Posts

Showing posts with the label Phuket

Hello! Happy New Year - Phuket Trip

Image
Assalammualaikum!!! Anda terkejut? Hahaha aku pun lagi terkejut sebab tetibe macam ada nafsu nak update blog!!! Hahaha apa khabar semua? Rindu aku tak? Sorry sebab lama tak menjengah di blog aku yang kian sendu ini. Apa boleh buat, dah pencen... #GengBloggerPencen. Salute la to geng blogger yang masih rajin berkarya. Jangan ingat aku tak baca! Hahaha. Sempena tahun baharu ni, aku nak update la sikit pasal trip-trip yanbg pernah aku buat beberapa bulan dan tahun yang lalu. Sorry malas nak tulis panjang-panjang...so korang layan video je lah ye. Enjoy! Ni pasal trip aku ke Phuket. Ok cukuplah setakat ini buat kali ni. WASSALAM

Thailand - Trip To Phuket (Part 3)

Image
Imbau kembali hari ke-2: Island Hopping to Phi Phi Island - Bang La Road - Shopping Hari ketiga merupakan hari untuk pulun habis bagi aku. Memandangkan kami semua akan berlepas pulang ke Malaysia pada hari ini, maka dari awal pagi kami telah merancang untuk menjelajah sekali lagi di seluruh Patong . Pagi lagi kami terus serbu ke sebuah kedai yang telah kami survey semalam. Harga barang-barang kat situ memang sangat murah berbanding kedai-kedai jiran dia. keji kan? Sebenarnya, diorang saja markup harga tinggi-tinggi. Siapa yang tak pandai tawar menawar tu kira rugi la. Tapi diorang punya markup bukan sikit-sikit! Melampaui batas semuanya. Bayangkan ada harga sebuah beg diorang letak 450 Bath [RM 45] tapi kat kedai makcik yang kami servey tu hanya 150 [RM15] Bath saja!!!! Mujurlah ada kedai Makcik nih.. Kami pon borong sakan la kat kedai dia, macam-macam benda kami beli dan kelihatan masing-masing membawa 3-4 bungkus plastik yang besar! Wakakaka. Dah habis shopping kat keda...

Thailand - Trip To Phuket (Part 2)

Image
Assalamualaikum!!! Hari kedua di Phuket. Memang tak sabar nak bangun pagi. Tunggu masa untuk Island Hopping di Pulau Phi Phi! Imbas semula di hari Pertama [sini] Sampai di Phuket - Tanyangan Phuket Fantasea - Bang La Road Hari ini kami akan menaiki speed boat ke Pulau Phi Phi . Untuk apa? sudah pasti la snorkling !! Sesuatu yang memang tidak mungkin dilepaskan sekiranya bercuti di pulau atau di laut. Kami bertolak dari hotel pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Turun saja di lobby hotel, hah seperti dijangka brader pembawa van sudah sedia menunggu kami di luar. Tabikkkkkkkkkkkkk!!!! Bukan kami saja yang naik van tu, ramai lagi. Van singgah di beberapa buah hotel lain untuk mengambil pelancong yang turut sama untuk ke Phi Phi Island ! Dan yang paling best, aku jumpa lagi couple yang aku cerita di hari pertama dulu! Wakakaka kecik je Patong ni rupanya. Kami semua ambik pakej yang sama. Jadi geng terus!. Kami semua di bawa ke sebuah Yacht Club di bandar Phuket, ...

Thailand - Trip To Phuket (Part 1)

Image
Assalamualaikum!!! Apa yang akan aku kisahkan kali ini merupakan pengalaman aku ke luar negara buat kali pertama. Kalau diikutkan, perasaan saya pada ketika itu memang sangat teruja! Bayangkan, pertama kali nak ke luar negara, tanpa keluarga dan akan dimulakan seorang diri pulak tu, haish teruja, seram, takut dan sebagainya bermain-main de dalam kepala. Phuket merupakan destinasi pembuka langkah kepada ku dalam meneroka dunia luar. Tidak pernah merancang malah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Namun perjumpaan secara tidak sengaja bersama beberapa orang teman telah mencambahkan idea untuk menjejaki pulau tersebut. Phuket merupakan sebuah pulau percutian yang terletak di Thailand . Rata-rata semua mengenali kepulauan itu dan ada juga yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke sana. Tidak sempat berfikir dengan waras, maka aku nekad membeli tiket penerbangan ke Phuket dengan harga RM 140 pada ketika itu. Pulau yang ter...