2011-02-22

Broga Hill : Part Two Bersama Geng Ungu

Assalamualaikum!!!

Tak habis lagi sakit kaki aku ni sebab pergi mendaki Bukit Broga minggu lalu. Hahah macam ni la kalau tak biasa memanjat, tapi at least ada kemajuan dalam hidup! Ye tak? OK mai sini aku nak cerita (cer citer cer citer). Hujung minggu lepas aku, KJ, HD dan MN telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. Ini merupakan kali kedua aku memanjat Bukit Broga tu, Kali pertama dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Si KJ dan HD dah banyak kali naik dah manakala MN pulak merupakan pertama kali mendaki bukit ni. Jadi excited si MN ni terlebih sikit la.

Seawal 4.30 pagi aku dan bangun dan bersiap-siap. Berjanji berkumpul di Putrajaya dengan kawan-kawan pada jam 5.30 pagi. Cadangnya nak menyaksikan keindahan alam, matahari terbit! Jadi gigihla kami bangun awal pagi. Sampai di kaki Bukit Broga lebih kurang jam enam pagi dan kami terus memulakan pendakian. Adoiaiii semput jugak, tapi kali ni tak la seteruk pendakian kali pertama dulu, kali ni lebih pantas dan steady kot hahaha. Tercabar juga bila tengok makcik-makcik berumur dalam lingkungan 40an-50an mendaki, takan nak kalah dengan diorang kan!

Pendakian dari kaki bukit ke puncak gunung ke dua (ada 4 pincak semuanya tapi kami larat sampai 2 jer hahahaha) mengambil masa dalam 45 minit. Kami tiba di puncak ke dua pada jam 7.15 pagi. Ya ampunnn ramai gila orang kat atas tu, waktu kami mula nak naik pon dah ramai yang dah turun..kuikuikui pukul berapa diorang naik pon tataulah. Hajat nak menyaksikan matahari terbit pagi tu tak kesampaian sebab hari agak mendung. Sedih gak tapi alhamdulillah sebab tak hujan. Memang best la bila dah ada atas tu, lupa sekejap penat lelah mendaki. Satu je nak ingatkan, tolonglah jangan buang sampah merata-rata, Tolong Jaga Alam Sekitar Kita !!! Aku nampak banyak plastik-plasti minuman, polisterin dan sebagainya yang orang tinggalkan merata-rata. Sedih tau! Tiada kesedaran sivik langsung!

Lama jugak kami lepak kat atas tu, dalam jam 9.45 pagi baru kami bergerak turun. Perjalanan turun pun agak mencabar juga sebab kebanyakan tangga-tangga yang dikorek dah jadi rata dan jalan agak berdebu. Jadi keadaan permukaan jalan agak licin, kena berhati-hatilah.

Perjalanan turun agak cepat dan mengambil masa hanya 25 minit sahaja. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku. Perut pon memang dah lapar giler!!! Oh ya, cas tempak letak kereta di kebun kelapa sawit tu adalah RM 2. Murah je. Kami singgah di pekan Semenyih untuk sarapan pagi.

Best bila dapat buat aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Terasa kurus sikit hahahaha. Ok next time kita sambung kisah lain pulak. Jom layan gambar-gambar yang sempat ditembak!

PEACE! 






   

10 comments:

  1. lahaiii..nape tak call???leh join..heheh..
    btw tempat depe main 'slide' atas lalang tuh nampak mcm dah lagi besar.....

    ReplyDelete
  2. Anash:

    Hahah cane nak kol??? Hahahhaha
    Yup tempat sliding tu cam dah semakin teruk jer terdisturb. mencik!

    ReplyDelete
  3. cal je masMZ...hahaha
    sure dapat call me..
    terhakis teruk kan?
    lum nengok pokok yang ada memacam kasut tersidai...
    duiiii...

    ReplyDelete
  4. Anash:

    Hahaha apa pasal cik masmz itew tidak mengekol anda sendiri? wakakaka.
    Ye arrr pokok bergantungan kasut tu sangat menyakitkan mata.
    Somebody should do something about that place.

    ReplyDelete
  5. mana entry gadjet baru... hehehehe...

    ReplyDelete
  6. ultra chikebum

    hahahaha nanti arrr ...guna pon tak reti lagi nih hehehe

    ReplyDelete
  7. aiyakkkkk.... padan lar tersedak! ada orang sebut rupanya!!
    Anash, trip not well planned. tetibe dengan dinner cakap, pastu terus on dengan sape yang ada je... baju pun tak glamer nak posing aritu. huhu (erk?!)

    ReplyDelete
  8. huhu sian broga

    bgitu skali ternoda...

    ReplyDelete
  9. Al

    Yup kesian gak bila dah terlalu ramai org ke sana. Rasanya broga tu kene tutp setahun bagi dia recove balik pastu baru buka semula..tapi tu la takde saper yg nak enforce/manage, jadi tak dapat nak buat paper

    ReplyDelete
  10. no hal..masMZ...
    ok pe baju tuh..
    takan nak pakai baju gaun kembang naik bukit broga kot?
    heheheee....

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS