2009-03-29

Thailand - Trip To Phuket (Part 1)

Assalamualaikum!!!

Apa yang akan aku kisahkan kali ini merupakan pengalaman aku ke luar negara buat kali pertama. Kalau diikutkan, perasaan saya pada ketika itu memang sangat teruja! Bayangkan, pertama kali nak ke luar negara, tanpa keluarga dan akan dimulakan seorang diri pulak tu, haish teruja, seram, takut dan sebagainya bermain-main de dalam kepala. Phuket merupakan destinasi pembuka langkah kepada ku dalam meneroka dunia luar.

Tidak pernah merancang malah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Namun perjumpaan secara tidak sengaja bersama beberapa orang teman telah mencambahkan idea untuk menjejaki pulau tersebut. Phuket merupakan sebuah pulau percutian yang terletak di Thailand. Rata-rata semua mengenali kepulauan itu dan ada juga yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke sana.

Tidak sempat berfikir dengan waras, maka aku nekad membeli tiket penerbangan ke Phuket dengan harga RM 140 pada ketika itu. Pulau yang terletak di Selatan negara Thailand itu akan aku jejaki juga akhirnya. Bertemankan tiga orang rakan sekerja Che’Da, Kay dan Zarina (kesemuanya wanita), saya berlepas ke Phuket tanpa pengetahuan semua kecuali keluarga. Entah kenapa, itu memang sifat semulajadi aku, tidak suka memaklumkan kepada orang lain jika hendak kemana-mana. Hanya Ibu sahaja yang lazimnya akan tahu tentang pengembaraan saya.

Aku bertolak dari Lapangan Terbang Tambang Murah Kuala Lumpur (LCCT) seorang diri memandangkan mereka yang lain telah bertolak lebih awal iaitu di sebelah pagi, manakala aku terpaksa mengambil penerbangan di sebelah tengahari disebabkan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan di pejabat terlebih dahulu. Seorang diri pergi ke negara orang, tambahan pulak ke tempat yang tak pernah dituju dan tidak mengetahui keadaan di sana memang sangat menakutkan. Macam-macam benda bermain di dalam kepala ketika itu, dan aku asyik membayangkan macam-macam  perkara buruk seperti yang dilaporkan di media massa. Tawakal dan doa menjadi peneman setia ketika itu. (Ketika ini, negara Thailand sedang bergolak)

Alhamdulillah, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (aku tak tau nama sebenar airport nih) perasaan takut tu sedikit demi sedikit hilang. Aku dapat saksikan industri pelancongan di Phuket jauh lebih maju daripada Malaysia. Aku tak tipu! Van pelancong semua besar-besar dan cantik, tidak seperti di Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi (van warna pink) yang uzur. Paling aku suka, kita sebagai pelancong akan dilayan dengan penuh hormat! Ya aku sangat suka layanan masyarakat Siam yang lemah lembut dan sentiasa tersenyum. Mungkin sebab aku pelancong kot? Wallahualam....

Jam menunjukkan pukul 1.20 tengahari/petang dan aku melihat satu pasangan suami isteri yang mungkin datang ke Phuket untuk berbulan madu menaiki satu kapal terbang dengan aku. Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengikut mereka dari jauh. Alhamdulillah walaupun tidak sempat untuk menegur mereka namun saya dapat menyelesaikan urusan imigresen dengan lancar. (Aku menggunakan teknik pantau dan kaji!) Dan sebenarnya aku tak tahu pun kalau nak masuk negara orang kenea isi borang pas masuk / imigresyen form!!! Syukur perjalanan aku mudah petang tu. Malu bertanya sesat jalan kan.

Selesai urusan pemeriksaan di imigresen, aku terus berjalan menuju ke luar. Sementara tu aku sempat sms Kay (kawan yang dah sampai sebelah pagi) bertanyakan cara untuk ke hotel di Patong. Dia kata ambik je mana-mana teksi dan bagitau nama hotel tersebut. Tambang teksi mesti dalam lingkungan 150 bath (RM 15). Ok, noted. Keluar saja dari lapangan terbang, tu dia ramai betol pemandu teksi panggil aku. Adoi cakap Siam pulak tu, agaknya muka aku ni ada irsa-iras Siam kot? Setelah melihat aku tak bagi response, akhirnya barulah keluar bahasa omputeh (english) diorang. Hehehe. Aku lihat satu-satu kertas yang dipegang oleh pemandu-pemandu teksi tu, macam-macam destinasi ada, dan akhirnya aku nampak seorang makcik memegang kad tertulis Patong. Yup tanpa berlengah aku terus tanya kat makcik tu:

"I want to go to Patong, Sand Inn Hotel"
"Ok follow me" - katanya (dah macam iklan follow me pulak)

Dengan pantas makcik tu tarik aku dan suruh aku pergi ke salah sebuah naik sebuah van yang sudah tersedia. Setelah membayar harga tambang, (memang 150 bath) aku pon masuk dalam van tu. Rupa-rupanya dah ramai penumpang dalam van tu, semuanya Mat Saleh. Aku sorang je yang muka Pan Asian (kuikuikui verangan), eh campur dengan pemandu van tu. Belasah je lah aku duduk kat satu sit yang memang ada satu je tepi pintu.

Perjalanan ke Patong mengambil masa selama 45 minit. Setelah 15 minit perjalanan, tiba-tiba van tu berhenti di sebuah kedai. Adoi masak, apa pulak dia buat berhenti kat sini kan? Aku dah mula membatu je dalam van, taknak gerak pergi mana-mana selagi tak sampai Patong. Rupa-rupanya van tu singgah kat salah sebuah agensi pelancongan kat situ. Diorang sempat promosi pakej-pakej pelancongan diorang. Minah kat situ beria-ia bersembang dengan aku bahasa sSam. Aku dengan blurnya diam saja sampai la dia prasan yang aku takda respond pada soalan dia. Hahahaha, akhirnya dia pon cakap dalam english, tanya aku dari mana? Aku cakap aku dari Kuala Lumpur, Malaysia. Berkali-kali minah tu minta maaf kat aku..barulah aku paham (tengok tu, sangat polite kan!!!). Macam-macam la dia tanya, last-last aku cakap kawan aku dah tunggu kat Patong. Dia pon bagi kad dia suruh contact balik kalau nak amek mana-mana pakej. Kami semua kembali menaiki van dan menuju ka Patong. Pemandu van tu rupanya muslim dan pandai cakap Melayu. Aku sempat jugak la bersembang dengan dia. Rupanya memang semua pelancong akan dibawa ke agensi pelancongan dulu di pertengahan perjalanan. Itu salah satu strategi pemasaran diorang. Ok jugak tu.

Sampai di depan hotel, aku terus sms member aku, sebab diorang dah siap ambilkan kunci bilik aku. Jadi nak taknak kena tumggu la diorang. Panas juga cuaca kat Patong nih. Lama jugak aku tunggu, diorang tak muncul-muncul. Ahhh aku dah panik ni, salah hotel ke? aku pon berjalan-jalan ke dalam supermarket yang terletak di sebelah hotel tersebut. Oh ya nama hotel tempat aku nak duduk tu ialah Sand Inn. Supermarket Jungceylon memang sebuah shopping complex yang sangat besar, setaraf Mid Valley di Kuala Lumpur. Aku pon melepak la kat situ. Ada aircond, sejuk sikit. Jalan-punya jalan, aku terserempak dengan 3 orang member aku tuh! Hampeh kat situ rupanya diorang, tengah sebok shopping!!!!!

Kami tidak terus ke hotel. Seperti yang dirancang, kami terus mencari tiket untuk persembahan Phuket Fantasea untuk sebelah malam. Untuk pengetahuan semua, Phuket Fantasea merupakan sebuah taman tema seakan-akan Disney Land. Tarikan utamanya adalah persembahan teater yang telah diiktiraf memenangi Thailand International Award sejak sepuluh tahun yang lalu. Harga tiket adalah 1300 bath (RM 130). Kami juga terus membeli tiket untuk program Island Hopping untuk keesokan hari. Terdapat dua pakej pilihan untuk island hopping iaiatu ke Phi Phi Island atau ke James Bond Island. Kami memilih untuk ke Phi Phi Island untuk bersnorkling!!!

Selesai urusan membeli tiket, kami pulang ke hotel dan berehat sebelum bergerak ke Phuket Fantasea pada jam 7.30 malam. Kami diberitahu bahawa akan ada van yang menjemput kami untuk ke Phuket Fantasea sebelah malam nanti.

Van yang membawa kami tiba agak lewat malam itu, tapi dengan penuh sopannya, pemandu teksi itu melayan kami. Perjalanan ke Phuket Fantasea mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jauh jugak, sepanjang perjalanan kami melalui kawasan bandar Patong dan persisir pantainya.

Tiba di Phuket Fantasea, kami disambut mesra oleh petugas yang anggun berbaju tradisi Thai. Semuanya sopan-sopan. Pemandu van beranji akan menungu kami selepas tamat persembahan teater. Kami pon menjelajah di dalam kawasan Phuket Fantasea yang sangat happening! Persembahan teater bermula jam 9.00 malam. Sekali lagi aku terserempak dengan couple Melayu yang aku jumpa kat airport petang tadi, memang kebetulan sungguh! Agaknya semua pelancong ke Patong akan pergi ke tempat-tempat yang sama kot? Aku senyum dengan diorang dan tegur-tegur ayam saja lah sebab show dah nak mula.

Setelah mengambil tempat di dalam dewan teater yang diberi nama "Palace of the Elephant", persembahan pun bermula. Dewan teater tu memang sangat besar. Lebih besar dari Istana Budaya!. Aku cakap betul, persembahan Phuket Fantasea memang sehebat Teater Puteri Gunung Ledang the Musical (aku dah tengok 3 kali!). Banyak elemen-eleman alam yang sebenar dipersembahkan seperti haiwan, air dan api. Memang kagum la, diorang mampu mempertahankannya sejak sepuluh tahun yang lalu!!! Syabas! Bayangkan, ayam, itik, kambing dan kucing semua boleh mengikut arahan berlakon dalam teater tu! Siap gajah pon ada!!! Kagum.

Persembahan teater habis pada jam 11.oo malam. Seperti dijanjikan, pakcik van dah sedia menunggu kami. Kami pulang ke Patong dalam jam 11.30 malam. Tidak terus ke hotel, kami bersiar-siar di sepanjang Bang La Road.

BANG LA ROAD

Bang La Road ni merupakan satu lorong di mana kelab-kelab (pub-pub) beratur di kiri dan kanan jalan. Memang bersepah-sepah dan semuanya fullhouse! Pelancong Mat Saleh memang tersangat ramai di Phuket, tak kira la musim cuti sekolah atau tidak, sentiasa penuh! Ada yang straight dan ada yang songsang, pilih saja nak yang mana!

*(Kadang-kadang aku terfikir, memang patutlah Tsunami melanda kat situ....)

Lepas penat berlegar-legar sepanjang Bang La Road, kami pon pulang ke hotel. Esok ada yang lebih menarik menanti! So kenala cukup tenaga..

Bersambung....

PEACE!!!
 

Phuket International Airport


Bandar Patong, Phuket




Phuket Fantasea




Macam-macam pe-el orang kat sini.




Palece of the Elephant...yang sangat besar!


Di hadapan replika Istana Siam

Bang La Road...standard Bukit Bintang dan Petaling Street

 Menulis untuk:

   



20 comments:

  1. sebbek sampai gak ko kat malaysia, tak salah flight.
    maiahaha.
    eh eh baju tu ok.
    tak fit kat badan sgt, tapi ok ah gak.
    yang best, HARD ROCK CAFE!!! yeahhaaaa
    thanks a lot.

    ReplyDelete
  2. Deennasour:

    Wakakaka tu ler pasal..cuak jugak..alhamdulillah perkara dah lepas...

    Oh ok yer..lega aku dengo, memula penin gak nak memilih saiz, takut terbesor pulak. OK la tuh!

    Yezzaaaaaaaa Hard Rock Cafe!

    ReplyDelete
  3. HOHOHO
    patut laa ckp kat airport
    ruper2 nye g thai
    best nye~


    *survinior mne??

    ReplyDelete
  4. EnchekCAMERA::

    Ha ah..g thai..Phuket.. untuk cuti-cuti Thailand wakakaka.

    Haritu nak bagi tau tapi tak sempat..[atas alasan keselamatan kononnya] wakakaka

    Nak survenir ker? ada tapi caner nak bagi? email boleh????

    ReplyDelete
  5. wahahaha
    best nye cuti2 thai
    HUHUHU~

    email kan??
    nmpak sgt xder survinior
    HOOOOOOOOOOOOOO~

    ReplyDelete
  6. Adoiiii....

    Ada la... betol tak tipu... hanya orang-orang mengirim sajer yang dapat.. hehehe..

    pos la kalo camtuh!
    okey? huhuhu

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaa
    terharu2

    :D

    boleh je
    hihihi~
    * xmnyusahkan bro ke?

    ReplyDelete
  8. hahahahah memang menyusahkan!!!!

    Kuikuikui..kidding...tengok caner nanti...

    ReplyDelete
  9. salam..pergh...jauh berjalan..suke2

    ReplyDelete
  10. Hiroshi::

    Alhamdulillah, ada rezeki lebih, jauh la sikit jalannya... heheh :p

    ReplyDelete
  11. wahhh..berjalan sakan rupanya kawan saya ni ye... best la..

    ReplyDelete
  12. Saya:

    Yer..berjalan..cuti-cuti menenangkan pikiran wakakaka

    ReplyDelete
  13. Wah... Meriah keri betul ko ye. Asyik makan angin je.

    ReplyDelete
  14. Inertz::

    Mana ada Asyik????
    Kekadang je la. Aku makan tomyam, nasik, ikan, ayam... bukan makan angin daaaaa...

    ReplyDelete
  15. mmg meyusahkan??
    xperlaaa
    kasi jela org yg xmenyusahkan~
    HOHOHOHO~

    ReplyDelete
  16. enchekCamera::

    Gurau jer la..
    Benda dah ada..itu namanya rezeki..nanti aku anto yer.

    tadi petang tak sempat la bro, ada masalah teknikal sket... sory

    ReplyDelete
  17. Hey..Nice Blog .
    Ive been to Phuket last January and its true, it was so happening. I saw your picture, nice capture even i don't know the words.

    ReplyDelete
  18. Ala doulu tak sompek g Fantasea... hahaha padan larrr aku tak nampak pun Palace of da Elephant.... hikhik...
    Bestkan Phuket!!!

    ReplyDelete
  19. @Edward

    Hello Edward!

    Tq for ur comment.

    ReplyDelete
  20. @masMZ

    CikMAs:

    Ruginya ko tak g Phuket Fantasea tuh!!! Superb persembahan dia!
    Memang best!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS