2009-03-02

Rentetan dari Pekerjaan Yang Tidak Digemari

Tertarik dengan apa yang di tulis oleh Kaki Jalan di dalam blognya, aku terpanggil juga menyuarakan isi hati.. Chewaaah...Lumrah hidup, manusia perlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Paling tidak melakukan sesuatu dengan harapan mendapatkan ganjaran berupa 'upah' agar dapat memiliki sesuatu yang diperlukan. Namun semuanya bergantung kepada kesudian, kesediaan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan itu. Persoalannya, wujudkan perkerjaan yang tak digemari? Terpulang kepada individu yang melakukan pekerjaan itu sendiri, adakah dia benar-benar berhasrat untuk melakukan pekerjaan tersebut? atau dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut atas desakan hidup? atau dia melakukan pekerjaan tersebut sekadar memenuhi ruang kosong tanpa memikirkan sebab dan akibatnya? Bagaimana ye untuk mengkategorikan semua itu?

Bagi aku, pekerjaan kini adalah sebahagian dari tuntutan hakiki kehidupan. Dari pekerjaan ini lah aku mampu untuk menampung kehidupan sekarang dan mungkin juga masa depan. Tapi adakah aku menggemari pekerjaan ini? Sukar untuk aku jawab persoalan itu, sejujurnya, ini bukanlah kerjaya impian aku. Aku perlukan sesuatu yang lebih dekat daripada apa yang aku lakukan kini, lebih santai dan tidak terikat kepada protokol dan hakikat sebuah pekerjaan. Untuk ke arah itu, semestinya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang sangat luas. Dan juga semestinya keberanian! Sudah cukupkah semua itu dalam diri aku? Rasanya masih belum cukup, jadi aku terpaksa akur dengan pekerjaan yang aku lakukan kini...

Berbeza orang berbeza pendapatnya, mungkin sesetengah orang merasakan dia sudah cukup gembira melakukan apa yang dilakukan sekarang. Tahniah saya ucapkan kepada orang itu. Bagi sesiapa yang masih tidak gembira melakukan pekerjaan sekarang, cuba-cubalah bersabar dan lakukannya dengan tenang. Sebagaimana yang aku lakukan kini, bersabar dan bertenang, InsyaAllah satu hari nanti hari yang dinanti akan tiba. Siapa tahu kan? Semua itu ketentuan Tuhan, kita hanya boleh merancang dan berusaha ke arah itu. Yang penting, tingkatkan ilmu dan pengetahuan, dan tingkatkan juga prestasi diri.

Pernah tengok dokumentari Jeff Corwin Show? Thirsty Traveler? Globe Tracker? atau dokumentari yang seangkatan dengannya? Hahahahah malu nak cakap..sebenarnya itu adalah impian aku...Tapi mungkin dalam konteks yang berbeza la...tak tahulah bila ianya akan tercapai...


7 comments:

  1. hhmm..aku plak berangan nak jadi mcm kylie kwong..abah aku asyik ckp muka aku mcm dia ajer..eh, kalu nak jd cam thirsty traveller..kena versi testing minum sirap la instead of u-know-what la..sebelum aku buat master tu..aku ada pikir nak buat keje giler la..amik diploma art&design sbb MEMANG aku nk amik course tu dulu..eh, aper kata try at media prima..radio station ker?

    ReplyDelete
  2. dolu aku da dapat pekerjaan yg diidamkan iaitu lecturer tp parents aku xbg aku trime keje tu bcoz of jauh..

    soo skg aku wat keje yg tuk dpt duwit..
    tp setiap sesuatu tu, kte kene wat dgn hati yg penuh ikhlas..
    alhamdulillah.. aku trime seadanya

    ReplyDelete
  3. dolu aku da dapat pekerjaan idamanku iaitu lecturer tp parents aku xbg trime bcoz of jauh..

    then skg aku keje tuk dpt duwit..
    soo alhamdulillah aku trime seadanya..
    tp yg penting kite membuat sesuatu pekerjaan itu dgn hati yg ikhlas... x )

    ReplyDelete
  4. beautifullife:

    Memang best kalau dapat buat benda yang kita suka kan?
    Maksud aku thirsty traveler tu bukan sebijik yang macam tu, konsep ala-ala sama jer cuma perkara yang diketengah kan itu berbeza.. Ala macam discovery channel tu banyak tunjuk contoh ehehegehhehe... itu cuma angan -angan mat jenin je la....

    ReplyDelete
  5. Jijinajiy::

    Tu la. kekadang tu benda yang kita suka buat, orang lain pulak tak setuju..

    Susah nak puaskan hati semua pihak...betol tak?

    Yang penting, ikhlas dan sabar...

    ReplyDelete
  6. Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama2nya dan beribadatlah seolah2 kita akan mati ada esok harinya.

    ReplyDelete
  7. Aie:

    Betol apa yang dikatakan..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS