2009-03-21

Projek Teater: Teater Muzikal Ibu Zain

Assalammualaikum!

Semalam aku berkesempatan menonton sebuah teater arahan Rosminah Tahir, iaitu Teater Muzikal Ibu Zain [TMIZ]. Alhamdulillah memandangkan sambutan hebat daripada penggemar-penggemar teater, maka Teater Muzikal yang kali pertamanya dipersembahkan di Istana Budaya tahun lalu kini kembali dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (MTC) untuk kali ke dua. Syabas kepada team produksi kerana kesungguhan memartabatkan teater muzikal yang bercorak patriotik ini.

Sebenarnya tujuan utama aku menonton TMIZ ini adalah kerana Datin Natasha Hudson!! Wakakaka aku memang minat giler dengan Datin muda ni..dah la nama suami dia pon dah serupa dengan nama aku! Wakakaka, aku suka tengok lakonan Datin Natasha Hudson yang begitu bersahaja dan mantap. Jika persembahan TMIZ tahun lalu, watak Ms. Ruth seorang Principle di Methodist Girls School, dipegang oleh Catriona Ross, kini Datin Natasha Hudson pula berjaya membawa watak itu dengan cemerlang. Namun aku sedikit kecewa kerana kemunculan Natasha Hudson terlalu singkat!!! tak puas ma!!!

Takpe lupakan pasal Natasha Hudson seketika...Kembali kepada TMIZ, pelakon utama yang memegang watak Ibu Zain terdiri kepada empat generasi pelakon. Perjalanan cerita TMIZ ini bermula dari zamannya ketika kecil sehinggalah dewasa, jadi watak itu dipegang oleh empat pelakon dari generasi yang berbeza iaitu adik Sarah Batrisya [kanak-kanak], adik Nurul Elfra Loy [remaja], Nurfatimah [Dewasa] dan Seniwati Liza Othman [tua]. Kemantapan seniwati Liza Othman memang teserlah, berlandaskan pengalamannya sebagai pelakon sejak sekian lama.

Di samping itu juga, lakonan mantap Dato' Rahim Razali sebagai Munsyi Sulaiman [ayahnda Ibu Zain] dan Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Ungku Omar memang menjadikan TMIZ ini cukup bernilai.

Kemunculan tiga pelakon pembantu yang begitu berbakat sebenarnya telah mencuri tumpuan aku dan para penonton malam itu, Farah Adila, Shariffah Mariam dan Najua Nasir P. Ramlee [cucu kepada Seniman Tan Sri P. Ramlee] telah melakonkan watak mereka dengan begitu berkesan dan menjadi pencerita yang baik di dalam TMIZ ini. Syabas!!! Sesungguhnya pengalaman insan-insan ini di dalam bidang seni persembahan memang tidak dapat disangkal lagi.

Apa yang menarik mengenai TMIZ?

  1. Membariskan para pelakon yang hebat dan berpengalaman di dalam bidang lakonan dan seni persembahan seperti nama-nama yang telah disebutkan di atas.

  2. Sejarah hidup tokoh Sejarah Ibu Zain itu sendiri yang menjadikan jalan cerita TMIZ ini hidup. Para penonton seperti berada di zamannya di sepanjang perjalanan teater tersebut.

  3. Susunan cerita yang teratur dan kostum-kostum yang menarik. Pelbagai dan menarik minat aku untuk menontonnya.

  4. Susunan lagu-lagu yang bersesuaian dan mengandugi unsur penceritaan dalam lagu yang begitu kemas. Walaupun lagu-lagu untuk TMIZ tidaklah sehebat lagu-lagu PGLM, tapi ianya cukup melengkapkan jalan cerita TMIZ.

  5. Props pentas yang ringkas tetapi tetap menarik perhatian penonton dengan bantuan tayangan LCD di skrin sedik sebanyak membantu penonton memahami sejarah hidup Ibu Zain sebagai seorang pendidik dan tokoh perjuangan wanita di Tanah Melayu satu ketika dulu.

  6. Daripada persembahan TMIZ ini, aku mula mengenali siapa Ibu Zan sebenarnya. jadi TMIZ ini memang berkesan.

Banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak produksi TMIZ bagi memantapkan lagi persembahan ini. TMIZ ini tidak wajar dihentikan dan sepatutnya dijadikan salah satu persembahan wajib yang diletakkan di dalam kalender pelancongan Malaysia!. Tahniah lagi.

Barisan Pelakon Utama TMIZ:

Hamzah Mohd. Tahir [Sinografer dan Syed Sheikh Al-Hadi]
Liza Othman [Ibu Zain & Siti Shahirah]
Nur Fatimah [Ibu Zain dewasa]
Nurul Elfra Loy Ahmad Sabri [Ibu Zain remaja]
Sarah Batrisya Ahmad Salman [Ibu Zain kanak-kanak]
Dato' Rahim Razali [Munsyi Sulaiman]
Dato' Jalaluddin Hassan [Pandak & Ungku Omar]
Zuhairi Ibrahim [Yunus]
Mazin Ameen Siraj [Amin & Cheeseman]
Datin Natasha Hudson [Ms Ruth]
Avaa Vanja [Ms. Shellabear]
Farah Adila Apandi [Jemaah & Ramlah]
Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad [Jamilah]
Najua Nasir P. Ramlee [Cikgu Munah]
Intan Diyana Zainal Abidin [Arah]
Jefri Haron [Dato' Onn]
Roydy Anjar Mohd. Sauly [Abang]

NAN SETITIK JADIKAN LAUT

Pesan ayahanda pesan keramat
walau dimana ku akan ingat
menapat ilmu adalah rahmat
akan ku kongsi sesama umat

Nan setitik jadika laut
Nan sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru
akar di bumi akal ke langit

akan aku membasah keringat
memberi petunjuk dan maklumat
dengan ikhlas memberi khidmat
mendidik bangsa sepanjang hayat

Nan setitik jadika laut
Nan sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru
akar di bumi akal ke langit


Pergi MATIC naik beca! Amacam kelas tak?? giler retro....wakaka.



Owh..Datin...Dato' Janggel di sini....wakakaka






WASSALAM

7 comments:

  1. BEST!!!! bg yang minat citer patriotik dan Natasha Hudson ler wakakaka

    Lper nk ajak sebb beli tiket tu dah lama dah...

    ReplyDelete
  2. ouh
    natasha hudson pn ade


    eleh
    alasan je tu kan?

    ReplyDelete
  3. Yup...Datin Natasha Hudson...Dato' Janggel di sini....wkakakaka


    Alasan..???? Mungkin wakakaka.. Tak lah..sebab member yang ajak...tak berani nak ajak org laen...huhuh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!