2009-04-06

Sipadan Island: New 7 Wonders of Nature?

Sekarang ni The New7 Wonders Foundation sedang rancak menjalankan kempen untuk mengundi calon-calon untuk New7 Wonders of Nature. Apa yang paling menarik, beberapa calon daripada Asia tenggara turut tersenarai di antara 261 calon yang layak seluruh dunia. Dan apa yang membanggakan Pulau Sipadan, Malaysia adalah salah satu daripadanya. Jadi terpanggil aku disini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu keajaiban dunia dalam kategori "nature: island".

Kenapa perlu undi?

Pemilihan Pulau Sipadan bagi aku memang sangat tepat memandangkan ciri-ciri topografi pulau dan keindahan yang menakjubkan di Pulau Sipadan memang sukar untuk ditemui di tempat lain. barangkali sesiapa yang pernah pergi ke Pulau Sipadan pastu bersetuju dengan apa yang aku katakan ini. Aku sendiri masih belum pernah ke sana, namun telah menanam cita-cita untuk ke sana suatu hari nanti.

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya 'oceanic island' di Malaysia yang terbentuk 600 meter daripada dasar laut. Bentuknya seakan akan sebiji mangkuk memang sangat unik!. Keindahan Pulau Sipadan dikelilingi dengan terumbu karang yang kebanyakannya tumbuh di atas kon gunung berapi yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk berkembang. Lebih dari 3000 spesis ikan dan beratus-ratus spesis terumbu karang telah dikenalpasti di Pulau Sipadan.

Pemilihan Pulau Sipadan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baru dunia bagi kategori 'nature: island' sebenarnya akan memberi banyak impak kepada negara kita amnya dan Pulau Sipadan itu sendiri. Selain pemeliharaan keunikan, pemilihan ini mampu untuk menjana aktiviti pelancongan negara disamping memperkenalkan Negara di mata dunia. Memang besar impaknya...

Antara calon di Asia Tenggara bagi kategori ini adalah:

1. Pulau Sipadan, [Malaysia].
2. Tasik Merimbun, [Brunei Darussalam].
3. Mekong River, [Cambodia, Lao, Vietnam, China, Myanmar, Thailand].
4. Komodo National Parks,[Indonesia].
5.Coral Triangle, [Malaysia, Philipines, Papua new Guinea, Indoneasia, Solomon Island, Timor Leste].
6.Nam Ha National Park, [Lao]
7. Mergui Archipelago, [Myanmar].
8. Puerto Proncesa Subterranean River, [Philipines].
9. Bukit Timah Nature Reserve, [Singapore].
10. Ko Phi Phi Island, [Thailand].
11. Jaco Island, [Timor Leste].
12. Ha Long Bay, [Vietnam].

Setakat hari ini, Pulau Sipadan sudah berada di tangga ke 17 di dalam top 77 ranking. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita Undi. kalau kita boleh bersatu menyahut cabaran 60Earth Hour, kenapa tidak kita sama-sama undi untuk Pulau Sipadan juga!!! Ayuh!

Jom Undi: http://www.new7wonders.com/nature/en/vote_on_nominees/


6 comments:

  1. Pasti akan mengundi!!!!! Sipadan dan pulau-pulau berdekatan memang cantik gilesssss!!!!!!!!
    AMAZING!!!!!!!!!!!!!! Subhanallah....... memang cantik!!!!!

    ReplyDelete
  2. @masMZ

    Yup..AYUH undi...skang dah no 17.!! Aku tak nah g lagi Pulau Sipadan, tapi Phi Phi Island dah penah g...memang cantik!!!!

    ReplyDelete
  3. @kabussenja


    Ya...sila..sila undi!

    ReplyDelete
  4. adehh..
    pulau yg paling teringin nk g
    tp smp skrg x jejak pn lg
    hahaha

    ReplyDelete
  5. @miSz.haNie

    Heheheh semoga akan ternakbul jua impian itu satu hari nanti...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS