2013-02-26

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 3) : Sunrise At The Penanjakan 1, Mt. Bromo

Assalammualaikum!!!

Selingan: Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi vote blog aku di MITBCA.. doakan juga aku berjaya di peringkat seterusnya ya. Doa kalian adalah pemangkin untuk saya terus berbelog :) #cewah

Teruskan menyokong Tourism Malaysia dan sertai MITBC yang berlangsung pada 4 hingga 6 March 2013 di KLCC ya!




Malam tu tak la awal sangat kami tidur, cuaca memang sangat sejuk dan Pak Wawan sempat jumpa kami di cafe dengan memperkenalkan kami kepada dua orang gadis dari Singapura yang baru tiba di Bromo Permai. Menurut Pak Wawan, mereka akan menyertai kami mendaki Bromo esok. Ini bermakna ada enam orang dalam kumpulan kami. Dan Pak Wawan juga menyatakan yangkami akan dibantu oleh Pak Juned yakni seorang lagi rakan sekerjanya pagi esok untuk ke Bromo.

Ok setelah nyenyak tidur, dalam kesejukan gunung (sumpah memang sangat sejuk, jadi bawaklah pakaian yang bersesuaian) tepat jam 3.00 pagi alarm henpon memasing dah meraung-raung! Ya 3.00 pagi kami kena bangun pagi tu sebab kami akan menaiki jip yang telah disediakan pada jam 3.30 pagi! Giler awal kan? Semuanya gara-gara nak menyaksikan pemandangan matahari terbit di Bromo. Menurut pak supir lagi, kite kena bertolak awal untuk dapatkan tempat paling dekat dengan puncak supaya tak penat sangat nak mendaki nanti. Ya memang bukan kami saja yang nak ke sana, bepuluh-puluh pelancong lagi akan menuju ke tempat yang sama, jadi siapa cepat, dialah yang dapat parking kat atas sekali!

Tempat yang kami akan tuju tu namanya Penanjakan. Tak salah aku ada 2 kawasan tumpuan utama untuk menyaksikan sunrise ni yakni Penanjakan 1 dan 2. Tapi kali ini pak supir dah menyatakan yang kami akan Penanjakan 2 di mana keadaan pendakiannya adalah lebih mudah daripada Penanjakan 1. So kira ok lah, sebab kami memang tak nak yang susah-susah pon. 

Perjalanan menaiki jip mengambil masa lebih kurang 30-40 minit bergantung kepada cara pemanduan pak supir. Memang ada macam-macam kaler jip dan kesemuanya menarik!!! Masa tu kami dapat jip warna biru, kire ok la, cantik mata mrmandang, tapi kalo dapat jip kaler kuning lagi cantik kot? Sayang tak boleh nak request-request kaler jip masa tu hahahaha. Tapi, orang yang bawak jip ni memang kena betul-mahir sebab keadaan jalan yang tak stabil dan berbahaya. Syukur pak supir kami hebat! Kekeke.

Maka setelah semuanya berkumpul, perjalanan pun bermula. Lokasi yang kami tuju hanya terletak bertentangan dengan hotel yang kami duduk yakni di Bromo Permai, tapi jalan yang harus dilalui adalah merentasi kawasan gurun, yakni padang pasir dan kemudian pendakian menuju ke puncak Penanjakan yang melalui kawasan berselekoh tajam dan berkecerunan tinggi. Tapi disebabkan masa tu awal pagi, dan cuaca gelap, kami hanya dapat melihat cahaya daripada berpuluh-puluh jip yang berjalan seiringan menuju ke satu destinasin yang sama. Ramai juga yang berkonvoi menaiki motorsikal, dan rata-rata terdiri daripada rakyat tempatan. 

Hampir tiba di puncak, akhirnya jip kami terpaksa berhenti di tepi jalan. Di hadapan kami dah banyak jip yang diletakkan di tepi jalan. Hah sudah, kompom la kami ni dah lambat! Dan kompom jugak kami kena menapak agak jauh. Setelah diberitahu oleh supir untuk kembali ke jip pada jam 6.30 pagi, maka kami pon memulakan pendakian. Mujur jalan yang kami lalui merupakan jalan raya bertar, tapi berkecerunan tinggi. Jadi takda la susah sangat, cumanya agak semput jugak la. Maklumla tetiba pepagi buta kena mendaki dan sejuk pulak tu. Kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum tiba di kawasan kedai-kedai yang kebanyakannya restoren yang dipenuhi oleh manusia yang bersarapan / makan pagi. Sepanjang jalan jugak banyak sangat pemandu motorsikal yang offer untuk membawa kami ke atas. Aku tak ingat berapa harga sekali naik tu, tapi macam-macam la diorang saiko cakap yang pendakian jauh lagi la, dan macam-macam lagi. So tebalkan telinga je la. Memang asap motor agak melemaskan jugak la masa tu sebab dah ramai sangat. 

Akhirnya kami tiba juga di kawasan pelantar. Mak datok ramai giler manusia dah tertonggok kat situ! Sudah, dalam hati aku dah putus harapan dah nak tengok view cantik Bromo, kompom akan nampak kepala orang je ni. Kami terus mencari port yang agak lapang dan senang nak pasang tripod dan kamera. Kak Coco pulak masa ni dah hilang, terpisah dari kami. Tak tau dia lepak sebelah mana masa tu. Pasrah je la, sebab orang memang tersangat ramai. Kami turun sedikit ke pelantar bawah di mana tak ramai sangat orang kat situ, sambil menantikan fajar terbit. Memang cantik waktu mula-mula matahari dah menampakkan mukanya. Rasa macam tipu! Tapi itulah realitinya, keindahan alam ciptaan Allah.



Siapa sangaka, waktu ini aku berada di atas puncak gunung di antara beberapa kawanan gunung berapi yang masih aktif di Bromo. Dan pemandangan masa tu memamng memukau.

NOTAGunung Bromo (dari bahasa Sanskrit : Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu ), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan di Jawa Timur . Sebagai sebuah objek pelancongan , Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Pulau Langkawi , Pasuruan , Lumajang , dan Kabupaten Malang . Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi. Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo. Gunung Bromo terletak di dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru yang memiliki keunikan dengan pasir laut seluas 5.250 hektar. - Sumber Google.

Unik kan, walaupun kedudukannya yang tinggi dari aras laut, tetapi terdapat pasir laut yang luas terbentang di Bromo, sehingga kelihatan seperti kawasan padang pasir. Memang sangat unik dan memukau. Kalau sekali lihat, memang macam dalam filem The Lord Of The Ring! (Tetibe berangan jadi Legolas hahaha).



Jadi kami di stu sampailah betul-betul nampak gambaran gunung-gunung berapi yang indah di depan mata. Memang cantik, dan keadaan awal pagi, dengan sinaran matahari membuatkan apa yang aku lihat di depan mata seperti sebuah lukisan yang toada tolok bandingnya. Sumpah tak tipu, menyaksikan sunrise di Bromo adalah satu kemestia, dengan syarat, kena fit dan bertenaga. Hehehe.

Setelah puas bergambar di pelantar bawah, kami redah juga naik ke pelantar atas. Menyelit-nyelitkan diri kat celah-celah orang sampailah diorang mengalah. Itu sajalah tektik yang rasanya kena buat kalau nak dapat port menarik, kalau tak sampai bila pon diorang tak nak berganjak. Kami jugak jumpa balik dengan Kak Coco yang katanya melayan jiwa sensorang kat atas tu. Sabojelah.


Ok dah dapat, gambar-gambar yang dihajati, kami pon mula melangkah untuk pulang ke jip. Masa tu memang ramai jugak yang dah mula turun. Berdoyon-doyon bak kata Julana Banos! (Sape tak kenal sila Google). Dalam perjalan balik ke jip barulah nampak keadaan sekeliling, sebab dah terang. Dan barulah jugak nampak warna-warni jip yang tersusun di tepi-tepi jalan. Harus tidak dilupa, pemandu-pemandu motorsikal akan tetap menawarkan perkhidmatan mereka!


Samapai di jip, semua dah siap berkumpul, aku dengan Kak Coco je yang last sekali tiba, itu pon sebab sebok bergambo sana-sini. Setelah berbincang dengan dua orang gadis Singapura yang menaiki jip yang sama dengan kami, maka kami bersetuju untuk bayar extra IDR 200,000 kepada pak supir untuk membawa kami ke dua lokasi yang berhampiran yakni Savanah dan Pasir Berbisik. Kedua-dua lokasi ini letaknya di kaki gunung Bromo je, dan perjalanan ke sana pon tak jauh, cuma lebih kurang 30 minit sahaja.


Ok nanti la aku sambung cerita di Savanah dan Pasir Berbisik. Rasa macam tak best pulak nak cerit panjang-panjang kat sini. Tunggu sambungan entry ni ya!

