situ? Hahahaha.
Nurizyanabrqhman:
ReplyDeleteYer kena gigih untul keriangan berganda! Hahahahaha
Orga:
ReplyDeleteHaah kami pon ternganga-nganga jugak bile tengok depan mata!
Zaraab:
ReplyDeleteOoo u tak ke madakaripura ye, maybe next time le kot ye.
Ye lumpur lipindo tu pon mmg kami tak singgah, tapi tau la jugak kisahnya. Kesian kan.
Kak Coco:
ReplyDeleteUntunyla gambo cantekkkkkk.
Ye makanan tu memang banyak berjasa! Kqlao tak, kebulur la dalam kereta kan!
Kbai.
Yong ASP:
ReplyDeleteye yong, agak licin la batu batannya. Kene extra berhati2 atau lantik hillboi sebagai penyelamat hehehee.
Hafizah Hassan:
ReplyDeleteTakpe nanti ko ajak la bro Fatt tu singgah situ pulak, dia kan suka ulang2 tempat banyak kali kekekekeee.
Cantiknya bumi Tuhan
ReplyDeleteMuhammad Has1deen:
ReplyDeleteSubhanallah...
Petualangan seru :)
ReplyDeleteBromo Tour, Bromo Malang Tour, Paket Wisata Bromo, Paket Wisata Bromo Malang, Bromo Tour
Mantap Wisata di Bromo Selalu cantik..
ReplyDeletehttps://surabayabromoijen.com/bromo-tour-package-2d1n/
so awesome trip but the trip from mount bromo to kawah ijen so quite long, very tired, I have a contact guide to Mount Bromo and to Ijen Crater, may be some one need it, this have promo for mount bromo and ijen http://www.bromoijentourism.com/ of email to : bromoijentourism@yahoo.com
ReplyDeletehope useful for other who want to travel to east java, Indonesia