2009-04-19

Ada Apa Pada Rupa???

Ada sorang member aku yang menghantar pesanan kepada aku spaya mencari persembahan Susan Boyle daripada rancangan realiti British's Got Talent. Hmm.. aku pon tak kenal siapa Susan Boyle tu. Jadi aku pon cari la dalam Youtube.

Siapa Susan Boyle ni?

Seorang wanita berusia 47 tahun yang tinggal di Sebuah perkampungan kecil di Scotland. Dia tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama seekor kucing sebagai peneman hidup. Di awal kemunculannya sebelum membuat persembahan di dalam British's Got Talent, rata-rata penonton dan juri memandang rendah kepadanya akibat mungkin paras rupa yang tidak menarik, dan kelakuannya yang sedikit kolot. Juri rancangan tersebut iaitu, Simon Cowell [American Idol], Piers Morgan dan Paul Potts juga seakan memandangya sinis.

Segala-galanya berubah sebaik sahaja Susan Boyle membuka mulutnya. Alunan suaranya menyanyikan lagu I Dreamed a Dream telah memukau semua penonton, dan rata-rata kelihatan terkejut dengan kehebatan suara Susan Boyle. Dia telah membuat kejutan besar didalam rancangan tersebut dan mendapat 3 Yeses dari ketiga-tiga juri, ini merupakan satu sejarah besar bagi rancangan realiti British's Got Talent!.

Sehingga kini Susan dikatakan bakal memenagi pertandingan tersebut dan dia telahpon dijemput ke merata tempat untuk ditemu bual, malahan OPRAH sendiri telah mengesahkan akan menjemput Susan ke dalam rancangannya!. Susan Boyle talah menjadi fenomena di Britain.

Apa yang dapat kongsikan di sini?

Bagi aku, tindakan menilai seseorang itu dari paras rupa ataupun luaran sememangnya tidak wajar. Apa yang penting nilai seseorang itu, tidak kiralah rupa paras yang tidak menarik atau sebagainya, tapi sekiranya dia memang mempunyai kualiti yang bagus, ia tetap akan diterima sepenuhnya. Kenapa sifat manusia suka menilai sesama manusia dari luaran saja??? renung-renungkanlah....

PEACE!

P/s: Kalau nak dengar betapa sedapnya suara makcik ni, p la cari kat youtube...

12 comments:

  1. hehe
    betul tu, jgn nilai org dr rupa paras & fizikal....

    ReplyDelete
  2. Yup khairil, manusia ni memang dah dijadikan dgn bermcm2 pe el. Pandai2 la pilih nak bergaul dgn yg mcmane. Hehehe

    ReplyDelete
  3. sokong... ada apa pd rupe.... jika hatinya berbeda...

    ReplyDelete
  4. tp kot rasa2 yg xhensem ke.. xcantik ke, jgn risau, Allah dah ciptakan pasangan masing2. tinggal cepat lambat+carik ke tidak ke...

    Firman Allah : Allah tidak memandang kepada muka-muka kamu tetapi Allah memandang kepada hati-hati kamu...

    ReplyDelete
  5. nk bg komen tajuk kat bawh ni ye..bukan kat tajuk ni k..tgk la kamis ni cite bohsia....hahahhaha

    ReplyDelete
  6. HAHAHA
    tu laa
    alamk ingt ade kat sini video
    HUHU~

    ReplyDelete
  7. yup,.. agree.

    Tapi memang suara dier best gak la,.
    Just reminding the second William hung!

    ReplyDelete
  8. @kabussenja

    Yup, betol, betol, betol! Sangat setuju!

    ReplyDelete
  9. @anap_ilmi

    Saya setuju...hmmm manusia sekarang lebih mementingkan rupa paras....

    ReplyDelete
  10. @hIrOsHiNaRi
    Cissssss..boleh~~..silalah..tengok...

    ReplyDelete
  11. @e n c h e k || CAMERA™
    Dah terai banyak kali nak upload tapi tak leh sebb ada problem...p la cari sendiri kat youtube

    ReplyDelete
  12. @protonian

    Hmm not really sure about the second William Hung.. Miss Boyle is better then that guy. Her voice superb!

    anyway thank 4 comment

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS