2009-04-01

Thailand - Trip To Phuket (Part 2)

Assalamualaikum!!!

Hari kedua di Phuket. Memang tak sabar nak bangun pagi. Tunggu masa untuk Island Hopping di Pulau Phi Phi!

Imbas semula di hari Pertama [sini]

Sampai di Phuket - Tanyangan Phuket Fantasea - Bang La Road

Hari ini kami akan menaiki speed boat ke Pulau Phi Phi. Untuk apa? sudah pasti la snorkling!! Sesuatu yang memang tidak mungkin dilepaskan sekiranya bercuti di pulau atau di laut. Kami bertolak dari hotel pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Turun saja di lobby hotel, hah seperti dijangka brader pembawa van sudah sedia menunggu kami di luar. Tabikkkkkkkkkkkkk!!!!

Bukan kami saja yang naik van tu, ramai lagi. Van singgah di beberapa buah hotel lain untuk mengambil pelancong yang turut sama untuk ke Phi Phi Island! Dan yang paling best, aku jumpa lagi couple yang aku cerita di hari pertama dulu! Wakakaka kecik je Patong ni rupanya. Kami semua ambik pakej yang sama. Jadi geng terus!.

Kami semua di bawa ke sebuah Yacht Club di bandar Phuket, lebih kurang setengah jam dari Patong. Dari situ, kami diperkenalkan kepada Leo, tourist guide kami nanti. Memang sangat peramah dan berbudi bahasa! hahaha sesuai la makcik-makcik nak buat menantu.

Setelah diberi serba sedikit penerangan mengenai keselamatan dan perjalanan program, kami pon mula la bergerak ke speed boat yang akan membawa kami ke Pulau Phi Phi. Alamak, mendung la pulak. Hari macam nak hujan. Tapi alhamdulillah, perjalanan diteruskan di dalam hujan rintik-rintik pagi itu.

Perjalanan ke Pulau Phi Phi mengambil masa selama 45 minit. Jauh juga dan sepanjang perjalanan, aku asyik memerhatikan keindahan panorama lautan dan pulau-pulau yang terdapat di sekitar Laut Andaman! Subhanallah...memang tersangat cantik. Malangnya cuaca mendung, gambar banyak tak menjadi.

Destinasi pertama kami adalah melihat satu kawasan perusahaan sarang burung di sebuah pulau. Memang kerja-kerja dijalankan secara tradisional. Kagum jugak la tengok. Kemudian kami dibawa ke satu teluk yang sangat la cantiknya!!! Kata si Leo, itulah tempat Leonardo DiCaprio berlakon cerita The Beach dulu. Yup memang cantik. Masa ni hujan dah mula turun renyai-renyai.

Destinasi ketiga, kami dibawa ke satu pulau iaitu Loh Ma Ya. Kat sini, kami semua boleh snorkling! Apa lagi, masing-masing pon terjun la dalam laut. Tak sabar nak tengok coral dan ikan-ikan yang chomel. Siap melompat-lompat ikan-ikan tu apabila disuakan dengan roti! Kagum! Cuma Cek Da tak turun, sebab dia pening kepala, mabuk laut...haish rugi!

Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan oleh Leo. Sedap!!! [sebab tengah lapar!]


Seterusnya, destinasi ke empat, kami ke Pantai Pulau Ma Ya. Ha di sini pon tak kurang cantiknya. Subhanallah, memang indah pantai dan lautan di situ. Struktur batuan nya pon sangat unik! Kagum lagi!!!

Masa ni, perut masing-masing dah berkeroncong, jadi kami di bawa ke Phi Phi beach untuk makan tengah hari. Makanan di situ memang ditanggung halal. So kami dalam keadaan lapar sejak semalam lagik sebab tak dapat nak makan banyak, terus serbu la makanan yang ada. Yum..yum..tomyam dia sedap! Banyak lagi bot-bot lain dari trip yang berbeza turut singgah makan di situ. Kami seolah-olah berada di kem pengakap musim panas! wakakaka best!!!

Setelah sejam masa diberikan untuk makan, kami semua dibawa pula ke Monkey Beach. Kata Leo , kat situ banyak monyet! Tapi hampeh, masa kami datang, monyet-monyet kat situ semua menyorok sebab air tengah pasang. So hampalah harapan kami untuk melihat monyet siam...sedih jugak sebenarnya.

Dan destinasi terakhir kami adalah ke Khai Island! Sebuah pulau kecik yang sangat panas. Sapa yang suka berjemur, boleh la datang kat pulau tu. Kecik je pulau tu, tapi pelancong yang datang sangat ramai. Boleh sewa kerusi untuk releks dengan harga 80 bath [RM 8 ringgit].

Selesai beriadah di Khai Island, kini tibalah masanya untuk pulang semula ke Phuket. Hmmm rasa memang tak puas tapi badan memang dah tak larat...Penat!!! Sepanjang perjalanan ke Phuket, aku sempat memerhatikan keindahan lautan sekali lagi. Alhamdulillah cuaca pon terang benderang sejak di Ma Ya beach tadi.

Setiba di Yacht Club, Phuket, kami sekali lagi diberi layanan istimewa oleh pemandu pelancong dengan memberikan hidangan Jus oren. Aku sempat juga bagi tips kat Leo dan rakan-rakan ..2 ringgit wakakakaka sebab menghargai jasa diorang yang sangat Superb! Orang lain semua bagi duit lebih...

Sampai di Patong dah dekat pukul 5 petang. Balik hotel, mandi dan rehat serta buat apa-apa yang patut sebab sebelah malam, sekali lagi kami akan mengelilingi Patong!! Kali ni nak shopping pulak.

Sepanjang malam tu, banyak jugak kawasan yang kami redah. Lepas makan Tomyam yang berperasa kari [uweeeeekkkkkkk] kami terus jelajah Patong. Memang happening kehidupan malam di Patong. Kelab bukan main banyak. Adoiiii mataku berpinar!!!

Balik semula ke hotel jam 11.30 malam. Terus tidur sebab penat nak mampos! Hahahah esok ada lagi nak buat, sambung shopping dan berjalan-jalan di Patong Beach!!

Bersambung....

PEACE!!!


Patong, in the morning.

Phuket Yacht Club

On the boat to Phi Phi Island

Sarang burung layang-layang

Snorkling at Loh Samah

Ma Ya Beach

Ma Ya Beach

Ma Ya Beach

Phi Phi Island

Khai Na Island

Leo, the tourist guide

From papaya to art!

Bang La Road at night.


Menulis untuk:






13 comments:

  1. Testing..testing...Yup..nice blog bro!!!

    ReplyDelete
  2. @Adam Lamberg
    thanks Adam!!! Kalau rasa best datang le jengah selalu!! Heheheh:P

    ReplyDelete
  3. Hi janggel,

    Nice Blog!! I went to Phuket last January and it was totally awesome! Nice pic you took, even though i dont really understand ur words!

    Keep it up!

    ReplyDelete
  4. @Edward Sean
    Hi Edward!! Thank for ur comment. Do please visit my blog next time!
    Yup Phuket was really great! And the weather was hot too.

    ReplyDelete
  5. Phi Phi islanddd.... satu hari nnti akan kujejaki ke sana...

    ReplyDelete
  6. @7982528034932061628.0
    Kabussenja::

    Saya sokong seratus -peratus..kalau minatn nak menyaksikan keindahan pualau di laut Andaman, silalah ke Phi Phi Island!

    ReplyDelete
  7. @4538902185428846174.0


    EnchekCAMERA
    Hmm suka tengok orang jeles!! Wakakaka. Bilelah nak pas itu sv kat hang....

    ReplyDelete
  8. yeahhhhhh..... Den dah sampai!!!! Phuket good for eh! macam-macam larrr......

    * Janggel tak g massage ker??? ekeke

    ReplyDelete
  9. @masMZ

    Cik MAS::

    Hahaha aku tau ekau sudah poie sana.. Best kan?

    aku tak sempat g masage sebb duit tak cukop ..akibat dari satu tragedi yang maha dahsyat! huhuhuh

    ReplyDelete
  10. maha dasyat??? awat???? terlebey shopping sudah erk!!!! akuikuikui.... trimas seyyyyyyyy

    ReplyDelete
  11. @masMZ

    Hmmm cikmas, tragedy tu sangat dahsyat kalau dikenang...huhuhuhuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS