Posts

Showing posts with the label Tapah

Wajah Upgrade Hutan Lipur Kuala Woh Kini

Image
Assalammualaikum!!! Satu tempat yang paling dekat dengan diri aku, paling dekat dengan rumah aku dan paling banyak aku belajar berenang kat sini, Hutan Lipur Kuala Woh. Yup, salah satu hot spot di Negeri Perak katanya. Terletak di laluan utama menuju ke Cameron Highland, hinggakan sesiapa yang nak naik atau turun ke Cameron Highland akan singgah kat Hutan Simpan Kuala Woh ni untuk melepaskan lelah atau berrekreasi bersama keluarga. Tempat parking kereta, kalau time cuti, memang penuh giler la tempat ni... siap berlapis2 lagi orang parking. Baru-baru ni aku berkesempatan menjengah tempat ini yang pernah menjadi tempat bermain satu ketika dulu. Kat situ jugak la aku angkut kawan-kawan dari sekolah asrama kalau balik kampung, untuk lepas stress di sungai. Best gilak! Kawasan keseluruhan Hutan Lipur Kuala Woh. Satu-satunya kedai makan yang terdapat di situ. Kebanyakan laluan pejalan kaki dah di upgarde sebegini. kalau dulu kita akan jalan celah-celah akar k...

Hutan Lipur Kuala Woh || The Place To Remember

Image
Assalammualaikum!!!! Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO  * * * Tetiba minggu ni macam terasa nak kembali berharmoni dengan alam sekitar. Maklumlah dah lama tak jejak hutan, masuk laut, mandi sungai, panjat bukit bagai. Kiranya macam nak lepas geram la.  Alhamdulillah jugak aku ni orang yang lahir-lahir je dah merasa nampak hutan, nampak gunung dan sungai, jadi kelebihan menjadi 'orang hutan' tu dah ada la sejak kecik, plus aku boleh duduk kat tempat-tempat sejuk je kekekkee maklumlah kat kaki gunung nak ke Cameron Highlands!!! Ok straigth to the point, aku sebenarnya nak cerita pasal Hutan Lipur Kuala Woh (Oh rupanya aku tak pernah blog about this place! ) , lokasinya dekat je dengan rumah aku kat kampung, kalau kire pakai batu, lebih kurang 7 batu, sebab tu masyarakat kampung sini ...

Projek Star Cruise - Libra : Jejak Mula

Image
Assalamualaikum!!! Mana nak mula ni? Ok mula dari pesanan BBM Bdk2@John ajak bermewah-mewah di atas kapal...kengkononnya ada special offer . Tiket harga RM 400++ jadi separuh harga (untuk Cabin pax )..mau tak pitam? OK ni episode jenjalan pertama sebagai pembuka tirai 2012!!! Sebenarnya aku idaklah pernah ngidam nak naik Star Cruise, sebab aku ni jenis 'pemabok' (Jangan pikir lain eh, aku ni mudah mabuk laut...tetibe teringat kisah ngeri kat Pantai Lovina, Bali ). Tapi Bila pikir balik, kapal Star Cruise tu bukan main besau, kalah deenasor dan mungkin tak mabok, lalu aku pon setuju la untuk join John . Kena pulak ajak MasMZ sekali sebab sepatutnya aku ada trip lain, so kansel trip asal dan join John berangan jadi orang kaya! Weeeheeee! . Untuk melengkapkan geng menganyam ketupat, maka Kak Coco yang sedang gigih dalam percutian ke Perlis pon kami heret bersama dalam komplot geng Jalan-Jalan Makan Angin ( John, Janggel, MasMZ, Anash - JJMA , ammaaaa ~) nih. Setel...

Eksplorasi: Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang

Image
Assalamualaikum!!! Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Chinese New Year kat member-member berbangsa Cina di Malaysia dan luar negara. Semoga anda semua happy ya! Sempena cuti CNY minggu ni, cuti panjang pulak tu, sekali lagi aku telah pulang ke kampung. Ya teman balik Pehgak ! Walaupon baru je balik minggu lepas, tapi dek kerana kebosanan yang maha dahsyat (semua member balik kampung daaaa) jadi minggu ni aku balik kampung lagi. Tak best la kalo cuti-cuti takda aktiviti eksplorasi kan! OK kali ni punya eksplorasi aku menjengah satu tempat kat kampung aku yang dah lama bebenor aku tak pergi, padahal kalo lalu kat highway PLUS tu boleh nampak tempat tu tersergam indah. Tempat yang  aku maksudkan adalah AIR TERJUN LATA KINJANG! Aku percaya ramai jugak yang pernah pergi ke situ. Air terjun Lata Kinjang ni letaknya di dalam Daerah Batang Padang, Perak . Lokasinya adalah lebih kurang 10 km dari Pekan Tapah dan berada di dalam kawasan Chenderiang. Bagi yang tak biasa ...