Bersambung.

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

22 comments:

  1. Salam,
    Bertuah siapa yang berjaya sampai ke Bromo. Termasuklah saya he he he... I have been there!!!!!!! I have seen the sunrise and the volcano!

    Tetapi masa saya ke sana orang tidaklah seramai yang Rain ceritakan ini. Kami boleh pilih nak tengok di mana, kejap-kejap di atas, kejap-kejap di bawah. Tak perlu tinjau meninjau, tak perlu tolak-tolak, boleh posing-posing kat mana-mana kita suka.

    Tetapi suhu memang sejuk. Kena pakai baju tebal dan sarung tangan. Tapi akak selamba je tak pakai jaket sebab masa tu akak baru balik dari Beijing masa winter. Penjual jaket di situ hairan kenapa akak tak pakai jaket. Mereka asyik sua-suakan jaket suruh akak beli. Tapi akak tak beli. Akak pergi pada November 2012. Naik jeep biru. Pukul 11 malam dah bertolak dari Surabaya. Dah terpacak kat Bromo sana dlm pukul 3.00 pagi gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA:

      Best kan dapat menyaksikan keindahan alam! Wah masa Kak NA pergi x ramai orang? Ish mesti best kan dapat tgok tanpa da kacau ganggu.

      Ye waktu pagi tu memang sangat sejuk! Untungla kak NA dah biasa bersejuk2 kat Beijing tu so x terasa sangat la setakat sejuk kt Bromo kan kekekkee

      Delete
  2. hebat bergaya anda disana, syabas betey! hahaha!

    best baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque;

      Ya saya suka berjalan sambil begaya hahahaha. Sebab tu saya punya bagasi selalu penuh dan x boleh bawak beg kecik2 kalo travel!

      Delete
  3. what?
    layan jiwa sensorang?
    layan semput ade la!!!
    adehhh...
    .
    .
    .
    .
    .
    (cer cite sapa tlg tangkapkan gambo di jip kuning tu???hahaha)
    .
    .
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Coco;

      Gitewwwww, tanak ngaku leetewwq layan jiwa kikikikik


      Yeeeee tansree yang amekkan gambo saya!
      Hahahaha

      Delete
  4. huahuahua.... sila awal bagi menggelakkan perlu berjalan begitu jauh.... haihhhh

    ReplyDelete
  5. aaaaaa nganga jap tengok gambo 1st tu..cunnnnnn sangat! lagi satu yang cun is jip tu! menawannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceklala:

      Cantik kan! Saya pon nganga bile tengok depan mata!

      Delete
  6. perghhh.. mmg lawa view kat atas tu... but orang ramai tu yang macam tak best... :P

    ReplyDelete
  7. Salam Yeop

    Wow....Subhanallah....canteknye depan mata...

    ni kena panjat lagi tinggi ni...bagi kurangkan semput tu...hehe

    lepas ni akak syorkan cuba pulak panjat Gunung Tursina di musim sejuk....

    ReplyDelete
  8. tahniah sbb dapat jadi finalist award tuh....*balingkonfetti*

    tak tahan, siap ada yang bergayut kat pokok tuh..

    ReplyDelete
  9. nenok jeep kecik jek...muat ke dok dalam tu berenam?

    mmg superb la scenery bromo...x sabar nak gi tgh bulan march ni hehehe...

    ReplyDelete
  10. haihh.. terpaksa la pegi skali lagi macam nie.. aritu aku x naik ke Penanjakan

    ReplyDelete
  11. Time Traveler Boy:

    Ye part orang ramai tu mmg tak best sikit la, sebab terpaksa menyelit2.

    ReplyDelete
  12. Kak Yong ASP:

    Nak panjat lagi tinggi? tu nak kene prektis tu... Gunung Tursina ye? OK Nanti nak try la hehehehe.

    ReplyDelete
  13. Dzuchan:

    Kann bergayut2 bagai.. banyak lagi yg luar biasa tau hehehe.

    ReplyDelete
  14. Hulubalang:

    Mmg nampak kecik tapi muat 7 orang tau dalam jeep tu.

    Bromo mmg lawa

    ReplyDelete
  15. Dan Arif:


    AHaaa apa lagi, sile seret Maszuber skali kekeke.

    ReplyDelete
  16. Mohd Razik:

    Alhamdulillah berkesempatan lihat keindahan alam ciptaan Allah.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS