2009-03-18

The Other Side of Malacca - Padang Pasir dan River Cruise (UNESCO)

Assalammualaikum!

Hari ni pepagi lagi aku dah gerak pegi opis, dengan hujan yang amat lebat, selamba aku redah semata-mata nak sampai awal lah kononnya. Sebab apa aku beria-ia nak sampai awal yer? pukul berapa aku samapi kat opis yer?

Aku sampai opis pagi tadi dalam pukul 7.15 pagi. Actually tak le awal sangat pon. Semuanya gara-gara satu lawatan yang aku kena pergi bersama-sama dengan Dato' KP aku, sorang bos besar dan sorang bos kecik. Hahahah di sebabkan lawatan ni je, seminggu aku berhempas pulas siapkan apa yang patut. Dan hari ini adalah harinya...Melaka aku kembali!!!

Memang sepanjang-panjang perjalanan dari Putrajaya ke Seremban hujan turun dengan lebatnya...tapi selepas itu cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, kalau tak macamanalah kami nak membuat spotcheck kat tempat tu.

Sampai Melaka dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah, team Melaka pon dah sedia menunggu. Apa lagi, tanpa membuang masa, kami pon bertolak ke tempat yang hendak dituju, iaitu PULAU MELAKA!!! Apa yang ada kat situ??

Sebenarnya Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang terbengkalai dan tiada pembangunan langsung. Banyak isu yang dikaitkan dengan Pulau Melaka dari segi politik sehinggalah kepada isu alam sekitar. Ada lah bersangkut paut dengan tempat aku bekerja sekarang ni. Yang menarik perhatian aku di Pulau Melaka ialah tersergam indah sebuah Masjid terapung di tengah-tengahnya! Memang indah masjid tersebut. Masjid tu hanya dipenuhi pada waktu-waktu solat dan waktu solat Jumaat, walaupon tiada orang yang tinggal di pulau tersebut. Maksudnya daripada penduduk luar pulau la.
Tetiba pulak aku terinagt dekat Masjid terapung di Jeddah!!! Keadaanya hampir sama ..tenang sajok.. Suka bila melawat masjid tu.

Habis melawat dan menyetelkan keadaan di Pulau Melaka, kami menyusuri sepnajang pantai Klebang sehinggalah kepantai Puteri. Wah terasa macam kat Padang pasir! Kawasan penambakan laut yang sangat luas, sayup sajok mata memandang...Ish tak tau la macamana nak cakap...no more aesthetic value for that area at the moment...

Enough pasal tu semua, yang paling best bila tiba makan time! Wah mabeles, memang superb arr, kami makan kat tepi sungai Melaka. Sorry sebab terlupa nama restoran tu, sebab masa tu dah lapar sangat, masuk je restoran terus melantak! Wakakaka ...kehkehkeh...hahahaha...

Lepas selesai makan, kami diberi peluang menaiki Melaka River Cruise....Best Bangat! Tahniah to Melaka State Government sebab berjaya memulihkan Sungai Melaka sehingga ke tahap ini. I was really enjoy melihat pemandangan-pemandangan unik di persisir sungai Melaka. Best dan memang best. Lawatan tamat jam 3.00 petang dan kami terus bertolak pulang ke Putrajaya. Thanks tu Melaka Team yang banyak membantu... Melaka memang best!

Jalan masuk utama
Masjid terapung Pulau Melaka
Deretan rumah kedai terbengkalai di Pulau Melaka
Masjid Terapung, Pulau Melaka
Penambakan
Pulau Upih, turtle landing area.
Malacca River Cruise 
Kampung Moten
Jetty Cruise. Taman herba

WASSALAM

8 comments:

  1. haritu masa g melaka..malammmm..tak nampak ape pun..naik menara taming sari pun....tak rasa ape..mcm naik flight je..nmpk lampu2..siang lawa je eh..hmm

    ReplyDelete
  2. Anap:

    Ntah, apa yang pasti banyak lampu kat kir n kanan sungai tu kan? Belum penah lagi pegi malam.

    Menara tamingsari tu pon tak penah naik lagi..

    Eye on Malaysia pon tak penah naik lagi...

    Huhuhuh banyak nye tak penah naik lagi...

    Tapi Melaka memang antara bandaraya terbersih di Malaysia...kagum..kagum.

    ReplyDelete
  3. wargh!!!
    jeles.
    aku rindu nak pg melaka.
    melaka memang best.
    aku dah penah solat jumaat kat masjid tu.jgn jeles.
    miahahaha.

    ReplyDelete
  4. Deen::

    Wah rupernya ko dah penah solat Jumaat kat situ yer!!! Sudah lebeh ini macam!!!!

    Wkakakakaka....jom p Melaka!

    ReplyDelete
  5. Hola Sr. shahrin,
    Desde empezar a trabajar con el gobierno público, parece que tiene muchos tiempo para vacaciones. Esta vez en Melaka. Es bueno para usted. Espero lo mejor. Buena suerte.

    ReplyDelete
  6. Gracias mi amigo! su justa mi suerte, pero esto no es como lo que usted está pensando. Estoy tan cansado de complacer a la gente que no apreciamos el esfuerzo que otros .. Hmm ... entah Lah hahahaa i usted piensa que no entiendo ypur palabras? me la pruebe!

    ReplyDelete
  7. Cansado-cansado grandes sueldos, ok ma ...

    ReplyDelete
  8. ¿Sueldo grande? ¡¡haga caso de usted, im trabajando con el gobierno okey!!! ¡ningún sueldo grande! el kalau dapat OT ok la jugak .... cual alguna vez es, alhamdulillah...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS