2011-02-06

Eksplorasi: Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang



Assalamualaikum!!!

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Chinese New Year kat member-member berbangsa Cina di Malaysia dan luar negara. Semoga anda semua happy ya! Sempena cuti CNY minggu ni, cuti panjang pulak tu, sekali lagi aku telah pulang ke kampung. Ya teman balik Pehgak! Walaupon baru je balik minggu lepas, tapi dek kerana kebosanan yang maha dahsyat (semua member balik kampung daaaa) jadi minggu ni aku balik kampung lagi.

Tak best la kalo cuti-cuti takda aktiviti eksplorasi kan! OK kali ni punya eksplorasi aku menjengah satu tempat kat kampung aku yang dah lama bebenor aku tak pergi, padahal kalo lalu kat highway PLUS tu boleh nampak tempat tu tersergam indah. Tempat yang  aku maksudkan adalah AIR TERJUN LATA KINJANG! Aku percaya ramai jugak yang pernah pergi ke situ. Air terjun Lata Kinjang ni letaknya di dalam Daerah Batang Padang, Perak. Lokasinya adalah lebih kurang 10 km dari Pekan Tapah dan berada di dalam kawasan Chenderiang. Bagi yang tak biasa ke Pekan Tapah senang saja, dari KL masuk highway PLUS dan susur keluar ke Tapah. Dari plaza tol tu dah nampak signboard ke Air Terjun Lata Kinjang.

Kalau nak diikutkan, waktu dulu-dulu (masa zaman sekolah-sekolah dulu) keadaan di Lata Kinjang ni sangat berbeza. Hutan pon masih tebal lagi, dan satu-satunya jalan nak ke pekan Chenderiang dari Pekan Tapah adalah melalui jalan lama yang berbengkang-bengkok serta sempit. Tapi sekarang tidak lagi, jalan yang lurus telah dibina dan memang sangat mudah kalau nak ke Air Terjun Lata Kinjang. Kemudahan juga telah banyak disediakan antaranya surau, gerai-gerai jualan dan pondok-pondok untuk berkelah banyak terdapat di sekitar kawasan Air Terjun Lata Kinjang.

Apa yang istimewanya eksplorasi kali ni, aku pergi bersama keluarga tercinta! Ibu, ayah, abang, kakak, anak buah, sedara-mara semua join sekali! Best sebab dah lama tak meluangkan masa dengan diorang semua!.

Sebenarnya plan asal kami adalah untuk meredah GUA TEMPURUNG!!! Tapi disebabkan ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka plan berubah ke Air Terjun Lata Kinjang. Alhamdulillah walaupon plan jauh tersasar tapi masih best! InsyaAllah plan ke Gua Tempurung masih on! Tunggu!!!!

Kalau dulu, kawasan tempat letak kenderaan tidak banyak disediakan, tapi kini keadaan persekitarannya sudah jauh berubah. Banyak tempat parking kereta disediakan dan ianya lebih menjanjikan kselesaan. Apa yang penting ianya PERCUMA!!!

Ok bagi sesiapa yang teringin nak ke Lata Kinjang, jemputlah datang. Tak rugi sebab airnya sangat sejuk dan pemandangannya sangat indah!

Jom layan beberapa keping gambar yang telah berjaya ditembak oleh aku dan sepupu aku Dila.

PsssssTTT: Teringat kenangan di Air Terjun Git Git Bali....haishhh RINDU BALI!!!!


PEACE!
Aksi Wajib Aku!
Ni lunch kami!
Rombongan Cucu Embah Siti!








   

16 comments:

  1. sakan betul pakcik bercuti ye..hahah perak kat mn pakcik..1 negeri la pulak..nge nge nge

    ReplyDelete
  2. Hanie:

    Hahaha dah nama pon coti!
    Adoi dah terang-terangan kukatain ku bercoti dikampungku itu..di mana lagi Tapah ler.

    ReplyDelete
  3. huhuuuuuu...... tempat ni n Kuala Woh, ingat mau dekat 20 tahun ke lebih erk tak pi......

    ReplyDelete
  4. MasMZ:

    Hahahha biasa la KJ, yang dekat2 memang sentiasa dilupakan.....

    ReplyDelete
  5. cantiknya...sy belum pernh sampai ke sini lagi...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BIRTHDAY DD

    ReplyDelete
  6. wah, nak ikut jugak...part lunch best... ada petai..hehehe

    ReplyDelete
  7. Nabilah:

    Yup pemandangan kat sana mmg cantik! Jemput ler datang bila ada masa terluang! Berbaloi!

    ReplyDelete
  8. Nizam:

    Jom jom..hahah tu yang paling sedap pon kalau perot dah lapo!

    ReplyDelete
  9. tu la..kena sambal petai pulak..perghhh..masuk hbsla... :P

    ReplyDelete
  10. Nizam:

    Hahahaha setuju! Sambal petai terbaek!!!

    ReplyDelete
  11. err..gambar terakhir tuh nak tunjuk apa sebenarnya? tak paham aaa...btw cantik view air terjun..suke

    ReplyDelete
  12. Anash:

    Gambar terakhir tu gambar Titi Gantung, saja je letak walaupun tak cantik.

    ;p

    ReplyDelete
  13. salam..

    bestnya ini blog..banyak info n gambo yang boleh dibuat panduan..tengah google cari info about singapore..tgok u punya blog lg xsabar nak coti this weekend..
    oh patutlah janggeltrekker..
    coba check tapak kaki byk taik lalat tak?hoho...

    ReplyDelete
  14. Ms. Kertas,

    Salam...hahaha thanks sebab sudi tersesat di blog saya ni. Yup Singapore mmg best and gambo adalah cara paling bagus untuk menggambarkannya kan!

    Selamat bercuti di Singapore!

    Heheheh tak pernah plak chek tapak kaki ada taik lalat ke tak hhahahaha.

    Anyway thanks again.

    ReplyDelete
  15. dah pernah pi sana. :) mandi air terjun yg kt atas sekali. :D. enjoy the petai huh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rashiqah;

      Ye mmg seronok mandi kat sini'
      Petai pon best!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS